SHAKLEE Malaysia Mengumumkan Perlantikan Presiden Terbaru!
Pada Januari 2016, Shaklee Malaysia telah mengumumkan perlantikan Helen Lam sebagai Presiden, Shaklee Malaysia yang terbaru. Untuk pengetahuan semua Helen Lam telah menyertai syarikat tersebut pada Januari 2016. Selama lebih 20 tahun lamanya Helen bergerak secara aktif di dalam bidang industri Jualan Langsung menerajui bahagian Pemasaran & Jualan di syarikat multinasional. Dan beliau mempunyai rekod pencapaian yang sangat cemerlang.
“Bukan mudah mencari seorang pengurus
eksekutif yang mempunyai latar belakang dan pencapaian di dalam industri ini,
dengan minat yang amat mendalam membantu memberi impak positif kepada kehidupan
orang lain”, kataRoger Barnett, CEO kepada Shaklee Corporation.
Tambah beliau,
“Kami
amat bertuah dengan kehadiran Helen yang mahu menjadi sebahagian daripada
keluarga besar Shaklee dalam membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat
dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.
Kami amat teruja untuk melihat perubahan besar terhadap perniagaan
Shaklee di Malaysia, tambahan pula kehadiran Helen sebagai Presiden, tentunya
akan lebih mengeratkan jalinan hubungan perniagaan kita di dalam keluarga besar
Shaklee”.
Helen mempunyai
pengalaman yang cukup luas sebagai Pengurusan Eksekutif. Dengan rekod pencapaian
cemerlangnya terutama kerjasama erat bersama para pengedar sekaligus mampu memacu pertumbuhan yang
stabil untuk jangkamasa panjang di dalam industri jualan langsung. Sepanjang
penglibatan beliau, ternyata Helen telah berjaya meluaskan pengaruh pemasarannya secara meluas di seluruh Asia
Tenggara seterusnya menjana pertumbuhan pasaran yang akan datang dan juga yang sedia ada.
Untuk keterangan lanjut, boleh layari :
kalau nak beli, boleh beli kat lazada ya!
SHAKLEE Malaysia Mengumumkan Perlantikan Presiden Terbaru!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 04, 2016
Rating:
No comments:
Sharing is caring...