REVIEW : Inns J Cafe
Ditubuhkan pada tahun 2014, Inns J Cafe mula beroperasi dengan beberapa menu yang sesuai dengan selera masyarakat tempatan. Terletak di corner lot, No 1 Taman Lukut Indah, Lukut Port Dickson, kafe ini beroperasi bermula dari pukul 11 pagi sehingga 11 malam.
Apa yang istimewanya selain daripada hidangan kopi yang dihasilkan dari 3 campuran buah kopi terbaik, setiap hidangan yang disediakan adalah mengikut resepi dan sukatan yang tepat hasil perkongsian ilmu dari rakan pemilik chef ini yang merupakan seorang chef terkenal dari hotel 6 bintang. Untuk pengetahuan semua pada setiap 6 bulan menu juga akan ditukar mengikut populariti permintaan dan juga menu-manu baru yang ingin diperkenalkan kepada pengunjung mereka.
Susunan perletakan meja dan kerusi teratur dan untuk satu-satu masa kafe ini boleh memuatkan sehingga 80 orang pengunjung.
Dekorasi klasik dan simple memenuhi setiap ruang kafe.
Di satu sudut pengunjung boleh duduk bersantai sambil membaca bahan-bahan santai yang terdapat di sini. Paling best sambil membaca kita menikmati secangkir kopi enak dari Inns J Cafe.
Uniknya di sini, terdapat ruang (dinding) yang mana pengunjung boleh bergambar.
Seperti gaya My Akid...
Dan juga My Amani :=)
Antara menu yang kami telah cuba dan sangat rekomenkan kepada anda semua, seperti:-
Roasted Lamb with Black Pepper Sauce.
Saya paling suka rasa sos black peppernya dan juga mashed potato yang punyai keunikkan tersendiri. Daging juga dimasak sepenuhnya dan terasa lembut bila mengunyahnya didalam mulut.
Roasted Chicken with Black Pepper Sauce
Diet seimbang bagi mereka penggemar daging. Bahagian ayam yang terbaik dihidangkan.
Maryland Chicken with Rice
Ayam digoreng ranggup, dinikmati bersama nasi panas dan sos/kuah istimewa.
Fried Rice Special
Yang menjadi nasi goreng ini lebih kick adalah kerana perencah nasi goreng istimewa serta sambal yang disertakan sekali.
Udang Masak Petai with Rice
Saya sendiri yang mencuba hidangan ini. Rasa petai agak kuat, namun satu set yang sempurna apabila ianya digoreng bersama sayur kacang panjang dan petai.
Chicken Chop
Ranggup. Menu seperti ini sememangnya sangat digemari oleh kanak-kanak.
Bread with salmon
Hidangan berkhasiat dan mengenyangkan.
Mee Hoon Tomyam
Rasa masam-masam pedas. Dan paling best banyak seafood didalamnya.
Dessert : Bread with Ice-cream.
Sangat rekomen bagi mereka yang menikmatinya pada waktu petang ataupun 'supper'.
Untuk pilihan minuman sememangnya terdapat kepelbagaian pilihan, dari minuman panas, air buah, air sparkling dan banyak lagi.
Menikmati hidangan di sini dengan penuh teruja,
Dekorasi cantik dan selesa,
Harga berpatutan penjimatan berganda,
Pilihan terbaik buat seisi keluarga.
Keterangan lanjut mengenai cafe, boleh layari https://www.facebook.com/InnsJCafe
REVIEW : Inns J Cafe
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 17, 2016
Rating:
No comments:
Sharing is caring...