Restoran Sushi King Yang ke 100
Signifikan daripada pembukaan restoran ini juga, Yang Berhormat turut menyentuh tentang pengenalan budaya Jepun yang dibawa ke Malaysia, secara tidak langsung dapat mengukuhkan perhubungan diplomat yang telah dibina. Selain itu, penyediaan sushi dari Sushi King juga adalah dari hidupan yang segar dan bahan-bahan yang berkualiti terbaik.
Media juga telah dihiburkan dengan 2 persembahan tradisi dari Jepun iaitu persembahan gendang dan juga tarian yang unik masyarakat Jepun.
Perasmian outlet juga agak unik yang mana, acara 'Mochitsuki Ceremony' (Mochitsuki-merupakan cara tradisional membuat kuih mochi Jepun daripada tepung beras) telah diadakan. Ianya juga simbolik kepada acara yang membawa maksud ~satu permulaan.
Pihak Sushi King turut menyumbangkan sebanyak RM10,000 kepada pihak The Malaysian Red Crescent Society atas sumbangan penubuhan ini terutama ketika Malaysia memerlukannya di saat menghadapi waktu krisis
Sushi King Aeon MAll shah Alam terletak di tingkat 1. Berdekatan dengan kedai serbaneka yang menjual pelbagai barangan dari Jepun.
Sepertimana di restoran Sushi King yang lain, kerusi dan meja disusun berdekatan dengan hidangan sushi di atas roller bergerak.
Keluasan restoran Sushi King di sini agak luas dan besar. Secara tidak langsung membei keselesaan pengunjung yang datang menikmati hidangan di sini.
Green tea, signature teh di sini yang harus dicuba oleh pengunjung Sushi King..
Saya paling teruja untuk menikmati green tea panas. Namun bagi anak saya, beliau lebih gemarkan grean tea yang sejuk. So, pilihan adalah di tangan anda :)
Kicap istimewa untuk dinimati bersama sushi. Untuk rasa pedas, bolehlah tambah dengan wasabi.
Saya sukakan hidangan ini. Ada telur ikan, sotong dan juga sepeti sayur bayam di bawahnya yang apabila kita gigit didalam mulut terasa sangat ranggup. Hidangan ini juga ada rasa masam-masam cuka. Sedap.
Ala-ala gorengan tempura - sotong dan ketam.
Mochi kaya dan durian, kuih tradisi Jepun yang agak popular.
Jom! Sushi King :)
Restoran Sushi King Yang ke 100
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 20, 2016
Rating:
Tempoh hari, xsempat nak rasa air green tea dorang... Sebab dok minum air suam je....
ReplyDeleteUncang teh, anak buat main he..23x
bro- hHAHAHA,,,,,green tea ni baguih utk detoks
ReplyDeleteWah..sedapnya. Nanti nak makan lagi la kat sini
ReplyDeletezarin- jom jom
ReplyDeleteSedapnya. Mochi durian paling best!
ReplyDeleteSedapnya. Mochi durian paling best!
ReplyDeletebbl- sedapkannnn
ReplyDelete