Hari Aspriasi Media Di Jump Street Trampolin Park

Jump Street Trampolin Park sebuah taman permainan berkonsep “urban” yang sesuai untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Di taman ini telah disediakan beratus-ratus trampolin bervariasi cabaran,  dari lantai sehinggalah ke dinding.Selain itu di Jump Street Trampolin Park juga ada menyediakan pakej-pakej  untuk aktiviti tertentu seperti sambutan hari jadi, team-building dan pelbagai lagi pada harga yang cukup istimewa.

Terletak di sebuah gudang bersebelahan Jaya One, taman trampolin  ini dibahagikan kepada beberapa bahagian; gelanggang utama  yang menampilkan sejumlah trampolin yang berhubung antara satu sama lain (dengan keluasan 9000 kaki persegi),dua gelanggang dodge ball, sebuah ‘foam pit’, gelanggang kanak-kanak dan bola keranjang serta enam trampolin bertaraf Olimpik. Terdapat juga dinding larian dengan pelbagai ketinggian berbeza.

Antara trampolin yang terdapat di Jump Street Trampolin Park :=)






Oh ya! Saya antara rakan media serta blogger yang turut hadir  pada  Hari Apriasi Media yang telah dianjurkan oleh  pihak Jump Street. Pelbagai cabaran lasak telah rancangkan buat kami untuk mencuba dan ternyata kmi begitu teruja melakukan setiap tugasan mengikut kumpulan. Yang menarik pemenang cabaran bakal dihadiahkan dengan  jam tangan jenama Reebok, sumbangan daripada Marco Worldwide Sdn Bhd.

Keseronokan, semangat berpasukan dan berani mencuba ini antara apa yang saya rasakan ketika bermain di sini bersempena dengan Hari Aspriasi Media :)

Sesi warming up sebelum melakukan aktiviti.

Cabaran pertama :=)
Agak mencabar juga untuk wanita kecil seperti saya.

Slam dunk!!

Acara ketiga dan terakhir adalah dodge ball!
Ini adalah game terakhir, paling menarik dan best!
Ketangkasan dan semangat juang dalam pasukan memang perlu ada mengatasi pihak lawan.

Rakan media dan bloggers bergambar kenangan!
Kredit pic : Lipstiq.com


Dan kumpulan saya telah berjaya menjadi JUARA!
Yeay......

*************
Bersempena dengan sambutan ulang tahun kedua Jump Street pada 28 Mei akan datang ini, Jump Street telah menjemput penghibur sarkas dan artis trampolin untuk membuat satu persembahan akrobatik yang menarik. 
Dan untuk sepanjang tahun ini, Jump Street Petaling Jaya akan menawarkan pelbagai aktiviti hebat untuk para peminat trampolin. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti Pertandingan Trampolin pada bulan September, Perlawanan Dodge Ball pada bulan Oktober serta Festival Urban Sport pada bulan November.
Menarik bukan?
Untuk sebarang maklumat dan tempahan, sila layari https://jumpstreetasia.com/ 

 
Lokasi:
Jump Street PJ:           
It is located in a 37,000 sq. ft. converted warehouse (behind Bosch) at No 8A, Jalan 13/6, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Jump Street Austin Heights JB (dibuka pada Feb 2016)
Jalan Mutiara Emas 8, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor - 13,000 sq. ft.

Hari Aspriasi Media Di Jump Street Trampolin Park Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 27, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.