Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan Dengan Konsep Terbaru 3 Dalam 1 (Steamboat + Grill + Pembakar Arang BBQ)
Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan sememangnya gah antara restoran steamboat dan grill yang
popular di kawasan Lembah Klang. Mula beroperasi pada tahun 2010, Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan telah melalui beberapa kali transformasi dalam penyajian hidangan makanan. Ini bagi memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan-pelanggan yang datang ke Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan.
Untuk pengetahuan semua Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ada menawarkan lebih 199 jenis hidangan buat pengunjung mereka setiap hari. Lebih menarik dengan mengekalkan konsep ruang makan dengan deko yang minimalis dan santai, dan boleh memuatkan sehingga 400 orang pada satu-satu masa. Untuk ruang yang mempunyai penghawa dingin sehingga 180 orang dan di bahagian ruang terbuka seramai 220 orang. Kemudahan seperti tandas dan juga surau perempuan serta lelaki yang selesa juga ada disediakan. .
Dan bersempena dengan tahun 2016 Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan telah melangkah satu lagi transformasi dengan memperkenalkan beberapa tambahan menu baru seperti skewer ayam, daging, sotong dan pelbagai lagi jenis makanan yang boleh dimasak bersama Dapur Arang Berbeku.
Saya sendiri seorang peminat steamboat yang tegar! Dan pastinya dengan banyaknya pilihan bervariasi menu menjadi tarikan untuk saya membawa keluarga ke sini satu hari nanti.
Antara menu yang ditawarkan di sini :-
Bukan itu sahaja, hidupan segar juga da di sini..
Daripada udang, ketam..
Lala, kepah, pelbagai jenis kerang
Segar bangettttt!!
Banyak betul pilihan hidupan laut!
Pepahat pun adooo..
Anda peminat ikan...jangan susah hati, di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan pun ada menyediakan ikan segar!
Seperti yang saya war-warkan untuk tahun 2016, Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ada membuat penambahan beberapa menu baru.
Menu konsep terbaru ini adalah hasil idea daripada Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang mempunyai berpengalaman lebih 25 tahun didalam bidang kulinari dan masakan. Antara menu skewer terbaru yang disediakan seperti :-
- Perapan Ayam Skewer Berempah
- Daging Skewer Berempah
- Daging Skewer Kicap
- Sotong Skewer Pedas Cilantro
- Ikan Dory Skewer Berempah
- Udang Skewer Cilantro Pepper dan pelbagai lagi
Boleh rujuk gambar skewer di bawah...
Selain dari hidangan skewer masakan khas bersama arang BBQ, Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan juga ada menyediakan hidangan terbaru istimewa yang lain seperti otak-otak, hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap di dalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ
Nak makan bersama mee...
Boleh juga! Pelbagai jenis mee ada ditawarkan di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Bagi pengunjung yang gemarkan sayur, boleh dapatkan cendawan dan juga lobak yang sudah dibersihkan dan dipotong nipis..
Lebih istimewa di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan juga menyediakan kambing bakar istimewa buat pelanggan-pelanggannya...
Pilihan variati sos yang boleh dinikmati...
Selain daripada menu hidangan untuk steamboat dan gril, di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
juga menyediakan hidangan berat yang enak-enak buat pelanggan-pelanggannya. Antaranya seperti :-
Mushroom sup - My Ameer suka sangat dengan sup mushroom ini. repeat 4 kali hokeh!
Kue teow..
Bihun goreng...
Mee goreng basah..
Kari ayam...
Nasi lemak pun ada juga!
dan banyak lagi sebenarnya...
Tidak dinafikan, bila kita dah makan berat ianya perlu diakhiri dengan pencuci mulut..
Ais krim penyejuk tekak...
Ada pelbagai rasa yang semuanya sedap-sedap belaka. Sesetengah orang panggil pencuci mulut ini sebagai ais kepal :p
Bergabung 2 perisa ni memang meletop didalam mulut, hehehe.
Turut disediakan air panas seperti teh tarik. Rekomen silalah cuba, Sedap!
Dan juga pilihan air kordial sejuk..
Nak ABC, boleh buat sendiri, perkakasan semua ada dengan bahan yang cukup lengkap dan kita boleh pilih ikut suka..
Inilah yang dikatakan konsep terbaru 3 Dalam 1 (Steamboat + Grill + Pembakar Arang BBQ) yang telah disediakan pada setiap meja hidangan.
Skewer pilihan hati saya dan Anaqi..
Makan sehingga kenyang, dan jangan membazir. Ambil mana yang perlu, ikut selera bukan nafsu. Hihihi
Pilihan makanan di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan bukan sahaja memenuhi citarasa golongan dewasa bahkan kanak-kanak sekecil my Ameer juga teruja menikmatinya dengan beria-ia.
So uolls, apa lagi jomlah terjah Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan.
Harga yang ditawarkan adalah :-
RM40.20 (Dewasa)
RM20.05 (Kanak-Kanak 5-11 tahun)
RM20.05 (Kanak-Kanak 5-11 tahun)
*Harga ini adalah termasuk cukai GST
Bawa keluarga, sahabat handai ke sini untuk menikmati sendiri keenakan hidangan yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. Nak habaq mai ni, sempena dengan pengenalan menu terbaru di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, bagi pengunjung yang datang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad minggu depan (minggu terakhir sebenarnya) anda berpeluang untuk memenangi hadiah tudung Fareeda. Sehelai tudung Fareeda esklusif ini bakal diberikan kepada pengunjung yang bertuah (cabutan bertuah) pada 3 hari tersebut. Untungnya siapa yang dapat :=)
Alamatnya :)
Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
No.1 Apartment Servis Sri Acapella,
Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Waktu Operasi: 6.00pm – 2.00am
Facebook: Steamboat BBQ Buffet Dkayangan
Instagram: @dkayangansteamboat
Twitter: @dkayangansteamboat
Untuk tempahan, boleh hubungi:-
012-297 1091 / 017-327 7904 / 03-5523 4979
Jangan risau pasal parking sebabnya kawasan parking yang agak banyak didepan restoran ya!!!
#steamboatshahalam
Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan Dengan Konsep Terbaru 3 Dalam 1 (Steamboat + Grill + Pembakar Arang BBQ)
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 16, 2016
Rating:
sedapnya....lapar la tgk sbb tk dinner lg
ReplyDeletehehehehe...ni mesti gara2 layan CSWP episod la
ReplyDeleterestoran dkt ngan tmpt keje amy ni :P leh terjah nanti
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWandee - hihihi...ok nanti i jengah..... :)
ReplyDelete