SHAKLEE Malaysia Mengumumkan Perlantikan Presiden Terbaru!


Pada Januari 2016, Shaklee Malaysia telah mengumumkan perlantikan Helen Lam sebagai Presiden, Shaklee Malaysia yang terbaru. Untuk pengetahuan semua Helen Lam telah menyertai syarikat tersebut pada Januari 2016. Selama lebih 20 tahun lamanya Helen bergerak secara aktif di dalam bidang industri Jualan Langsung menerajui bahagian Pemasaran & Jualan di syarikat multinasional. Dan beliau mempunyai rekod pencapaian yang sangat cemerlang.

 “Bukan mudah mencari seorang pengurus eksekutif yang mempunyai latar belakang dan pencapaian di dalam industri ini, dengan minat yang amat mendalam membantu memberi impak positif kepada kehidupan orang lain”, kataRoger Barnett, CEO kepada Shaklee Corporation.

Tambah beliau, 

“Kami amat bertuah dengan kehadiran Helen yang mahu menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee dalam membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.  Kami amat teruja untuk melihat perubahan besar terhadap perniagaan Shaklee di Malaysia, tambahan pula kehadiran Helen sebagai Presiden, tentunya akan lebih mengeratkan jalinan hubungan perniagaan kita di dalam keluarga besar Shaklee”.

Helen mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai Pengurusan Eksekutif. Dengan rekod pencapaian cemerlangnya terutama kerjasama erat bersama para pengedar sekaligus mampu memacu pertumbuhan yang stabil untuk jangkamasa panjang di dalam industri jualan langsung. Sepanjang penglibatan beliau, ternyata Helen telah berjaya meluaskan pengaruh pemasarannya secara meluas di seluruh Asia Tenggara seterusnya menjana pertumbuhan  pasaran  yang akan datang dan juga yang sedia ada.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari :

kalau nak beli, boleh  beli kat lazada ya!

SHAKLEE Malaysia Mengumumkan Perlantikan Presiden Terbaru! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 04, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.