Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson

Salah satu alternatif untuk merasai hidangan seafood pada harga berpatutan apabila berada di Port Dickson adalag MEDAN IKAN BAKAR MAJLIS PERBANDARAN PD. Ianya terletak berhampiran dengan loji SHELL dan kawasan ini berhampiran juga dengan kawasan bandar.

Apa yang menarik di kawasan medan ini, terdapat banyak restoran ikan bakar yang boleh kita pilih untuk mencuba masakannya. Jika dibuat perbandingan harga, saya rasa harga yang ditawarkan adalah sama. Di medan ikan bakar ini juga menyediakan beberapa kemudahan, antaranya seperti surau untuk lelaki dan wanita dan juga tandas awam lelaki dan wanita (bayaran masuk yang dikenakan adalah 50 sen).

Saya memilih untuk mencuba masakan seafood di restoran ini, yang mana lokasinya adalah restoran pertama dari pintu utama sebelah kanan.

Dan ini adalah senarai harga hidupan laut yang ditawarkan mengikut timbangan. Harga yang ditawarkan adalah termasuk dengan kos hidangan yang kita mahukan.

Kita dapat lihat sendiri, kesegaran hidupan laut di sini yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan medan ikan bakar ini,
Pelbagai jenis ikan dan saiz yang ditawarkan.

Sotong!!!

Ikan pari..

Udang sederhana besar :)

Antara masakan yang siap dimasak. Sayur kailan ikan masing, telur dadar 3 biji dan sotong goreng tepung.

Close Up: Sotong Goreng Tepung.
Komen saya : Sedap tapi saya pernah makan lagi sedap. Tapi untuk hidangan sotong goreng tepung di kedai ini, cukup rasa dan keranggupaannya memang ketara,
4 dari 5 bintang!


Ikan Siakap Masa 3 Rasa.
Komen saya : Biasa sahaja. Ikan tidak terlalu garing. Kuah 3 rasa buat biasa sahaja, tidak ada yang menarik. Cuma untuk hidangan ini saya rasakan harga yang ditawarkan adalah agak murah.
2 dari 5 bintang!

Ikan pari bakar
Komen saya : Sedap. Sebab sambal ikan bakar tu memang ngam dengan ikan pari! Yang ini rasanya saya boleh repeat cub alagi kalau ada rezeki datang makan kat sini lagi.
4 dari 5 bintang!

Muka kanak-kanak ribena perisa lemon yang hepi semacam kan..

Total makanan dan minuman untukk 8 beranak : RM106 ****ralat bukan RM96, terkeliru dengan entri ikan bakar lagi satu. Harap maklum

Ini termasuklah 8 nasi lemak dan 2 pinggan nasi putih (setiap satu berharga RM1.50). Dan juga 2 jug air ~i jug air teh O'ais limau dan 1 jug ais kosong.

KESIMPULAN: Boleh repeat datang balik makan kat medan ni, cuma lain kali rasanya nak cuba kedai yang lain pula :=)
Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 23, 2016 Rating: 5

5 comments:

  1. Eh murah la makan Kat sini..mcm x percaya plak

    ReplyDelete
  2. Parizan- aah tu total harga yg kitaorg byr.,, lauk murah cuma rasa bisa2 jer

    ReplyDelete
  3. Kitaorg pun baru pegi tempat nie, Tapi orang hotel recommend Kedai first yang belah kiri. Mahal sikit Tapi sangat sedap!

    ReplyDelete
  4. mira0 mmg murah

    Liz- ohhh, nexttime nak try kat belah kiri pulak

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.