Jom Sertai Kempen #YourNutella :=)

Produk Nutella sebenarnya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak Malaysia. Lepaan menjadi kegemaran kanak-kanak terutama bila dapat menikmatinya bersama roti di waktu pagi. Dan kali ini, Nutella telah menganjurkan kempen #YourNutella yang mana membolehkan peminat Nutella mengabadikan namanya di botol Nutella yang istimewa.

Kita semua sedia maklum yang "Nama" adalah sebahagian identiti seseorang. Ianya begitu istimewa sebagai  panggilan diri yang cukup personal dan peribadi. Dan kempen #YourNutella mahukan setiap pengguna merasakan dirinya begitu istimewa, dengan mengabadikan nama mereka di botol Nutella!

Nyum nyum...
Nutella yang enak dimakan bersama, toti, biskut mahupun makan begitu sahaja :p

Pelancaran #Your Nutella sebenarnya bermula hari ini di One Utama hari dan ianya telah  dihoskan oleh Belinda Chee selebriti dan pengacara yang cukup dikenali di Malaysia. Pembukaan yang sangat ceria oleh Belinda dengan penerangan serba ringkas tentang produk Nutella.

Seterusnya ucapan pembukaan dari Mr Leonardo Perrone, Pengarah Pemasaran Ferrero South East Asia.


Dan Mr Leonardo membuat sedikit demo bagaimana penghasilan label nama istimewa bersempena dengan kempen #YourNutella. Memang menarik!


Dan uolls semua, jika ingin mengabadikan anama di botol Nutella. Jom sertai kempen #YourNutella di One Utama (old wings). Dengan hanya membeli Nutella saiz 350g di tapak acara yang berharga RM15.90.

Seterusnya masukkan nama yang kita inginkan. Untuk pengetahuan semua, nama yang dipilih tidak boleh lebih dari 9 huruf.


Tadaaaaaaaaaaaaaaaa...
nama yang kita pilih akan terpapar di skrin besar.

Dan kita boleh dapatkan terus jar istimewa yang tertulis nama kita.

Selepas dapatkan botol istimewa yang mempunyai nama kita, bolehlah bergambar di photobooth di lokasi acara kempen yang sedang berlangsung.

Oh ya! Ada berita baik untuk semua yang menyertai kempen #YourNutella. Anda boleh memenangi produk Jumbo Nutella, jika gambar kreatif dan unik anda terpilih dari antara gambar-gambar yang dilekatkan di #YourNutella Photo Wall  di tempat acara.

Selain daripada bergambar di photobooth, terdapat juga pelbagai aktiviti lain yang menarik boleh disertai di sini :)

See..see..
Unik tak...??
1 dalam berjuta...
chewahhhh


Hahahahah...

Jom sertai #YourNutella yang sedang berlangsung di One Utama  bermula 9-13 March 2016!
Jom Sertai Kempen #YourNutella :=) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 09, 2016 Rating: 5

7 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.