Pembukaan AEON Mall Shah Alam | Sedikit Pandangan Dari Saya
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris
Shah Al-Haj pada hari ini telah mencemar duli bagi merasmikan AEON Mall Shah
Alam yang merupakan pusat membeli-belah ke-25 dan cawangan yang ke-31 di
Malaysia.
Menawarkan pengalaman yang lebih daripada
sekadar membeli-belah, AEON Mall Shah ALam berdiri megah dengan ciri-ciri seni
binaannya yang pasti menimbulkan perasaan untuk bergambar dengan mercu
ini. Rekaan mercu terkini di Shah Alam
ini adalah hasil inspirasi mercu tanda terkemuka komuniti setempat, iaitu
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Apa yang menarik tentang seni rekaan
dalaman bangunan ini adalah gabungan konsep seni bina Islam dan Jepun, konsep
unik empat musim yang diilhamkan daripada musim-musim yang ada di Jepun iaitu
musim panas (natsu), musim luruh (aki), musim sejuk (fuyu) dan musim bunga
(haru).
Dato’ Abdullah Mohd Yusof, Pengerusi AEON CO. (M)
BHD dalam ucapannya tentang AEON Mall Shah Alam berkata, “Di AEON, kami
mempunyai matlamat untuk menjadi bukan sekadar tempat untuk membeli-belah. Sejajar
dengan kempen ‘Do Mall’ yang telah dilancarkan pada tahun lalu, kami berhasrat
untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami dan ia tertumpu kepada 5 tunjang
utama iaitu ‘Do Yummy, Do Style, Do Together, Do Exciting dan Do Fun. Setiapnya
menawarkan hanya yang terbaik daripada segi makanan, fesyen, aktiviti komuniti,
pengalaman membeli-belah dan hiburan. Kami ingin menjadikan AEON Mall Shah Alam
sebagai pusat membeli-belah gaya hidup bagi 650,000 warga Shah Alam.”
Bagi memenuhi matlamat ‘Do Mall’, “Pusat
Membeli-Belah Destinasi Budaya” seluas 1.5 juta kaki persegi ini menawarkan
sejumlah 160 jenis perniagaan dengan jenama-jenama antarabangsa seperti
H&M, Uniqlo dan cawangan kedua Index Living Mall di Malaysia. Bercakap
tentang makanan pula, pengunjung mempunyai pilihan yang pelbagai di kawasan
Gourmet Table atau medan selera, di mana terdapat pelbagai jenis hidangan
termasuklah sajian antarabangsa dan bakeri.
Kemudahan pengunjung turut diutamakan dengan
perkhidmatan lokar simpanan sejuk percuma di mana pengunjung kini boleh terus
meluangkan masa di pusat membeli-belah tanpa perlu risau tentang brangan sejuk
beku yang telah dibeli.
Kemudahan lain termasuklah 2,500 ruang parker, lokar
troli membeli-belah, bilik solat untuk pengunjung Islam, tandas khas untuk
kanak-kanak dan juga “Kidzoona” Fantasy Train yang pasti menjadi tarikan
pengunjung kanak-kanak.
Didorong oleh falsafah “Mengutamakan Pelanggan”,
kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik agar pelanggan
mendapat pengalaman yang menyenangkan. Menurut YBhg Dato’ Abdullah, AEON telah
memastikan bahawa setiap kaki tangan peniaga menjalani latihan dalaman yang
ketat untuk meningkatkan kemahiran mereka.
Sempena pembukaannya, AEON Mall Shah Alam telah
menganjurkan aktiviti-aktiviti kebudayaan Jepun dan tempatan sehingga 10 April
ini. Pengunjung boleh menantikan pertunjukan dram Waidako, kimono, ‘cosplay’
Jepun dan demonstrasi pembuatan anak patung Jepun. Sepanjang tempoh ini,
pengunjung juga berpeluang untuk menikmati promosi daripada peniaga-peniaga di
sini.
*******************
Review personal dari saya tentang Aeon Mall ini...
Saya menjadi warga Shah Alam sejak 3 tahun yang lepas. Jika sebelum ini, sekiranya saya mahu berbelanja di AEON, saya akan terjah cawangan AEON di Bukit Raja, Sunway Piramid atau One Utama, Namun bila sudah ada AEON Mall di Shah Alam sendiri, menjadikan saya antara warga Shah Alam yang begitu teruja dan gembira. Ini kerana saya memang pembeli tegar Aeon :)
Terletak berdekatan dengan Tesco Extra dan Stadium Shah Alam, sememangnya kedudukan AEON Mall agak strategik di Bandar Shah Alam. Bagi mereka yang bukan dari Shah Alam, Federal Highway dan NKVE antara akses yang digunakan untuk ke AEON Mall ini.
Apa yang menarik tentang AEON Mall ialah keluasannya (sangat luas). Samada premis didalam mahupun parking di luar. Dan saya perhatikan terdapat banyak sangat pilihan kedai makan. Ianya bagaikan satu pusat sehenti untuk keluarga terutamanya bila waktu outing bersama ~ada tempat makan dan window shopping!
Apa yang menarik tentang Mall ini, ianya membawa sepenuh konsep negara Jepun. Dan yang lebih menarik, dekorasi hiasan dalam Mall juga akan bertukar mengikut 4 jenis musim di Jepun iaitu musim panas (natsu), musim luruh (aki), musim sejuk (fuyu) dan musim bunga (haru).
So, sekarang tengah musim bunga. Maka kita akan lihat sekitar Mall penuh dengan dekorasi bunga-bunga sakura (bunga famous dekat Jepun)
Dan banyak sangat kawasan-kawasan yang kita boleh berada di situ semata untuk bergambar. Keunikkan bunga bonsai, taing-tiang batu menjadikan AEON Mall antara pusat membeli-belah yang sangat cantik pada pandangan mata kasar saya.
Aksi gaya duduk bersimpuh pun boleh dilakukan di sini ya :)
Jika kita mahu mencari barangan-barangan Jepun seperti makanan, perkakasan dan sebagainya, di AEON Mall Shah Alam menawarkan banyak pilihan kedai di sini. Kita juga dapat lihat bagaimana, interior dalamannya mempertengahkan konsep street shop ala di negara Jepun. Dan jika kita hendak membeli pre-booking tiket ke Disneyland ataupun membuat servey tentang pakej pelancongan di negara Jepun, terdapat terdapat kaunter penjualan di AEON Mall Shah Alam yang menawarkan perkhidmatannya.
Memang best :

Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 25, 2016
Rating:
Jom dating sini hehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemt - jommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmsssss
ReplyDeleteBelum berkesempatan lagi...
ReplyDeleteSalam jumaat...
singgah pagi ♥
kak nielyl- jom jom jom....
ReplyDeletehanie- hahahahah sabaq sabaq :p
ReplyDelete