Jom Uolls Melenjan Di Nickelodeon Lost Lagoon!!!!

Pembukaan pertama kalinya di Asia, Nickelodeon Themed Land di Sunway Lagoon sememangnya sangat dinantikan oleh kanak-kanak di Malaysia. hehehe. Seriusly, bukan sahaja kanak-kanak yang teruja bahkan orang dewasa juga sama-sama menantikannya.


Dengan pelaburan RM100 juta menjadikan taman tema ini antara yang esklusif dibina di Sunway Lagoon. Sekaligus menarik minat lebih ramai pelancong samada dari dalam negeri mahupun luar negara berkunjung ke Selangor.

Biarpun di dalam Sunway Lagoon sudah mempunyai banyak kiosk dan restoran yang menjual makanan, kita juga boleh mendapatkan hidangan seperti pizza, salad dan pasta di Cubes Cafe yang terletak di pintu masuk Nickelodeon Lost Lagoon.

Kat sini jga terdapat kemudahan penyimpanan barang ya!

Yang Berhormat Dato'Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Besar Selangor antara VIP yang dijemput untuk merasmikan taman tema baru-baru ini.

Selain MB Selangor, turut menyaksikan pembukaan taman tema ini adalah Tan Sri Datuk Seri Razman M. Hashim (Timbalan Pengerusi Sunway Group), Mark Whitehead (Executive Vice President and Managing Director Viacom International Media Networks Asia.

Memang meriah sangat pembukaan Nickelodeon Lost Lagoon ni uolls....
Percikan bunga api sana-sini...
Ada letusan dari ala2 gunung berapi....

Terdapat 14 lokasi yang menarik untuk diterjah di sini. Yang mana di lokasi ini membawakan tema seperti SpongeBob SquarePants, Dora the Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtles.

Dan pastinya taman tema Nickelodeon ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak bahkan golongan dewasa juga boleh bermain dan bermandi-manda di sini.

Antara "slide"yang terdapat di Nickelodeon Lost Lagoon seperti:-












Banyak sangat tempat slide yang best ni....
Semua yang terbaru dan terbaik istimewa buat pengunjung Sunway Lagoon...

Dan nak jumpa dengan mereka-mereka di atas...

Jangan lupa datang ke Nickelodeon Lost Lagoon...
Terutama di hari hujung minggu, setiap jam mereka akan muncul dan bergambar dengan pengunjung yang hadir!!!!!

Dibuka setiap hari Isnin-Ahad bermula jam 10 pagi - 6 petang.

Harga tiket:-
Dewasa : RM150
Kanak-kanak : RM120 (bawah 12 tahun)

Keterangan lanjut boleh layari : www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia

Jom Uolls Melenjan Di Nickelodeon Lost Lagoon!!!! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 04, 2016 Rating: 5

5 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.