Hidangan di Zawara Coffee Sedapke?

Ini merupakan kali pertama saya merasai hidangan di Zawara Coffee. Biarpun rasanya sudah lama kafe ini bertapak lama di Malaysia. Sejujurnya saya lebih mengenai label pakaian dan tudung  Zawara berbanding dengan kafe Zawara Coffee.

Apa yang menarik minat saya untuk mencuba makanan di sini, pertamanya ianya merupakan kafe milik bumiputera dan diuruskan oleh anak muda yang bercita-cita tinggi. Keduanya pilihan menu yang agak versatile dan ketiganya disebabkan hasutan melalui komen rata-rata dari pengunjung Zawara Coffee (50% kata sedap 50% kata x best langsung).

Huhu

Saya mula mengenali label Zawara apabila melihat kumunculannnya sebagai penaja salah sebuh majalah muslimah tempatan. Tertarik dengan rekaan tudung yang digayakan, saya dengan begitu teruja mendapatkannya di butik mereka di Shah Alam (ada lagike butik ni, wapucitau). Saya membeli 2 helai tudung dan saya meminati rekaan tudung tersebut yang terletak cantik di kepala. 

Hanya itu sahaja yang dibeli..

Dan saya lupa terus nama Zawara sebagai label jenama pakaian tapi lebih terarah minat dengan kemunculan Zawara Coffee yang dinspirasikan daripada adik Dilla Karim (seperti gambar diatas). 

Saya masih ingat lagi ketika menontonnya kisah Zawara di rancagan Style Hijabista (TV9-betulke nama program ni hiks). Bagaimana saya melihat Dilla ini sememangnya sudah memang mempunyai keazaman dan minat yang begitu tinggi dalam dunia perniagaan. Sebelum mereka mengeluarkan produk pakaian (jubah dan tudung), beliau telah menceburi satu bidang perniagaan (saya pun dah lupa) tetapi gagal mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Dan kalau ikut dari cerita adik ini, beliau mmemang minat nak buka kafe sejak dulu lagi. Tapi modal memang tak ada ketika itu.

Jadi beliau mula melihat jualan tudung dan pakaian muslimah menjadi trend di Malaysia. Biarpun hakikatnya beliau bukanlah seorang yang  gadis berhijabista tetapi dek kerna minat berniaga itu ada ianya mampu mengatasi segalanya. Dan setelah jenama pakaian dan tudungnya mendapat perhatian di pasaran, barulah Zawara mengorak satu langkah lagi dengan memperkenalkan Zawara Coffee, yang semakin hari semakin bertambah cawangannya.

Dan hujung minggu lepas saya berkesempatan, mengunjungi Zawara Coffee di Bukit Jelutong Shah Alam. Dan bagi saya susunatur kafe ini dari pintu masuk, kaunter tempahan dan bayaran serta perletakan varaisi pilihan kerusi meja memang memberi kelainan menyerlah keunikan identiti tersendiri pada kafe Zawara Coffee.

Disebabkan saya hanya datang bertiga dengan anak. Jadi saya telah memilih 4 menu hidangan bersama 3 air minuman.


Cheese Meltz Berger | RM15

Berger dari patties sampai ke rotinya memang dibuat khas oleh Zawara Coffee. Bagi mereka yang sukakan cheese meleleh, so inilah adalah pilihan yang terbaik. Saiz sederhana (tidak besar dan tidak terlalu kecil). Tapi to be honest, patties sangat sedap (berasa adunan daging dan segala rempah). Ada pickles dan mayonis. Jika anda suka boleh tambah cili sos. Memang kenyang biarpun saiznya sederhana.

Spaghetti Salmon Carbonara | RM19

 Portion agak kecil. Tapi saya tidak dinafikan sphaghetti ni kaya dengan ikan salmon. Banyak giler ikan dier. Tapi sebabnya ianya carbonara rasa agak cheezy berlemak susu. Saya rasa sedap cuma dari segi harga dan kuantiti, agak mahal sikit (mungkinlah)


Cheezy Wings | RM19

Seperti ayam di Pelicana Chicken yang disaluti tepung digoreng ranggup. Cuma ayam pilihan saya ini agak pedas tapi still boleh makan beria-ia (tahap kepedasan orang Malaysia yang biasa-biasa). Apa yang menarik ianya disaluti kuah cheezyyy..So bagi saya sedap!

Churros Dip Chocolate | RM10

Ini merupakan signature dish di sini. Kebanyakan pelanggan memang akan order churros di Zawara Coffee. Cuma selain daripada dip coklat kita boleh juga order dip karamel. Churros ni makan kena panas-panas, kalau dah sejuk rasanya agak kuren sedikit. Okla, not bad, Tapi rasanya untuk harga RM10 itu kita akan dapat dalam 5 keping batang Churros. Mahal ke murah eh?

Tapi saya memang sangat suka dengan dekorasi di Zawara Coffee. Cukup santai dan memang sangat sesuai untuk mereka yang datang melepak bersama rakan bisnes atau kengkawan gossip (hahaha). Untuk membawa anak kecil dan duduk agak lama kurang sikitla sesuainya (Sebab takde TV yang siarkan rancangan kartun, kihkih)

Kalau nak buat special event pun best jugak. Pelbagai jenis kerusi dan meja disediakan di sini. Siap ada mesin kopi lama kat situ. So sangat epikk hokeh!

Klasik tapi tetap menarik. Kita boleh pilih untuk duduk bahagian atas, see ada beanie, jikalau kita mahukan lebih santai dengan menikmati makanan sambil berborak dengan rakan. Ataupun pilihan meja kopi mengikut bilangan yang datang. Ada meja bulat, empat segi, panjang dan pendek, konsep bar dan banyaklagi. Pendek kata, banyak pilihan jenis tempat duduk ikut kesesuaian :=)

Pendapat peribadi, saya suka dengan idea menu yang ditawarkan dengan Zawara Coffee. Namun begitu portion agak kecil dan harga boleh tahan mahal juga (untuk rakyat marhaen seperi saya). Namun saya tetap sukakan semua pilihan hidangan yang saya pilih (mungkin juga sebab saya amat meminati keju). Dan saya tidak serik untuk repeat balik berkunjung ke sini tapi tidak lah boleh selalu. 3-4 bulan sekali ke, kawan nak belanja makan ke, dapat review kat sini lagike (kihkih) dan banyak lagi sebab asbab yang berkemungkinan...

Untuk keterangan lanjut mengenai menu dan lokasi cafe, boleh layari http://www.zawaracoffee.com/ :p

Jom berkopi dan berZAWARA!!!
Hidangan di Zawara Coffee Sedapke? Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 18, 2016 Rating: 5

10 comments:

  1. Assalamualaikum, nak tanya, rm10, awak dapat 5 btang churros je?

    ReplyDelete
  2. aah dalam 5 batang rasanya....sebab untuk tupperware ti satu layer jer

    ReplyDelete
  3. jap tengok balik dlm gambar 4 batang jer (rujuk pada gambar atas sekali)..huhuhu

    ReplyDelete
  4. sepatutnya awak dapat 9, sbb saya pergi saya dapat 9

    ReplyDelete
  5. ramai gak yg ckp cedap..kat seremban lum bukak lagi..

    ReplyDelete
  6. belum pernah cuba hidangan di zawara coffee. pernah cuba coffee dia je. menarik...

    ReplyDelete
  7. churros tu mahal harganya..mcm xberbaloi..huhu

    ReplyDelete
  8. saya suka kopi , ada kopi sedap ok dah ...

    ReplyDelete
  9. mummy ayu- rmi yg suka churros dan coffee

    farahain - blh cuba produk tempatan ni

    ros - sedapkan coffee

    normi - kannn..ke kesilapan pekerja zawara time tu ya..hmmm

    puan bee- coffee dier not bad

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.