Pencuci Muka dan Skrub Wajah EVERSOFT Baharu dan Diperbaharui dengan 100% Tumbuhan Organik Aktif

Jenama Eversoft cukup sinonim dengan saya. Rasanya sejak zaman saya belajar lagi saya sudah mengenali produk ini. Dan bagi saya Eversoft adalah jenama muka yang sesuai untuk semua kulit muka, usia, jantina dan paling penting harganya cukup berpatutan serta mudah didapati di mana sahaja.
Saya dan beberapa rakan media telah dijemput untuk menghadiri ke pelancaran beberapa siri regim terbaru dari Eversoft. Dan jangan tidak percaya rakan blogger Tommy (berbaju hitam) sehingga kini masih menggunakan produk Eversoft. Beliau memang membesar dengan Eversoft dan mempercayai produk ini memang sangat sesuai dengannya sebagai seorang remaja dan pelajar!




EVERSOFT,  jenama yang sememangnya termasyur sebagai “Pakar Pembersih Wajah Harian” telah melancarkan semula rangkaian pencuci muka dengan “100% Tumbuhan Organik Aktif” yang telah diuji & dipercayai berasaskan formulasi Jepun. Ini kerana apabila kita membersih muka dengan mendalam secara kerap secar atidak langsung dapat menyingkirkan kotoran pada permukaan wajah dengan efektif sekaligus menjadikan kulit kita kelihatan bersih, sihat dan berseri.

 

Pelancaran semula EVERSOFT adalah untuk memperkenalkan kandungan paling berkesan dalam rejim kecantikan Jepun termasuklah rangkaian yang menggunakan bahan-bahan makanan dan ekstrak organik yang diperakui dan diadun bersama seperti bunga camellia, gingko & yuzu, aprikot, avokado, mulberi, minyak dedak padi dan Asid Hialuronik. Sebagai tambahan terhadap sabun pencucinya yang terkenal, rangkaian yang diperbaharui itu turut memperkenalkan dua jenis format baharu iaitu Pembersih Susu untuk kulit sensitif dan Pembersih Gel untuk kulit kering.
 
Ms Pan Choi Yen (General Manager, [Marketing] Wipro Unza Malaysia
Variasi pencuci muka EVERSOFT sememangnya sesuai untuk semua jenis kulit menjadikan ia sempurna kepada mereka yang prihatin tentang kesihatan dan kecantikan kulit terutama remaja yang sedang meniti alam dewasa.

EVERSOFT menyediakan 5 pencuci muka dan 1 skrub yang diperbaharui untuk pelbagai jenis kulit.


Pencuci Wajah EVERSOFT

Avokado & Minyak Dedak Padi (Rice Bran Oil) Organik – Khasiat Ekstra


Formula berkhasiat &penghidratan dengan 100% ekstrak Avokado Organik & Minyak Dedak Padi organik yang diperkaya dengan Vitamin E bagi membantu melawan tanda-tanda penuaan kulit dan melindungi sel kulit daripada pengoksidaan radikal bebas. Memberi khasiat dan menghidratkan kulit membolehkan kulit menjadi lebih cerah dan kekal remaja.

·         Gingko & Yuzu Organik– Kawalan Minyak & Jerawat

Formula kawalan minyak & jerawat dengan 100% ekstrak Daun Biloba Gingko & Buah Yuzu organik dan tinggi kandungan antioksidan dan Vitamin C bagi membantu membersih sambil menyingkirkan kotoran serta meredakan kemerahan kulit. Sesuai untuk mereka dengan kulit berminyak dan kombinasi.

·         Bunga Camellia & Mulberi Organik– Pemutihan Ekstra & Kulit Berseri

Formula pemutihan ekstra dengan 100% ekstrak Bunga Camellia & Mulberi organik dan diperkaya dengan Vitamin E yang melindungi kulit daripada sinaran UVB berbahaya. Ia memperbaiki tona kulit, mengurangkan tompok gelap dan dalam masa yang sama meremajakan dan memperbaharui kulit menjadikan ia berseri dan berkilau.

·         Benih Jelai (Coix Seed) Organik & Asid Hialuronik – Penghidratan Ekstra & Kulit Anjal


Formula penghidratan ekstra dengan 100% ekstrak Benih Jelai Organik & Asid Hialuronik yang bertindak sebagai agen pelembap botani semula jadi bagi mengekalkan hidrasi kulit untuk kelicinan, kecerahan dan kelembutan kulit berpanjangan. Sesuai untuk mereka yang berkulit kering dan sensitif.

EVERSOFT Pembersih Serum
·         Mulberi Organik & Asid Hialuronik  – Pemutihan & Penghidratan

Formula Pemutihan & Penghidratan dengan 100% ekstrak Mulberi Organik & Asid Hialuronik yang kaya dengan kelembapan dan nutrien bagi membantu meremaja, memperbaharui dan melicinkan kulit kusam dan tidak bermaya. Serum pembersih bertindak lembut menjadikan ia ideal untuk kulit sensitif.

EVERSOFT Pembersih Skrub
·         Aprikot & Mulberi Organik– Membersihkan Bintik Hitam

Formula membersih bintik hitam dengan 100% ekstrak Aprikot & Mulberi organik dan kaya dalam peremajaan kulit secara semula jadi yang ideal untuk semua jenis kulit. Partikel mikronya meresap jauh ke dalam kulit bagi memberikan kesan skrub menyeluruh sekali gus menyingkirkan bintik hitam, kotoran degil dan minyak berlebihan untuk mengelakkan pembentukan bintik hitam/bintik putih baharu.

Iana mammpu memberi kelembutan kulit yang berpanjangan. Sesuai untuk mereka yang berkulit kering dan sensitif.

EVERSOFT Pembersih Serum
·         Mulberi Organik & Asid Hialuronik  – Pemutihan & Penghidratan
Formula Pemutihan & Penghidratan dengan 100% ekstrak Mulberi Organik & Asid Hialuronik yang kaya dengan kelembapan dan nutrien bagi membantu meremaja, memperbaharui dan melicinkan kulit kusam dan tidak bermaya. Serum pembersih bertindak lembut menjadikan ia ideal untuk kulit sensitif.

EVERSOFT Pembersih Skrub
·         Aprikot & Mulberi Organik– Membersihkan Bintik Hitam
Formula membersih bintik hitam dengan 100% ekstrak Aprikot & Mulberi organik dan kaya dalam peremajaan kulit secara semula jadi yang ideal untuk semua jenis kulit. Partikel mikronya meresap jauh ke dalam kulit bagi memberikan kesan skrub menyeluruh sekali gus menyingkirkan bintik hitam, kotoran degil dan minyak berlebihan untuk mengelakkan pembentukan bintik hitam/bintik putih baharu.

Antara bahan semuljadi yang digunakan dalam EVERSOFT

Mulberi dan avacado

Gingko

Yuzu dan Mulberi


Sepertimana petua kecantikan yang diperturunkan si ibu kepada anak gadisnya, begitulah EVERSOFT yang telah diwarisi generasi ke generasi sejak lebih 30 tahun. Kekal bersama asas dan kepercayaannya terhadap 100% Tumbuhan Organik Aktif dan Teknologi Jepun, EVERSOFT berterusan memberikan yang terbaik kepada para pengguna remaja di Malaysia bagi membolehkan mereka memperoleh kulit sihat, kekal remaja dan cerah berseri. Barisan pencuci muka dan skrub wajah EVERSOFT bertindak lembut pada kulit dan membersih kotoran jauh ke dalam kulit tetapi masih mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi dalam setiap cucian.

EVERSOFTtelah memperkenalkan generasi kecantikan yang menggunakan EVERSOFT iaitu Nancie Foo dan anaknya Wong Ai Lee. Menurut Nancie biarpun mereka tidak mempunyai banyak persamaan dari segi citarasa, pakaian dan lain-lain. Tetapi untuk produk pencuci muka, Nancie dan anaknya cuma menggunakan Eversoft!


Tidak hairanlah wajah mereka berdua sangat licin, bersih dan tidak kusam.

Ibarat kecantikan yang diwarisi, dijaga dan dibelai dengan produk pembersih muka yang berkualiti.

EVERSOFT baharu dan diperbaharui didatangkan dalam tiub putih elegan dengan setiap tiub mempunyai warna yang terang menarik bagi mewakili perbezaan setiap variasi. Pencuci muka EVERSOFT kini boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM11.75 untuk 120G dan RM17.80 untuk 195G

EVERSOFT dulu, kini dan selamanya!
Memang legend :)
Pencuci Muka dan Skrub Wajah EVERSOFT Baharu dan Diperbaharui dengan 100% Tumbuhan Organik Aktif Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 04, 2016 Rating: 5

15 comments:

  1. Produk ni pernah guna dulu sebab murah. boleh cari dekat mana-mana kedai. pasti ada. Sekarang dah tak pakai sebab hormon dah stabil lepas kahwin. hahaha. Ada orang sayang walaupun muka penuh dengan kawah gunung berapi. wakaka

    ReplyDelete
  2. sobri--hheheheh..produk mampu milik yang pastinya..tapi mmg epikkan jenama yang still maintain ada kat pasaran :)

    ReplyDelete
  3. banyak faedah boleh kita dapat oleh peniaga apabila mereka berdaftar dengan MyIPO kerana status perlindungan akan diberikan kepada mereka mengikut kategori harta intelek masing-masing tertakluk di bawah Akta Hak Cipta 1987.

    ReplyDelete
  4. wow dah try semua ye? coconut tu nmpak sedap

    ReplyDelete
  5. never tried this brand because im worried it's not suitable for me, i dont have acne skin problem instead it's super sensitive. is it suitable?

    ReplyDelete
  6. So many benefits from this product. I like to drink ginger tea too! :D

    ReplyDelete
  7. Tak susah pun nak gunakannya.memang kena standby satu sebab kita yang peremouan nih nama je tahu drive bila tayar pancit terus blur jadinya tak tahu nak buat apa

    ReplyDelete
  8. Produk Eversoft ni bagus untuk kulit muka .. Memang recommended 😉

    ReplyDelete
  9. Lama tak terjah Avon ada minyak wangi baharu.. Boleh singgah butiknavon lepas ni... Sy suka minyak wangi Avon

    ReplyDelete
  10. Wah! Dah tengok ke petta ni? Alarh jelesnya! Cx baca writing sis pon rasa dah best. Apatah lagi kalau dapay tengok dekat wayang . Memang syok habis layan. Lagi rasa teruja ntk fokus cerita dia. Kena ajak husb pergi tengok ni! Tak pernah lagi layan cerita tamil dekat pawagam. Heheh hrp² husb oklah, lgpon dia peminat rajinikan juga huhu

    ReplyDelete
  11. Kak dah lama xpg langkawi, tp dah pernah msk ke tempat tu mmg best apalagi klu bersama family

    ReplyDelete
  12. wah bagusnya produk ni! pakai tumbuhan oorganik. mesti selamat dan berkhasiat ni

    ReplyDelete
  13. hai nak tanye product linola too ada contains animal products tak??

    ReplyDelete
  14. Halo semuanya! Bantu saya berterima kasih kepada Bunda Esther

    Saya Widodo saya tinggal di Medan di Indonesia, saya telah mencari pinjaman selama beberapa tahun. Saya 6 kali menjadi korban penipuan dengan pemberi pinjaman palsu yang telah menghancurkan hidup saya, saya memang mencoba bunuh diri karena mereka. Karena saya punya hutang dan tagihan yang harus dibayar. Saya pikir ini sudah berakhir untuk saya, saya tidak lagi memiliki perasaan hidup. Saya hampir menyerah, tidak sampai saya mencari saran dari teman SISKA WIBOWO (siskawibowo71@gmail.com) yang kemudian mengarahkan saya ke pemberi pinjaman yang sangat andal, Ny. ESTHER PATRICK yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 150 juta Rupiah dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau tekanan pada tingkat bunga lebih rendah dari 2%. (estherpatrick83@gmail.com)

    Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah pinjaman yang saya terapkan langsung ditransfer ke rekening bank saya tanpa penundaan atau kekecewaan, karena saya berjanji akan membagikan kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres . silakan hubungi ibu sekarang estherpatrick83@gmail.com

    Dan saya tahu sebagian besar dari Anda juga telah menjadi korban penipuan, Anda tidak perlu repot lagi karena saya harus menyampaikan kabar baik dan satu-satunya pemberi pinjaman yang dapat Anda percayai, Jadi saya tidak dapat menyimpan ini untuk diri saya sendiri sehingga saya harus mulai dengan membagikan kesaksian tentang mengubah hidup ini bahwa Anda dapat menghubungi saya melalui email (widodocepi@gmail.com) Ny. Esther Patrick Saya selamanya Bersyukur atas Segala yang telah Anda lakukan untuk saya.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.