Together-Gather Big Fun Day @ The Arc Rimbayu

First time saya dan famili sampai ke sini. Memang sepanjang perjalanan di kawasan Bandar Rimbayu ini dihiasi dengan landskap yang sangat cantik. Tak puas mata ini menjamu kecantikan bandar dalam taman yang dibina. Moden dan ada gaya!

Untuk pengetahuan semua Bandar Rimbayu ialah projek pembangunan perbandaran utama di bawah IJM Land, yang mempertengahkan inspirasi kehidupan agar hidup dekat dengan alam, berada di kawasan yang selamat dan dikeliling kejiranan yang hebat. Terletak di persekitaran yang hijau yang tenang seluas tapak 1,879 ekar, Bandar Rimbayu  menjadi ikonik pembangunan bercampur komponen kediaman, komersial, rekreasi dan taman.

Mempunyai akses yang strategik diletakkan berhampiran dengan kemudahan bandar seperti
pusat membeli-belah dan institusi pendidikan, dan juga ianya mempunyai akses ke bandar-bandar utama melalui berdekatanlebuh raya termasuk Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM11 bilion, Bandar Rimbayu merupakan perbandaran bersepadu dengan komponen kediaman, komersial dan rekreasi di empat presint: Flora, Fauna, Bayu dan Hub Commercial.

Oh ya! Saya dan famili ke sini bersempena dengan acara "Together-gather Big Fun Day", yang telah diadakan di The Arc Rimbayu.
Sebelum kami menyertai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Kami berpiknik sambil menikmati bekalan makanan yang telah disediakan. Memang perut kenyang sangat!

Paling terkesan hati dengan dekorasi-dekorasi indah ini :=)

Kenny si burung enggang seperti Anaqi..
Garang dan berani..

Olie burung hantu seperti Yana..
Rajin, misteri dan suka belajar..

Ellie si anak gajah seperti Akid Zulqarnain..
Bercita-cita, rajin tapi suka bermain..


Tappy si tapir seperti Afiq Ziqry..
Comel, unik dan suka bersendiri..

Tupin & Tipin si comel tupai-tupai..
Aktif, suka bercakap dan berpersonaliti santai.. 


So, mana yang paling kecik...

Inilah my Ameer yang paling bongsu...

Suka mengeksplorasi dan mencuba sesuatu yang baru...

Kawasan yang bersih dan cantik permandangannya...
Sesuai buat si famili datang bersantai gembira...


Banyak monumen yang cantik dan menarik di sini...

Kiss Me, ahem ahem

Seriusly! Banyak lokasi menarik yang boleh bergambar kenangan.


Terutama pengunjung seperti kami bertiga yang suka berselfie di merata-rata tempat..

Untuk berpiknik kita boleh juga memilih untuk berada di Green Canopy...

Ataupun berada di kawasan sekitar di bahagian bawah seperti Kelly!!

Antara spot yang mencuri  pehatian...
Ruang berjalan kaki yang dihiasi dengan tanglung merah...

Ameer yang begitu teruja bermain di sini...
Berlari tanpa henti...
Luasnya kawasan untuk mengeksplorasi..

Akhirnya abang terpaksa mengambil tugas mengawasi..

Melayan karenah si buah hati famili :)

Untuk pengetahuan semua, pada setiap Ahad akan diadakan kelas zumba secara percuma di The Arc..

Pengunjung yang menghadiri boleh bersama-sama bersenam dan berzumba. Dan jelas kelihatan betapa seronoknya mereka dapat beraktiviti sebegini secara beramai-ramai.

Istimewanya untuk hari ini sahaja, semua peserta zumba diberikan sarapan percuma.

Di hadapan The Arc terdapat tasik yang begitu tenang. Dan pengunjung boleh menyusuri titian di sini sambil melihat keindahan landskap tasik yang dibina.

Paling mengujakan buat anak-anak saya ialah GIANT BUBBLES!!!

Pelbagai cara rupanya untuk menghasilkan bubble yang besar..

Lihat betapa seronoknya mereka bermain buih..
Dengan mencuba pelbagai teknik dan juga menggunakan pelbagai jenis alatan..

My Amani yang sungguh gembira apabila Giant Bubbles -nya menjadi :)

Ada juga permainan sukaneka buat anak-anak yang datang ke sini.
Memang meriah uolls!!

Bumper boat! Pelampung besar betul seperti boat. Terapung dengan air, siap ada stereng pengemudi.

Ini adalah aktiviti Fish Scooping!!!

Ada banyak anak ikan koi yang comel-comel!
Kena tangkap menggunakan kertas, kalau berjaya tangkap boleh bawah balik. Yeay!!

Anak saya semua berjaya menangkap seorang seekor. Seronok betul mereka.

Ini adalah Water Zorb Ball! Hahahahaha

Melihat wajah kesayangan yang begitu gembira membuatkan hati saya begitu bahagia.

Giant Inflatable!! Kegemaran my Amani ya. Amani main berkali-kali di sini. Menurut beliau, permainan ini seronok kerana ada tangga yang licin dan gelungsur di dalam pelampung panjang ini.

Pilihan orang-orang muda, permainan elecronic skateboard pun ada.

Bertarung siapa yang lebih pantas dalam menembak di Water Fight Battle Station.

Sememangnya menyertai Together-Gather Big Fun Day @ The Arc Rimbayu, menyebabkan...
Saya dan keluarga begitu seronok dan ketawa...

saya sangat menghargai kehadiran CINTA dalam keHIDUPan...
saya merasakan HIDUP lebih bermakna dengan kehadiran CINTA-CINTA..

keseronokan tanpa batasan..

Di The Arc juga menyediakan begitu banyak fasiliti kemudahan buat pengunjung di sini.
Seperti surau untuk lelaki dan wanita.

Tandas yang bersih..

Dan tandas ini juga cantik dekorasinya!
Unik dan simple.


Terdapat Food Truck yang menawarkan pelbagai pilihan makanan untuk pengunjung.

Yang pastinya makanan dan minuman yang disediakan agak unik dan pastinya rata-rata mempertengahkan berkonsep hipster. Lain daripada yang lain.

The Arc juga sangat menyokong konsep kelestarian bumi hijau dengan menggalakkan pengunjung datang dengan hanya berbasikal. Unik bukan tempat letak basikal yang disediakan.

Terdapat juga perkhidmtan buggy di sini.

Happy me with the kids!!

Together-Gather Big Fun Day @ The Arc Rimbayu benar-benar memberi keseronokan,
Pelbagai aktiviti disertai bersama keluarga sekaligus mengeratkan perhubungan!

Alamat :
The Arc @ Bandar Rimbayu, Kota Kemuning
No.1, Jalan Flora 3, Bandar Rimbayu,
42500 Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan.


#rimbayufunday
#rimbayugathertogether

Together-Gather Big Fun Day @ The Arc Rimbayu Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 22, 2016 Rating: 5

5 comments:

  1. menarik juga tmpt ni..tk pernh tau pn

    ReplyDelete
  2. mt- jauh skit ke dalam tapi die stil area kota komuning....

    ReplyDelete
  3. ayu, dia memang sentiasa ada bende ni ke or yang ni family day je

    ReplyDelete
  4. mira- die untuk aktiviti bukan setiap minggu...kecuali yang zumba tu setiap minggu

    wan - besh juga...cantek untuk bergambar

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.