Meraikan Detik Penuh Keceriaan dengan LEXUS dan Sharifah Aleya

LEXUS, biskut sandwic sayuran berkalsium dengan inti berkrim,menganjurkan bengkel ‘bento’ untuk ibu-ibu dan anak-anak. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bertujuan mengajak ibu-ibu agar mereka dapat menjadikan setiap detik bersama anak-anak suatu memori yang indah. Bengkel yang menyeronokkan ini telah dihoskan oleh selebriti dan personaliti tempatan, Sharifah Aleya yang juga ditemani oleh anak kembar beliau.

Dengan semakin ramai ibu-ibu yang bekerja di Malaysia, ibu-ibu ini juga tidak lepas untuk mencari imbangan antara kerjaya dan keluarga dan ini adalah satu cabaran yang besar  kepada kebanyakan mereka. Melalui kempen Detik Penuh Keceriaan (DPK), LEXUS, biskut sandwic yang paling laris jenamaMunchy’s berhasrat untuk memperkasakan ibu-ibu dengan mencipta kreativiti mereka dengan mentransformasikan rutin harian dengan anak-anak kepada sesuatu yang istimewa dan bermakna.

“Di LEXUS, kami percaya bahawa waktu yang berkualiti dihabiskan dengan anak-anak adalah waktu yang bermakna. Oleh yang demikian kempen Detik Penuh Keceriaan LEXUS menekankan masa-masa terhad ibu-ibu dengan anak-anak mereka adalah waktu paling berharga berbanding perkara-perkara lain di dunia ini,” 

 “Ia bukan mengenai benda-benda yang besar dan mahal, tetapi kenangan-kenagan yang kecil seperti menyediakan bekal makan tengah hari atau berkongsi biskut sandwic yang lebih diutamakan. LEXUS menghargai momen-momen begini kerana kami percaya bahawa kasih sayang ketika zaman kanak-kanak bakal membentuk peribadi anak-anak pada masa"

Imun Lim, Pengurus Besar Pemasaran Munchworld Marketing Sdn Bhd.

Detik Penuh Keceriaan LEXUS bakal berlangsung selama empat bulan, dan menerusi dari kempen ini, jenama ini akan menganjurkan bengkel dan demonstrasi ‘bento’ di kedai-kedai terpilih. Sila rujuk FB Munchy's

Bengkel Ceria Bento dengan LEXUS dan ALEYA 
Untuk memulakan kempen bengkel ‘bento’ tersebut, LEXUS bekerjasama dengan personaliti radio dan hos terkenal Sharifah Aleya, telah menganjurkan bengkel ‘bento’ pertama Detik Penuh Keceriaa. Bengkel ini dilengkapi dengan aktiviti pembelajaran dan permainan,yang mana ibu-ibu dan anak-anak ditugaskan untuk menyiapkan bekal makan tengah hari iaitu ‘bento’ bersama-sama.

“Saya amat gembira menjadi sebahagian daripada inisiatif LEXUS yang memperkasa ibu-ibu, seperti saya untuk menghargai setiap detik atau momen dalam rutin harian dengan anak-anak kita. Pada saya, apa yang penting dalam sehari adalah apabila saya bersama anak-anak saya. Kami sebagai ibu, bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada mereka, tetapi kita juga perlu ingat anak-anak ini membesar dengan cepat dan kita perlu berusaha untuk memperlahankan perkembangan itu dengan mencipta memori yang bermakna. Membuat bekal makanan ‘bento’ ini menjadi aktiviti yang menyeronokkan dengan anak-anak saya,” 

kata Aleya, yang mempunyai ramai pengikut instagram yang mengikuti perkembangan anak kembar beliau.

Aleya menambah, beliau kebiasaannya mendapat inspirasi dari laman web berkaitan ibu-ibu atau forum, dan beliau teruja untuk berkongsi buku resipi ‘bento’ yang disediakan oleh LEXUS untuk memberi inspirasi kepada ibu-ibu Malaysia mencipta memori bermakna bersama-sama. 


Oh ya! saya juga telah mencuba membuat bento bersama Sharifah Aleya. Dan ini adalah bahan-bahan yang disediakan untuk kami pada media untuk mencubanya.

Paling penting, perlu ada bekas makanan ini ya!

Masing-masing yang begitu teruja untuk mencuba membuat bento bersama anak-anak kesayanan.
Atas bantuan Aleya juga, saya akhirnya tahu bagaiman hendak menggunakan bekas bento tersebut :p

Muka excited sangat, kerana berjaya menghasilkan muka beruang, hehehehe.

Bak kata Sharifah Aleya, "kena buat dengan penuh kasih-sayang"....

Kerana setiap bekalan bento buat anak merupakan cara kita luahkan rasa sayang buat anak yang dicintai.
Tadaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Comel tak????

Di akhir acara, pihak LEXUS telah memilih 3 pemenang ibu bersama anak yang mempunyai bento dan slogan palingmenarik.

Peraduan LEXUS Detik Penuh Keceriaan 
Dengan sambutan Hari Ibu semakin hampir, LEXUS berhasrat untuk menyambut dan memberi ganjaran kepada ibu-ibu dengan pelancaran #LEXUSDPK, iaitu peraduan online yang memberikan peluang kepada ibu-ibu memenangi percutian keluarga ke Tanjung Rhu Resort di Langkawi selama 3H2M. 

Ibu-ibu digalakkan untuk memuat naik imej bekal makanan yang dicipta dan WAJIB sertakan biskut LEXUS dengan menggunakan hashtag #LexusDPK dan berpeluang memenangi hadiah menarik bersempena denganSambutan Hari Ibu nanti. Dapatkan maklumat lanjut di facebook.com/munchys.

Bersempena dengan kempen ini juga, LEXUS melancarkan Choco Coated Chocolate saiz 400gm baharu yang memberikan lebih nilai. Dan juga promosi yang mana pembeli biskut LEXUS boleh mendapatkan Buku resipi LEXUS dan bekal makanan LEXUS  secara percuma dengan setiap pembelian LEXUS 456 / 400gm di kedai-kedai terpilih ( sementara stok masih ada). 

Dengan harapan ibu-ibu mampu mencipta memori di rumah dengan anak-anak mereka dengan menggunakan idea-idea dari buku resipi dan bekal makanan tersebut.

LEXUS boleh didapati dalam lima perisa yang berbeza termasuk coklat, mentega kacang, keju, sayuran dan krim bersalut coklat. Ia terdapat dalam tiga saiz yang berbeza iaitu, 456 / 400 gm (pek nilai) berharga RM8.75; gm (pek perkongsian) berharga RM5.04 dan 57 gm (pek individu), berharga RM1.23. Semua harga dinyatakan adalah termasuk GST.

Jom berBENTO bersama LEXUS!
Meraikan Detik Penuh Keceriaan dengan LEXUS dan Sharifah Aleya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 22, 2016 Rating: 5

5 comments:

  1. Cantik bento ayu..suka tgk org wat bento utk ank2

    ReplyDelete
  2. Cantik bento ayu..suka tgk org wat bento utk ank2

    ReplyDelete
  3. syafiera- ok :) :)

    MT- hehe...tu lah kena rajin..rmi mak2 hr ni suka buat bento utk anak2

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.