Jerlynn'L Kini Menjadi Pilihan Saya dan Keluarga!
Sebagai seorang ibu, apa yang lebih membahagiakan hatinya ialah dengan melihat anak-anaknya sihat membesar. Melihat anak bermain, mengeksplorasi dunia kanak-kanak-kanak dengan berani menjadikan dunia seorang ibu itu penuh dengan warna-warni.
Tapi dalam tak sedar, sewaktu anak kita aktif bermain mereka juga terdedah dengan kuman dan pelbagai jangkitan virus di kelilingnya. Jadi bagaimana peranan kita sebagai ibu untuk sentiasa memastikan kesihatan anak kita terpelihara dari kuman dan penyakit yang tidak dijangkakan?
Jerlynn'L salah satu jenama rangkaian penjagaan badan terkemuka yang menawarkan penjagaan bermula dari rambut sehinggalah ke hujung kaki kini sudah berada di pasaran Malaysia.
Jerilyn'L sememangnya menggalakkan tabiat penjagaan kulit yang betul terutama buat kanak-kanak.
Jenama tersohor ini sangat berdedikasi dalam mencari rumusan terbaik penjagaan kulit kanak-kanak yang bukan hanya mampu memulihkan kesihatan kulit bahkan dapat melindungi kanak-kanak dari menghadapi masalah kulit. Tidak hairanlah produk Jerilyn'L ini dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang berkhasiat.
Antara rangkaian produk Jerlynn'L yang sudah berada di pasaran!
Art Soap | RM10 setiap satu
Semasa sesi pengenalan produk Jerlynn'L, anak-anak saya telah cuba berkreativiti dengan Art Soap Jerlynn'L. Apa yang menarik produk ini didatangkan dengan warna-warna yang menarik dan ianya mudah dibentuk mengikut acuan yang digemari oleh anak-anak.
Sekaligus aktiviti ini dapat memupuk anak-anak dalam bidang seni dan memberi galakan kepada kanak-kanak untuk berfikir dan berkreativiti mengikut idea mereka sendiri.
Setelah menghasilkan art soap, anak-anak semua dikehendaki mencuci tangan mereka. Kali ini mereka mencuba produk Body Wash Jerlynn'L.
Mendidik anak-anak supaya menjadi lebih pembersih! Lihat tangan pun menjadi lebih lembut dan bersih selepas dicuci dengan Body Wash Jerlynn'L.
Antara lain poduk yang unik dari Jerlynn'L ialah "euca lyptus ice cream scoop gel freshner"!
Didatangkan dalam bentuk tub (seperti tub ais krim, hiks) dengan variasi wangian hebat seperti spices, wood, flower dan banyak lagi.
Tapi kali ini kami telah mencuba wangian euca lyptus!
Nak buat freshner ala2 potpori pun mudah sahaja. Hanya ambil satu scoop gel dan letakkan di dalam kain bunjut.
Tadaaaaaaaaa euca lyptus ice cream scoop gel freshner ini boleh diletakkan di dalam almari ataupun bilik. Semerbak harum baunya tau. Tapi digalakkan diletakkan dalam kereta memandangkan cuaca panas boleh menyebabkan gel ini cepat serap ke udara (mudah kering).
Antara lain rangkaian produk Jerlynn'L seperti :-
Penjagaan badan Jerlynn'L
Dari kiri :-
Daily Brightening Cream | MYR119.00
Daily Moisture Lotion (Age 1+) | MYR49.00
Body Wash - Plants & Herbs Extract | MYR119.00
Body Wash – Fruits & Veges Extract | MYR119.00
Body & Face Cream | MYR69.00
Penjagaan rambut Jerlynn'L
Dari kiri:
Hair Wash - Moisture (Plants & Herbs Extract) | MYR119.00
Produk penjagaan khas Jerlynn'L
Dari kiri:
Sun Protect SPF50 | MYR69.00
Sun Protect SPF30 | MYR49.00
Saya sendiri telah mencuba Krim Muka dan Badan Jerlynn'L. Memang cepat meresap dalam tangan dan teksturnya sangat ringan.
Banyak yang pelajari dari pihak Jerlynn'L. Terutama dari segi cara terbaik menjaga dan memelihara kulit kita dan anak-anak seharian. Apapun terima kasih atas jemputan yang penuh bermakna, yang membolehkan saya dan mommy blogger yang lain berkumpul sama dan mempelajari sesuatu yang sangat berguna.
Hanya terbaik buat anak-anak tercinta.
dan produk Jerlynn'L pilihan saya buat keluarga!
Dan ada berita baik untuk semua pembaca blog ayuarjuna.blogspot.my. Uolls boleh dapatkan potongan harga sebanyak 20% untuk sebarang pembelian produk Jerlynn'L samada melalui online, kiosk di Mid valley ataupun di Genting Highland.
Dengan hanya menggunakan kod seperti tertera di atas ya!
Keterangan lanjut mengenai produk boleh layari http://www.jerlynnl.com
Jerlynn'L Kini Menjadi Pilihan Saya dan Keluarga!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 01, 2016
Rating:
No comments:
Sharing is caring...