Aktiviti Earth Day Bersama Jerlynn'L dan Butterfly Malaysia
Kebetulan tiba-tiba hari ni terajin sikit. Paling penting kat rumah ada botol kosong untuk produk body wash dan shampoo, so apa lagi ai heretlah Nanie ajak pergi MV. Ciri-ciri Mak Shin Chan kan!!! kahkahkah
Jenama Jerlynn'L ni kalau kat Malaysia mungkin agak baru tetapi di negara barat khasnya ianya sudah cukup gah dan popular. Ianya dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dan dipercayai selamat digunakan untuk semua usia. Saya ada kongsikan mengenai produk ini di entri ini --> http://ayuarjuna.blogspot.my/2016/03/jerlynnl-kini-menjadi-pilihan-saya-dan.html :)
Saya tertarik betul dengan gaya tatarias kiosk Jerlynn'L. Simple dan klasik.
Cantikkan!!!!!!
Susunan indah dengan perletakan bunga yang tersusun. Suwitt giler.
Bila berada di sini memang kita akan rasa kagum dan teruja dengan keindahan di depan mata :=)
Bersempena dengan EARTH DAY, The Butterfly Project dengan kerjasama Jerlynn, telah melancarkan kempen The Earth Day bermula dari 1-7 April 2016, yang mana setiap blogger yang menukarkan 2 botol kosong (penjagaan badan ataupun shampoo) dan kongsi mengenai kempen in di instagram akan diberikan produk Jerlynn'L Hair Wash secara percuma (pssst harganya dalam RM119) dan juga mini set produk asas Kerlynn'L travel pack!
See Nannie Isa, antara blogger yang berjaya mendapatkan produk Jerlynn'L secara percuma :p
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa. Cantikkan cara pembungkusan di sini :)
Apa yang menarik jika kita membeli produk Jerlynn'L ianya akan dibungkus secara esklusif seperti hamper.
Untuk promosi waktu terhad, kita juga boleh membeli produk yang dijual secara esklusif seperti ini. Mini beg yang comel bersama produk Jerlynn'L (yang terpilih).
Pembungkusan seperti hamper yang menarik. Rasanya harga untuk hamper adalah RM250.
Set hamper ini pula berharga RM350 :)
Jika berpeluang ke kiosk Jerlynn'L di Mid Valley, jangan lupa jumpa Stella yang peramah di sana! Jangan lupa dapatkan Jerlynn'L produk penjagaan diri dihasilkan dari bahan semulajadi. Sesuai untuk seisi famili.
TQ Butterly Malaysia and Jerlynn'L
Aktiviti Earth Day Bersama Jerlynn'L dan Butterfly Malaysia
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 08, 2016
Rating:
No comments:
Sharing is caring...