Berbelanja di Tesco Bersempena "Tesco Baby Fair" dan "Promosi Member's Week", Benar-Benar Berbaloi!

Membeli-belah memang terapi bagi sesetengah wanita seperti saya. Sebagai pembuat keputusan utama dalam pembelian barangan utama di rumah, saya sentiasa mencari barangan berkualiti pada harga yang terbaik. Dan antara tempat kegemaran saya untuk pergi membeli-belah tentunya di Tesco!

Tesco diibaratkan seperti pusat sehenti membeli-belah yang menawarkan pelbagai barangan dengan tawaran yang hebat. Dari bahan mentah, barangan kering, pakaian, perkakasan rumah dan lain-lain pelbagai jenama. Bahkan saya suka mencari dan membuat pembelian barangan bayi buat Ameer di Tesco.
 Dalam katalog terbaru Tesco, selain daripada Promosi Member 's Week, terdapat juga promosi barangan dan produk bayi bersempena dengan Tesco Baby Fair.

 Banyak betul barangan bayi dijual pada harga yang berpatutan dan berbaloi untuk dibeli. Apa yang menarik terdapat juga kupon promosi untuk produk bayi tertentu. Di mana pelanggan akan mendapat harga jauh lebih murah dengan membuat pembelian 2 item tersebut.



Memandangkan saya perlu mencari stok susu Ameer. Saya terus ke bahagian rak-rak yang menjual susu bayi yang telah disusun kemas mengikut jenama dan peringkat umur bayi.


Lihat sahaja harga di kupon selepas didiskaunkan. Memang murah bukan?

Begitu banyak pilihan, pelbagai jenama dengan harga berpatutan :=)
Berbaloi-baloi bukan??


Saya memilih Anmum 1.6kg yang asalnya berharga RM90.55, tetapi dengan adanya kupon, dengan pembelian 2 tin Anmum melayakkan saya membeli dengan harga RM79.99 untuk satu tin.

Nah! Ternyata menjadi pengguna yang bijak, manfaatnya banyak! Bukan sahaja kita dapat memilih yang terbaik buat anak, bahkan kita juga mampu mengurangkan kos perbelanjaaan rumah. 

Memang banyak sangat pilihan barangan. Selain daripada susu bayi, barangan seperti pakaian, botol susu dan banyak lagi ada juga ditawarkan pada harga menakjubkan.



Kebetulan memang saya mencari beberapa helai pakaian basahan buat Ameer. Memandangkan baju Ameer yang sedia ada sudah kecil dan ketat. Melihat pada tawaran harga romper yang hanya dalam RM8 sahaja, begitu juga pyjamas yang berharga RM10 menjadikan saya tidak teragak-agak untuk memberi 2-3 helai buat basahan di nurseri.

Macam-macam corak ada!

Perletakan barangan di Tesco juga tersusun rapi menjadikan pencarian saya begitu mudah dan tidak mengambil masa terlalu lama.

Untuk harga promosi istimewa, kita akan lihat pamer tanda harganya di kertas kuning yang telah ditulis jelas.

Pelbagai jenama terkemuka seperti Pureen dan banyak lagi ada ditawarkan di sini.

Buat ibu-bapa yang mencari peralatan dan perkakasan bayi, berbelanja di Tesco pasti menjadikan kita rambang mata untuk memilihnya.




Saya juga membeli botol susu baru buat Ameer dengan hanya RM10 sahaja, yang mana harga asalnya ialah RM13.90. Penjimatan RM3.90 di situ.

Barangan mandian juga ada yang diberi diskaun. Sempat saya memilih mandian Carrie Junior kegemaran anak-anak yang ditawarkan pada harga promosi.

Produk penting yang sentiasa perlu ditambah stoknya setiap bulan ialah lampin pakai buang. Tidak dinafikan ramai ibu-ibu di Malaysia seperti saya sentiasa menanti jualan berbaloi untuk lampin buang.

Disebabkan anak saya Ameer pengguna Huggies. Apabila melihat sahaja harga Huggies yang ditawarkan pada katalog yang memberi penjimatan lebih RM9. Memang saya tidak lepaskan peluang untuk membeli.
 
Apatah lagi kali ini Huggies juga didatangkan dengan stok promosi "twin Pack"dan juga "pemberian extra 6 keping sememangnya berbaloi dibeli.

Dan hampir ke semua jenama lampin buang di Tesco memberi tawaran hebat. Sekaligus memberi peluang kepada pembeli membuat pilihan terbaik buat anak mereka yang tercinta.

Seronoknya berbelanja kat Tesco, bayangkan saya boleh dapatkan pelbagai barangan keperluan Ameer dengan penjimatan yang ketara. Jadi dapatlah saya menabung lebih untuk bulan ini. Bijak tak saya?. Hihihi
Paling untung jika kita memiliki Tesco Clubcard. Yang mana setiap perbelanjaan yang kita belanjakan, kita akan mendapat rebate kembali, sekaligus memberi penjimatan yang menguntungkan ahli.

Yang menariknya, Tesco Clubcard sentiasa menawarkan pelbagai promosi. Antaranya yang terkini Promosi Member's Week. Yang mana setiap ahli boleh banyak menfaat sekiranya mereka:-

  • Berbelanja RM200 kebawah untuk mendapat 3x mata ganjaran Tesco Clubcard (untuk ahli Clubcard sedia ada)
  • Berbelanja diantara jumlah RM201 – RM500 untuk mendapat 6x mata ganjaran Tesco Clubcard (untuk ahli Clubcard sedia ada)
  • Berbelanja untuk RM150 keatas untuk mendapat Tesco Clubcard PERCUMA (untuk pendaftaran ahli Clubcard baru)
  • Ahli Tesco Clubcard sedia ada juga berpeluang memenangi iPad Mini dengan hanya mendaftar butiran peribadi di laman sesawang Tesco Clubcard (http://www.tesco.com.my/clubcard/clubcard.aspx)
  • Dapatkan kita juga boleh dapatkan 2x mata ganjaran Tesco Clubcard dari semua cawangan medan selera Tesco
Ok, untuk keterangan lanjut mengenai promosi, aktiviti dan banyak lagi mengenai Tesco Malaysia. Bolehlah layari laman web seperti terteran di bawah :-


Selamat bershoping ya!!
Berbelanja di Tesco Bersempena "Tesco Baby Fair" dan "Promosi Member's Week", Benar-Benar Berbaloi! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 03, 2016 Rating: 5

4 comments:

  1. Wah byk promo utk baby..sesuai utk yg ada baby kecik ni

    ReplyDelete
  2. Wah byk promo utk baby..sesuai utk yg ada baby kecik ni

    ReplyDelete
  3. waaa... cia cia cia...
    hebaq mama kita shopping sakan..
    kak no punya tesco kad dah xpired kot.
    kena buat baru ler ni.. heheh tq ayu

    ReplyDelete
  4. mt- mmg tgh promosi utk bab skrg ni :)

    kak no--meh buat mana tahu mng ipad hehehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.