Animax Carnival 2016 Yang Memang Happening Giler!

Hari Ahad yang lepas, saya dan keluarga berkesempatan menghadiri Animax Carnival 2016 yang telah diadakan di Sunway Piramid Convention Centre. Dan memang tidak dinafikan karnival yang diadakan kali kelima ini agak meriah terutamanya dengan penglibatan begitu ramai peserta cosplay dan kehadiran peminat anime di Malaysia.

Tiada caj tiket untuk masuk dikenakan ~ianya adalah percuma. Apa yang perlu, kita hanya dapatkan cop di tangan di kaunter pendaftaran dan secara automatik kita akan diberikan cenderahati dari pihak Animax. Iaitu buku nota yang sangat comel. I like it!!!!

Selain dari buku nota comel, terdapat pas yang mana kita boleh melakukan aktiviti di sini dan berpeluang membawa balik cenderahati yang menarik dari pihak penaja.

Ramai betul peminat-peminat Anime di Malaysia. Sungguhpun kelihatan sesak, tapi keadaan dewan yang begitu luas, menjadikan saya dan keluarga agak selesa berada di sini.

Di pentas utama dikatakan ada konsert khas dari Jepun yang akan mempersembahkan beberapan lagu khas dari soundtrack anime, dan juga sepanjang acara pelbagai aktiviti pentas telah disediakan oleh pihak penganjur. Saya paling suka bila pengacara keluar dan melontarkan soalan kuiz mengenai karnival dan anime, sebab banyak hadiah yang ditawarkan pada waktu bonus ini :=)

Anak-anak saya paling suka bila berada di bahagian ini. Peminat anime tegarlah katakan. Ada antara anime di sini, kami sudah mempunyai koleksi CD dan juga siap dimuat turun dari laman web anime yang dikongsi laman maya.

Anak-anak lelaki saya memang suka melihat cosplay tapi tiada sorang pun berminat untuk bergambar sama (malu katanya). Berlainan dengan my Amani, yang sakan nak bergambar dengan cosplay2 yang begitu banyaknya di situ.

Antaranya seperti :-
Spiderman!

Naruto!

Erkkk saya kenal 2 karektor ini jer...
Lain2 karektor anime, erkkk wapucitau..
kalau anak2 lelaki saya hampir semua dowang kenal...

Ada satu part tu...
My Akid dier buat lawak bengong dier...boleh dier jerit kat satu kumpulan cosplay..

Äbang Mask Rider sila selamatkan saya!

Lepas tu bertempiaran anak lelaki saya yang lain lari. Malu katanya, buahahahahahah


Antara cosplay yang beria bergambar dengan Amani, hik hik :-















Ni memang feveret my Amani dan Ameer...
Fang, Yaya dan Boboiboy!

Tengok muka Yaya ni cam muka My Amani la pulak!

Saya dan famili memang layan karnival animax cenggini, antara throwback entri pasal karnival animax --> 


Animax Carnival 2016 Yang Memang Happening Giler! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 30, 2016 Rating: 5

2 comments:

  1. wah..seronok anak2 jumpa dengan watak anime yang diorang minat...sure puas hati ni...

    ReplyDelete
  2. parizan- mmg fun, next year harus terjah lagi kalau ada

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.