4 Resepi Menggunakan Produk TC Boy, Praktikal dan Sedap!
Produk TC Boy telah dihasilkan menerusi kajian inovasi yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik terbaik. Ini adalah bagi memastikan produk yang dikeluarkan yang TERBAIK dengan menggunakan semua bahan semulajadi, tanpa sebarang penambahan perisa tiruan dan MSG.
Misi TC Boy adalah untuk memasarkan produk yang berkhasiat, berkualiti dan praktikal untuk semua isi rumah. Paling penting produk TC Boy ini adalah HALAL dan telah mendapat pengiktirafan daripada pihak Jakim.
Antara produk-produk TC Boy yang telahpun berada di pasaran seperti:-
TC Boy Tuna & Salmon :
- Tuna Chunky Flakes in Vegetable Oil
- Red Salmon Salad
- Tuna Sandwich Delite
- Tuna Real Mayonnaise
- Tuna Mayonnaise Spread Style
- Solid Tuna in Spring Water
- Tuna with Chilli Padi
- Solid Tuna in Vegetable Oil
- Solid Tuna in Sunflower Oil
- Solid Tuna in Brine
- Solid Tuna in Virgin Olive Oil
TC Boy Sardines & Mackerel :
- Fried Mackerel In Chilli Sauce 155g
- Mackerel in Tomato Sauce 425g
- Sardines in Tomato Sauce 155g & 425 g
Kebaikan produk TC Boy:-
- Omega 3 - kaya DHA dan EPA yang membantu meningkatkan kolestrol yang baik (HDL) dan boleh mengurangkan kolestrol tidak baik (LDL)
- Protein - keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu
- Kalsium - sangat memainkan peranan yang utama iaitu pembesaran tulang, pembekuan darah, mengurangkan kontraksi otot dan melancarkan saraf
- Rendah lemak - boleh membantu mengurangkan penyakit seperti penyakit jantung dan obesiti
1. TC Boy Tuna in Mayoniss Puff
Bahan:
1. TC Boy Tuna in Mayoniss
2. Pastri instant
3. 1 biji bawang merah didadu
4. Telur kuning
Tadaaaaa...TC Boy Tuna in Mayoniss, dah cukup rasa dengan ikan bersama mayonise dan juga isi jagung manis.
Saya suka untuk menambah sedikit bawang dan juga perasa lada hitam (untuk sedikit pedas)
Masukkan pastri dalam acuan seperti di atas.
Kemudian isikan pastri dengan TC Boy Tuna in Mayoniss yang telah digaul dengan bawang dan serbuk lada hitam.
Tutup permukaan atas dengan potongan pastri yang lebih kecil.
Sapukan dengan telur merah di atas permukaan pastri.
Makan panas-panas TC Boy Tuna in Mayoniss Puff ini memang mengancam!!!
Boleh dimakan waktu petang ataupun hidangan lewat malam.
2. Kari Sardin Istimewa TC Boy
Bahan:
1. Sardin TC Boy
2. 1 biji bawang merah besar, hiris halus
3. 1 labu bawang putih, hiris halus
4. Sedikit halia, hiris halus
5. Biji rempah
6. sedikt daun kari
7. 1 bji tomato dipotong dadu
8. 1 paket serbuk kari ikan
9. santan (satu plastik kecil)
10. cili hijau (untuk rasa lebih pedas)
Masukkan biji rempah, bawnag-bawang serta halia yang dihiris. Serta masukkan tomato yang didadu dan cili hijau yang yang dibelah dua. Goreng sampai warna bawang kekuningan dan berbau wangi.
Masukkan rempah kari ikan.
Serta tambahkan sedikit air dan satan
Masukkan sardin TC Boy. Kari ini juga boleh dimasukkan sayur bendi atau terung.
Nikmati kari sardin ini bersama nasi panas ataupun boleh juga dicicah dengan roti.
3. Salad Tuna Istimewa
Bahan:
1. Solid Tuna in Spring Water2. Sayuran (saya guna salad). Boleh juga ditambah dengan hirisan halus lobak merah dan tomato.
3. Biskut *yang telah dibakar dan di potong dadu)
4. Mayonis
5. Garam dan serbuk lada hitam penambah rasa.
Inilah rupanya Solid Tuna in Spring Water!!!
Gaul rata...
Memang sedap. Simple dan mudah!!!
Bahan:
1. Solid Tuna in Virgin Olive Oil
2. Biskut
3. Cheese parmesan
Ini paling senang. Cuma letak sedikit Solid Tuna in Virgin Olive Oil ke atas biskut. Taburkan cheese parmeson. Tutup di bahagian atas dengan sekeping lagi biskut. Ala-ala sandwich!
Makanan ringan yang enak ini boleh dihidangkan untuk tetamu yang datang ziarah ataupun sebagai hidangan petang bersama keluarga.
Macam-macam kan hidangan yang kita boleh hasilkan daripada produk TC Boy ini :=) Yang penting, setiap hidangan yang kita sediakan semuanya mudah dan ringkas, pada yang sama rasanya sangat sedap!
Keterangan lanjut mengenai produk bolehlah layari --> http://tcboy.com/
4 Resepi Menggunakan Produk TC Boy, Praktikal dan Sedap!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 12, 2016
Rating:
sgt menarik ideas ni.
ReplyDeleteespecially yg first tu :)
tapi tu la, mr.asben x makan tuna :(
kalau nak buat, mcm sedih plak dia x makan, kan...
kena tukar dgn sardin jer la.
aida- blh juga buat puff ngan tuna
ReplyDelete