Haruman Terbaru Adidas UEFA Champions League 2015/16
Hari ini, adidas memperkenalkan rangkaian produk
Penjagaan Badan Edisi Bintang Liga Juara UEFA baru; merupakan produk berlesen
rasmi dikhaskan untuk Liga Juara-juara UEFA musim 2015/16. Diilhamkan oleh semangat
kecemerlangan kejohanan tersebut, ternyata barisan haruman dan penjagaan badan terbaru
ini akan memberi inspirasi peminat-peminat lelaki kejohanan liga juara ini setiap hari.
Haruman Untuk
Juara-juara Eropah
Haruman Edisi Bintang ini bermula dengan letusan
Bergamot dan limau mandarin, dan dipertingkat lagi dengan haruman kuat daunan tomato dan buah pelaga yang segar. Bahagian
tengah disusuli Lavandin France asli,
dibumbui oleh Lada Hitam Madagascar dengan sedikit sentuhan ros untuk
menggambarkan kelelakian moden. Dan nota dari bauan kayuan yang tajam dari Cedarwood Virginia, Patchouli Indonesia dan Karanal
meningkatkan kuatan haruman seterusnya memberikan wangian yang berpanjangan.
Rangkaian produk baru adidas Penjagaan Badan Edisi Bintang Liga Juara-juara UEFA terdiri dari:
- adidas lelaki UEFA 2 Eau de Toilette 100ml,Harga Jualan RM32.90
- adidas lelaki UEFA 2 Eau de Toilette 50ml, Harga Jualan RM 24.90
- adidas lelaki UEFA 2 Deodoran Semburan Badan 150ml, Harga Jualan RM17.90
Saya tertarik dengan rekaan botol yang dipertengahkan dalam koleksi Adidas kali ini. Dengan ciri-ciri pembungkusan seperti warna rasmi untuk kelab liga UEFA iaitu warna biru mewah dan perak berkilau, sekaligus menampakkan ianya begitu gah dan esklusif.
Kehadiran pewangi dalam dua saiz iaitu 50ml dan 100ml, memberi pilihan untuk kita memilih botol yang lebih kecil saiznya untuk dibawa pergi melancong dan sebagainya. Dan biasanya untuk botol yang lebih besar iaitu 100ml, kita boleh jadikan sbagai penggunaan di rumah :)
Produk berlesen rasmi Liga Juara-juara UEFA ini telahpun berada di pasaran bermula February 2016 di Watsons, Mydin dan lain-lain kedai peruncitan dan pusat membeli-belah. Oh ya uolls, ada berita baik nak dikongsikan :) Kini telah berlangsungnya roadshow Adidas, untuk keterangan lanjut boleh rujuk pada maklumat seperti di bawah :-
Lokasi: Lower Ground Centre Court di IOI City Mall
Tarikh: 27th April sehingga 2nd May 2016
MAsa: 10 am - 10pm
Pelbagai tawaran menarik ditawarkan kepada pengunjung-pengunjung!
Jika berbakat dalam menendang bola! Bolehlah anda mencuba permainan ini ya :)
Besar dan luas!
Pelbagai aktiviti menarik disediakan dan kita berpeluang membawa balik banyak hadiah tau.
Joms!
Haruman Terbaru Adidas UEFA Champions League 2015/16
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 26, 2016
Rating:
No comments:
Sharing is caring...