10 Sebab Kenapa Kita Harus Tonton Filem "The Kid from Big Apple" 《我来自纽约》

Filem terbitan Three Production, yang menampilkan gabungan beberapa pelakon hebat dari Hong Kong seperti Jessica Hester Hsuan dan Lung Ti, dibantu oleh pelakon cilik yang berasal dari Malaysia iaitu Sarah Tan, Jayson Tan dan ramai lagi.

Mengangkat elemen kekeluargaan dalam perceritaan filem diselitkan juga beberapa aksi spontan komedi yang begitu menghiburkan menjadikan filem ini sarat dengan emosi di luar jangkaan. Paling menarik perhatian saya, adalah cara penceritaan yang sangat menyentuh perasaan bagaimana seorang anak kecil perempuan yang ditemukan kembali dengan atuknya yang sangat naif dan agak kolot. Beberapa scene flash-back konflik kekeluargaan yang berlaku antara anak dan ayah, tanpa disedari ianya membawa mesej yang begitu besar iaitu kasih sayang yang tidak pernah putus.

Cucu perempuan yang dibesarkan di bandar New York pada mulanya canggung dengan kehidupan barunya. Mula belajar mengenali atuknya dan juga kawan-kawan dari kejiranan. Pujian harus diberikan kepada watak-watak yang dilakonkan kanak-kanak yang berbakat ini, bukan sahaja ekspresi wajah yang begitu meyakinkan bahkan persembahan cemerlang mereka juga sangat menghidupkan jalan cerita filem ini. 

Antara 10 sebab mengapa saya begitu sukakan filem ini, sejujur-jujurnya :-)

1. Filem Keluaran Produksi Tempatan Yang Mendapat Pengiktirafan Antarabangsa

Saya 'quote'satu perkongsian dari media online yang lain;
The film got some serious recognition at the Macau film festival, defeating other tough competition at the festival, including Wilson Yip’s Ip Man 3 and Dante Lam’s To The Fore.
Other than that, it has also gained its recognition in the Hollywood movie scene. The Kid From The Big Apple is an official finalist in the 2014 Hollywood screenplay contest, and an official finalist in the 2013 New York screenplay contest.

"The Kid From Big Apple" telah menerima beberapa pengiktiran peringkat dunia. Antaranya telah memenangi 4 anugerah di Festival Filem Antarabangsa Macau yang ke-7, sekaligus menewaskan filem Ip Man 3 dan To The Fore.  Empat anugerah yang dimenangi  adalah:-

- the best writing
- best actor
- best supporting actor 
- best newcomers

Hebat bukan?

Melihat kejayaan hebat filem ini, pasti kita juga teruja untuk menontonnya di panggung!

2. Sarat Dengan Emosi dan Kekeluargaan

Melihat hubungan seorang ibu moden dan anak perempuannya yang sedang membesar. Kesukaran seorang ibu tunggal yang sedang berada di puncak kejayaan kerjaya dan pada yang sama mempunyai anak perempuan yang sangat memerlukan perhatiannya.

Atuk yang agak konservatif dan kolot pemikirannya tetapi sebenarnya seorang yang sangat baik dan memahami jiwa orang-orang muda. Walaupun pada mulanya kehidupannya agak muram - semua berkaitan aktivitinya samada hitam atau putih. Makan bubur putih, masak ayam kukus putih dan munim kopi hitam tanpa gula. 

Namun kehadiran cucu dan anak-anak jirannya yang gila-gil amenjadikan dunianya yang dulu suram bertukar ceria.

Banyak babak menyentuh emosi saya ketika menonton cerita ini. Terutama saya melihat pendekatan atuk ini menegur dan menasihati cucunya begitu memberi kesan. Dan bagaimana cucunya yang sangat kasihkan atuknya dan sentiasa mahukan yang terbaik buat atuknya.

 3. Filem Yang Mempertengahkan Budaya Masyarakat Cina di Malaysia

Ada satu babak yang mana atuknya mengajar cucu untuk memegang chop stick. Yang mana beliau ada berkongsi tentang petua masyarakat Cina, sekiranya memegang chopstick di hujung dipercayai anak perempuan akan berkahwin jauh. Sesuatu perkara yang baru saya belajar tentang kepercayaan masyarakat Cina dari filem ini.

Budaya membuat Tang Yuan - Dumpling Pulut Bulat. Babak yang mana atuknya berkongsi dan memberi kepunyaan beliau kepada cucunya dan berdoa agak cucunya membesar dan memberi kesenangan. Sweet betul momen ni.

Berbaju merah cheongsam untuk lebih "öng"!


Makan besar bersama keluarga.

Seni tulisan..
Saling menghormati, bertanya khabar, yang muda menghormati yang lebih tua. Budaya yang sehingga kini dikekalkan bukan sahaja buat masyarakat cina bahkan 1 Malaysia.

4. Barangan klasik dan 'rare' Sebagai Props Dalam Filem

Sebenarnya saya kagum dengan props yang digunakan di rumah watak utama. Dilengkapi dengan set-set peralatan yang klasik, sangat jarang untuk kita temui pada zaman moden menjadikan filem ini begitu istimewa.
Kotak televisyen lama yang masih mengekalkan warna hitam-putih, membuktikan atuk yang memgang watak utama bersikap sangat  konvensional. 

 Kipas angin antik.

 Perabut almari lama.
 Telefon klasik.
Kotak suis ni paling win!!

5. Kisah Sahabat, Gembira Suka dan Duka

Kanak-kaank kejiranan yang begitu menghiburkan. Ada sahaja idea, projek dan aktiviti kanak-kanak yang membolehkan mereka bermain bersama-sama. Sesuatu yang semakin hilang dalam dunia kanak-kanak kita hari ini yang mana mereka lebih obses bermain dengan gadget.
Di kala kita meminta pertolongan, ada kawan yang dapat kita berpaut dan dibantu. Di kala ketika sedih, ada kawan yang sama-sama menemani kita menghadapi waktu kesukaran. Begitu juga ketika kita gembira, kita mahu berkongsi segala rasa kegembiraan bersama-sama rakan tercinta. Ini yang apa saya belajar menerusi cerita ini :=)


Momen yang paling sedih, apabila kita terpaksa berpisah dengan kawan baik kita. Sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

6. Memperkenalkan Seni Mempertahankan Diri Wusyu

Seni mempertahankan diri ini yang memerlukan teknik dan kemahiran tertentu yang tidak lapuk dek khujan, tak lekang dek panas.

7. Air Yang Dicencang Tak Akan Putus

Sebagai ibu bapa walau sebesar mana kesalahan anak, seteruk mana rasa amarah pada mereka, namun pada hakikatnya hubungan kekeluargaan itu tidak pernah dan akan terputus.
Kasih seorang atuk terhadap cucunya.

Biarpun mereka sering bertelingkah kerana berbeza pendapat.


8. Perubatan Tradisi dari Tabib Yang Terkenal Dikalangan Masyarakat

Jika dulu masyarakat Malaysia agak sinonim dengan dukun, bidan dan tabib. Di dalam filem ini, watak utama merupakan seorang tabib yang sangat berpengaruh. Mempunyai ilmu anatomi tubuh manusia, serta perawatan menerusi ubatan dari herba dan ginseng.

 Pelbagai ginseng dan herba untuk kegunaan yang berbeza.

 Bagaimana cara orang lama mempelajari tubuh manusia, untuk mengenali perawatan terbaik pada bahagian yang bermasalah.

9. Nilai Moral dan Isu Kekeluargaan Hari Ini

Jika kita melihat isu gadjet sesuatu yang negatif tetapi di filem ini kita akan dapat lihat dari segi yang positif. Bagaimana, gadget seperti telefon kita boleh berkomunikasi dan berkongsi pelbagai perkara yang baik.





 Serta melalui gadget kita dapat merakamkan detik-detik indah bersama.

10. Produksi Malaysia, Pengambaraan Juga di Malaysia

Seinematografi yang punyai kelas tersendiri, mempamerkan betapa cantiknya negara Malaysia yang dicintai.
 Teknik penggunaan cahaya, kesuraman dan sebagainya benar-benar menyajikan sesuatu yang indah.

Begitu juga keindahan pemodenan bandar, dengan gerakan awan yang menarik sememangnya antara yang cantik telah dirakamkan



Krew-krew produksi adalah dari Malaysia dan sememangnya hasil kerja yang diusahakan sangat boleh dibanggakan




Diklasifikasikan sebagai filem [U] - umum, filem The Kid From Big Apple yang diadaptasi dari novel ini benar-benar menghiburkan dan sesuai ditonton seisi keluarga. Pastinya naskhah istimewa dari pengarah hebat Jess Teong  dari Malaysia ini memang boleh dibanggakan.. Dan buat anda semua nantikanlah kemunculan filem ini di seluruh pawagam di Malaysia pada 10 March 2016.

Saya bagi 10 bintang!!

psstt : kredit pic mr gugel dan FB The Kid From Big Apple

Jangan lupa tonton ya!
10 Sebab Kenapa Kita Harus Tonton Filem "The Kid from Big Apple" 《我来自纽约》 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 02, 2016 Rating: 5

3 comments:

  1. Looks like a good movie. Will bring my children to watch it too.

    ReplyDelete
  2. Good movie and thank you for the sharing....tq

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.