Star Right Brush Right!

SYSTEMA berus gigi nombor 1 di Jepun dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Malaysian Private Dental Practitioners’ Association telah  melancarkan kempen “Start Right Brush Right, Healthy Teeth for Life.” Kempen yang dianjurkan adalah bersempena dengan Bulan Kesihatan Pergigian Sedunia ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun.

Kempen “Start Right Brush Right. Healthy Teeth For Life” ini adalah bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan  tabiat penjagaan gigi yang baik sebagai salah satu rutin harian sejak dari usia muda. Ini sekurang-kurangnya mereka dapat mengekalkan 20 batang gigi walaupun mereka telah mencapai usia emas 80 tahun . Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk  menyampaikan maklumat serta ilmu yang tepat tentang kebersihan gigi. SYSTEMA percaya bahawa kebersihan gigi yang berkesan adalah bermula dengan 2 langkah mudah, iaitu :-

~memilih berus gigi yang betul 
~mengamalkan teknik-teknik pemberusan gigi serta tabiat yang disyorkan oleh pengamal bidang pergigian professional.

 Kempen “Start Right Brush Right. Healthy Teeth For LifeSYSTEMA dilancarkan dengan acara jelajah melalui kerjasama dengan Farmasi Guardian di Centre Court, Pusat Membeli-Belah 1 Utama bermula dari 22 sehingga 27 Mac 2016. Acara yang berlangsung selama enam hari itu bertujuan untuk mendidik serta berkongsi maklumat dengan orang ramai tentang pentingnya mengamalkan pernjagaan gigi yang sempurna, bermula dengan perkara asas iaitu mengetahui cara yang betul untuk memberus gigi dengan berus gigi yang sesuai. Terdapat juga beberapa aktiviti menarik serta promosi bersempena dengan kempen tersebut yang bakal diadakan di kedai-kedai utama seluruh negara.

Berbicara tentang topik bagaimanakah cara untuk memilih berus gigi serta memberus gigi menggunakan teknik memberus yang betul, Dr. Fauziah Mohamed Yunus ada menerangkan, “Terdapat beberapa manfaat apabila anda memilih berus gigi berbulu tirus: ia boleh memasuki garisan gusi dan di celah-celah gigi dengan berkesan. Selain itu, berus gigi berbulu tirus juga lebih lembut untuk permukaan enamel gigi dan juga gusi. Bulu lembut adalah penting kerana, walaupun ramai berpendapat bahawa adalah lebih bersih jika kita memberus gigi dengan bulu yang keras, sebenarnya ia akan menghauskan gusi lantas mendedahkan akar gigi anda yang mempunyai kurang lapisan enamel dan mudah terhakis. Pemberusan kuat dengan bulu yang kasar bukan sahaja mengakibatkan kesakitan pada gusi, malahan turut merosakkan gusi yang mungkin akan dipenuhi dengan bakteria dan kuman.

Terdapat 7 siri berus gigi Systema yang ditawarkan iaitu COMPACT, COMFORT, FULL HEAD, 3D CLEAN, SENSITIVE, SPIRAL dan BI-LEVEL.Dan setiap jenis berus gigi Systema ini didatangkan dengan berlainan teknologi mengikut kesesuaian masalah gigi dan mulut yang dialami oleh pengguna itu sendiri. 
COMPACT - Mempunyai kepala kecil mampu memberus bersih sehingga 360'  
COMFORT - Mempunyai kepala berus gigi yang sederhana, mampu memberi keselesaan dan mampu membersih secara efektif.
FULL HEAD -  Mempunyai kepala berus gigi yang agak besar, memudahkan mencuci dengan pantas kawasan yang luas.
3D CLEAN - mencuci secara menyeluruh kerana multi 3D bristles mampu membersih keseluruhan dalam mulut biarpun tempat yang agak kompleks dalam mulut.
SENSITIVE - punyai bristles ultra lembut, mampu membersih secara efisien dan secara lembut.
SPIRAL  -  bristles berbentuk hexagon boleh membersihkan 40% plaks gigi.
BI-LEVEL - Dual bristles untuk kebersihan gigi secara mendalam.

Semasa kempen jelajah tersebut, pengunjung juga boleh melihat sendiri dan mendapatkan variasi siri berus gigi SYSTEMA  dengan harga istimewa.
Antaranya seperti :-


Dan untuk jumlah tertentu yang dibelanjakan, kita boleh juga mendapatkan hadiah yang ditawarkan seperti yang tertera di atas. Menarik bukan :-)

Dan bagi kanak-kanak pula, rangkaian berus gigi Kodomo ada di pamer dan di jual di pameran jelajah ini.

Sepanjang siri kempen jelajah ini juga, SYSTEMA juga menyediakan pemeriksaan percuma kepada pengunjung-penginjung ke sini.

Pengunjung juga boleh mendapatkan nasihat daripada pakar pergigian sebaik pemeriksaan gigi dilakukan. Ini bagi mendapatkan dengan jelas masalah mulut yang dihadapi, contohnya seperti gusi berdarah dan sebagainya.

Saya juga telah mencuba berus gigi yang telah disyorkan oleh pihak SYSTEMA. Dan saya telah memilih untuk menggunakan jenis COMFORT.

Dan saya dapati berus gigi ini sangat lembut dan tetap mampu membersih keseluruhan gigi saya secara dengan efektif (tiada pendarahan gusi). Dan saya rasa begitu selesa selepas memberus. Siyess best!!!

Bagi pengunjung yang membawa anak ke sini, jangan lupa untuk singgah di booth Kodomo. Ada pelbagai aktiviti disediakan di sini. Anak-anak kita akan diajar tentang penjagaan gigi melalui sesi bercerita, lagu dan  tarian serta permainan berunsur pendidikan bagi membantu mereka untuk memahami kepentingan penjagaan gigi dalam cara yang paling menarik serta menyeronokkan. 

Dan anak-anak juga boleh menyertai peraduan mewarna dan berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan!
Dalam mencapai matlamat untuk membantu lebih banyak rakyat Malaysia untuk mendapatkan gigi dan mulut yang sihat, SYSTEMA telah berikrar untuk menyumbangkan sebanyak 10,000 kit pergigian dan berus gigi kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi Kembara Kebajikan 1 Malaysia dalam menggalakkan amalan penjagaan gigi yang baik di kalangan rakyat Malaysia.
Kini, jika kita hendak mendapatkan gigi dan gusi yang sihat sememangnya mudah, iaitu melalui penggunaan produk SYSTEMA. Amalan penjagaan gigi yang baik memberikan anda lebih dari sekadar perlindungan kepada mulut anda; ia juga bagus untuk permulaan gaya hidup yang lebih sihat. Mulakan dengan berus gigi yang tepat, dan berus gigi dengan cara yang betul bagi mendapatkan gigi serta kehidupan yang sihat. 
:=)
Star Right Brush Right! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 26, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.