Cabaran Nivea Cool Kick – 3X Dryness
NIVEA MEN sekali lagi mengajak para jejaka untuk menyahut cabaran
menentang perpeluhan melalui kempen Cool Kick – 3X Dryness. Kempen unik ini bertujuan
untuk mencabar para jejaka, sama ada dalam bentuk digital ataupun secara
perlawanan on-ground, bermula dari Januari hingga Mac 2016.
Direka untuk memenuhi keperluan setiap
lelaki masa kini, cabaran ektsrem ini juga adalah medan untuk para jejaka mengekspresikan
keyakinan diri melalui permainan yang sungguh menarik dan mendebarkan. Acara
ini juga dicipta selaras dengan ciri-ciri lelaki NIVEA MEN masa kini. Di samping
itu, aktiviti ini juga turut dijadikan sebagai kempen tahunan di mana para
peserta akan diuji dengan hebat akan sejauh mana kemampuan mereka dalam
melindungi diri daripada ancaman perpeluhan.
“Cabaran 3X
Dryness 2016 ini direka bukan sahaja sebagai satu aktiviti yang menyeronokan,
malah ia juga bertujuan untuk mengetengahkan satu permasalahan yang dikongsi
oleh ramai lelaki, sekaligus turut menjejaskan keyakinan mereka dalam kehidupan
seharian. NIVEA MEN Cool Kick dengan inovasi canggih dengan kuasa kawalan peluh
dan formula cool care berupaya untuk memberikan anda 3x kekeringan dan
kedinginan maksima. Ini dapat membolehkan para jejaka kekal yakin dan selesa
sepanjang hari walaupun ketika berada di dalam cuaca yang panas,”
menurut Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia dan
Singapura di acara kemuncak Cabaran NIVEA MEN Cook Kick
3X Dryness.
Cabaran 3X Dryness ini telah dibuka kepada para
pengguna melalui penyertaan digital juga di gelanggang. Pengguna boleh menyahut
cabaran tersebut secara digital melalui laman Facebook NIVEA MEN Malaysia di www.apps.facebook.com/niveamendryshield di mana pengguna akan turut berpeluang untuk
memenangi hadiah berjumlah RM90,000 bagi cabaran digital atau di tapak
perlawanan.
Acara
perlawanan kemuncak telah diadakan di Sunway Pyramid, LG2 Blue Concourse dengan
hadiah-hadiah lumayan berjumlah RM30,000. Pengacara radio popular Malaysia
Haniff Hamzah dan pelakon merangkap juara Fear Factor Malaysia Hairul Azreen
turut sama mengambil bahagian dalam cabaran tahun ini.
Antara finalist - team Budget Good Good
Antara finalist - team Suka Suka Main
Permainan yang memerlukan kita beraksi tangkas dan cekap, dan mampu mempertahankan diri. Gaya seorang lelaki Nivea Men sejati!
Antara aksi daripada kumpulan Budget Good Good menentang Storm Jew!
Sebanyak 62 pasukan telah bertarung dalam pusingan penyingkiran pada 26 Mac dan 16 pasukan telah berjaya untuk mara ke pusingan separuh ahkir pada 27 Mac 16 pasukan di peringkat teratas yang telah berjaya melayakkan diri ke separuh akhir dan seterusnya bertarung untuk melayakkan diri ke peringkat 4 teratas. Dan 4 pasukan teratas akan melengkapkan perjuangan mereka di Perlawanan Akhir bagi merebut 3 hadiah utama.
Semasa acara kemuncak berjalan, 6 blogger bertuah turut diberikan peluang untuk menyertai Cabaran 3X Dryness melalui satu perlawanan persahabatan. Pasukan yang berjaya akan berpeluang untuk bertarung dengan pasukan Haniff Hamzah. Di samping itu, setiap blogger yang mengambil bahagian dalam cabaran ini juga mendapat saguhati dari pihak NIVEA MEN dalam bentuk produk bernilai RM150.
Dan saya telah menyertai cabaran blogger. Dan kebetulan semasa cabut undian kumpulan, saya ditempatkan dalam semua ahlinya perempuan. Kihkihkih. Apapun gegirl always rock!!Kami juga berjaya mengatasi cabaran perlindungan 3xdryness ~main dodgeball, dan berjya menwaskan 2 team yang diwakili kaum lelaki :p
Oh ya! Hadiah Utama bagi Cabaran 3X Dryness ialah wang tunai sebanyak RM 10,000 bagi setiap pasukan manakala hadiah tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM5,000 dan RM3,000 setiap pasukan. Setiap pasukan yang menang turut membawa pulang produk NIVEA berjumlah RM250.
Tahniah kepada pasukan :-
Tempat Pertama : Storm Jew
Tempat Kedua : Suka Suka Main
Tempat Ketiga : Budget Good-Good
Ternyata anda semua jejaka yang hebat menentang perpeluhan melalui kempen Cool Kick – 3X Dryness tahun ini!
Cabaran Nivea Cool Kick – 3X Dryness
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 29, 2016
Rating:
No comments:
Sharing is caring...