Kehebatan Produk Mary Kay MalaCEP Plus + Luminous System

Jenama Mary Kay sememangnya sudah lama popular, apatah lagi produk ini telah memikat pengguna Asia terutamanya di kalangan pengguna Malaysia. Untuk pengetahuan semua jenama Mary Kay diasaskan pada 13 September 1963 oleh Mary Kay Ash . Ibu pejabat Mary Kay Inc terletaknya di Dallas Texas dan diiktiraf sebagai salah satu syarikat kosmetik terbesar di dunia. Yang menariknya Mary Kay sentiasa menjaga piawaian kualiti dengan tidak pernah menjalankan ujian produknya ke atas haiwan. Mary Kay Inc telah membangun, menguji dan mengilang serta membungkus produknya di kilang canggih mereka seperti di A.S, China dan India. Atas efisien dan kecemerlangan produk ini di pasaran tidak hairanlah Mary Kay Ash telah banyak diberikan anugerah berprestij dan diiktiraf sebagai Úsahawan Wanita Yang Terunggul di dalam sejarah Amerika.

Dan yang terkini Mary Kay Inc telah memperkenalkan satu siri regimen penjagaan baru yang di kenali sebagai Mary Kay MalaCEP Plus + Luminous System. Dalam siri ini terdapat 5 produk iaitu 
"Ultimate SerumFoaming CleanserFreshenerMask dan Ultimate Cream"
Menurut Cik Karen Ng Siew Ching (Senior Marketing Manager, Mary Kay Malaysia), regim terbaru Mary Kay ini iaitu Mary Kay MalaCEP Plus + Luminous System dihasilkan daripada formulasi edelweiss extractalgae extract, dan vegetable amino acids yang mana mampu untuk mengurangkan masalah melanin seperti tompok-tompok hitam di wajah, mencerahkan dan sekaligus mampu memutihkan kulit wajah, ini adalah berdasarkan kebaikan dari 3 bahan utamanya iaitu :

  • Ekstrak Edelweiss - Mencerahkan, memberi perlindungan, kaya dengan Antioksidan untuk membantu mengurangkan perubahan warna pada kulit.
  • Ekstrak Alga - Meransang pembentukan melanin dan membantu menghalang perubahan warna pada permukaan kulit.
  • Asid Amino dari sayuran - Memperbaiki kecerahan kulit, menjadikan tona kulit lebih sekata dan mengurangkan bintik-bintik hitam pada kulit.

 Memang bestkan kalau kita lihat pada khasiat yang bakal diperolehi selepas menggunakan siri Mary Kay MalaCEP Plus + Luminous System ni kan???

Saya sendiri telah mencuba lebih daripada seminggu produk ini dan hasilnya cukup memberangsangkan. Paling saya suka ianya tiada kesan sampingan dan perubahan pada wajah berlaku secara semulajadi.

So, biasanya say akan menggunakan siri penjagaan Mary Kay MalaCEP Plus + Luminous System 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan malam.

Pagi :
1) Pencuci - MalaCEP Plus  Foaming Cleanser
2) Penyegar - MalaCEP Plus Freshener
3) Ultimate Serum - MalaCEP Plus Ultimate Serum
4) Pelembab Siang - MalaCEP Plus Ultimate Cream

Malam :
1) Pencuci - MalaCEP Plus  Foaming Cleanser
2) Penyegar - MalaCEP Plus Freshener
3) Ultimate Serum - MalaCEP Plus Ultimate Serum
4) Krim Malam - MalaCEP Plus Ultimate Cream

2-3 kali seminggu kita boleh gunakan MalaCEP Plus Mask ya!!



MalaCEP Plus  Foaming Cleanser |  RM129 / 100ml


Produk ni mempunyai tekstur yang sangat lembut dan ringan. Tidak ada bau wangian, sangat natural. Picit ikut keperluan di atas tapak tangan. Letakkan sedikit air dan basuh muka dengan lembut. Urut secara perlahan-lahan. Dan jangan lupa bilas dengan air ang bersih.

Lepas mencuci menggunakan produk ini, saya dapat rasakan sendiri yang wajah saya benar-benar bersih, dan terasa lembut juga. Yang pastinya dengan membersih muka menggunakan produk ini menjadikan wajah kita lebih ceria, tidak lagi kelihatan kusam atau kurang bermaya.

 MalaCEP Plus Freshener(RM129 / 100ml)

Produk ini mampu melembutkan kulit dan memberi keselesaan pada wajah muka. Saya suka menggunakan MalaCEP Plus Freshener ini dengan menyapu di muka menggunakan tapak tangan dan jari. Rasa seronok pula menepuk muka secara perlahan-lahan dengan menggunakan freshener dari Mary Kay ini.  Tapi kelazimannya penggunaan tisu muka lebih efisien dan senang diratakan.

MalaCEP Plus Ultimate Serum | RM350 / 30ml

Ini antara produk terbaik dari regim Mary Kay MalaCEP Plus + Luminous System. Kandungan istimewa serum ini boleh membantu meremajakan kulit wajah kita ya. Dan kenapa kita perlu memakai serum terlebih dahulu, ini kerana molekul serum ini lebih halus dan kecil dan cepat diserap. Jadi kita perlu pakai serum terlebih dahulu, sebelum memakai pelembap untuk langkah seterusnya.


 MalaCEP Plus Ultimate Cream | RM180 / 30ml

Pelembap ini mampu memberi kelembutan pada kulit. Menjadikan tona wajah lebih sekata dan sekaligus kita akan lebih 'glowing'. 


Hanya sapu secara lembut di seluruh wajah dan juga yang terbaik sapu sehingga leher :=)

 MalaCEP Plus Mask | RM169 / 85ml

 Tidak perlu kerap penggunaannya. Dalam seminggu 2-3 kali. Yang bestnya, kita hanya picit sedikit (ikut keperluan).

Sapu rata di seluruh muka. Rehat dalam 10-15 minit. Memakai mask ini sebenarnya bagus bagi menanggalkan kulit-kulit mati. Dan pastikan ketika bersihkan muka (selepas 15 minit), wajah kita betul-betul bersih.


Tidak dinafikan kita tidak boleh hentikan usia kita dari menginjak tahun demi tahun. Tapi kita masih berpeluang menjadikan wajah kita tidak dimakan usia, sentiasa awet muda, bersih tanpa noda, cerah sekata, berseri-seri dan ceria!

Heheheh

Untuk lebih info nengenai Mary Kay, boleh layari pada pautan di bawah :-
Facebook : Mary Kay Malaysia

xoxo;
Kehebatan Produk Mary Kay MalaCEP Plus + Luminous System Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 13, 2016 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.