Keunggulan Lady Arissa, Pilihan Terbaik Hijabista

Lady Arissa Couture (LAC) mula berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2013 lagi. Diinspirasi dari usahawan berbakat besar iaitu Puan Izzah Jaslenda, yang mula memperkenalkan jenama ini bersempena dengan nama anak perempuan kesayangannya Arissa. Menurut Puan Izzah Jaslenda beliau tertarik untuk menceburi bidang perniagaan yang mengeluarkan produk tudung kerana permintaan yang cukup tinggi dan juga trend hijabista di Malaysia yang sangat Ćŗp to date'. Ideanya untuk berniaga juga tercetus apabila Puan Izzah Jaslenda mendapati biarpun terdapat banyak shawl yang ditawarkan di Malaysia, namun jenis yang lebar dan sesuai untuk wanita yang berbadan besar tidak banyak di pasaran.

Untuk pengetahuan semuan koleksi Lady Arissa Couture ini agak terhad. Untuk satu rekaan tudung Lady Arissa Couture  ianya akan mengeluarkan untuk kuantiti tertentu sahaja. Ianya juga didatangkan bersama label esklusif, sekaligus tidak hairanlah jenama tudung Lady Arissa Couture ini sememangnya sudah punyai aras tanda pencapaiannya yang tersendiri.

Paling saya tertarik dengan koleksi ini bukan sahaja terletak pada rekaannya, tetapi juga koleksi warna yang ditawarkan benar-benar memikat. Dari warna lembut (pastel) sehinggalah warna garang, yang hadir tanpa corak (plain) dan juga bercorak. Paling penting harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu milik.

Seperti koleksi ini, mewah sekali dengan sulaman bunga. Sesuai untuk dipakai oleh raja sehari, mereka yang bertunang ataupun untuk mereka yang mementingkan hiasan mewah di tudung bagi suai padan untuk majlis-majlis istimewa tertentu.


Pelbagai pilihan corak dan rekaan yang menarik dari label Lady Arissa Couture ini uolls...


Warna lembut seperti ini agak popular dan mudah untuk dipadankan dengan pelbagai busana.


Selain daripda pelbagai pilihan kerawang bunga, ianya juga didatangkan dengan pelbagai warna menarik.

Ini pula adalah pilihan warna untuk shawl 2 loops beropol.

Nak menggayakannya pun agak mudah hanya sarung dikepala, dengan sedikit sentuhan 'adjust' mengikut raut wajah...

Siap dan cantik terletak! Mudah dan praktikal bukan :)

Bagi mereka yang sukakan rekaan bercorak contengan bunga...

Lady Arissa Couture turut menawarkan koleksi terhad mereka iaitu shawl lukisan bunga yang hadir dengan warna lembut.

Rekaan shawl ini agak unik dan esklusif. Dengan kedutan di sebelah kiri bersama brooch menarik.

Menyerlahkan lagi penampilan si pemakai. Ianya shawl instant, hanya sarung sahaja. Sesuai bagi mereka yang sukakan gaya minimalis.

Bagi mereka yang mempunyai banyak busana yang tidak bercorak, bolehlah memadan suai dengan shawl yang bercorak cantik di kepala. Dan Lady Arissa Couture menawarkan pelbagai corak menarik untuk digayakan.

Antaranya seperti shawl yang digayakan oleh Neyra. Corak dedaun dengan kombinasi warna hijau dan coklat. Memang sepadan dengan blouse plain warna tanah milik Neyra.

Terdapat variasi corak dari shawl istimewa Lady Arissa Couture untuk koleksi ini.


Peminat warna-warna lembut seperti pastel pasti menyukai koleksi Lady Arissa Couture yang ini.


Ianya instand shawl 2 loops, hanya sarung dan terus gayakannya.

Rekaan ini juga antara menjadi favourite buat Puan Iza sendiri selaku pengasas untuk label Lady Arissa Couture :)


Mereka yang hidup dengan gaya aktif, pasti meminati warna seperti ini. Warna pastel yang rare Nampak lembut tapi agak terang juga (garang).


Koleksi Polo Lady Arissa Couture ini menjadi kegemaran anak-anak muda yang suka menggayakannya bersama tshirt lengan panjang dan dipadankan samada seluar jeans mahupun seluar panjang pelbagai fesyen. Sesuai untuk mereka menggayakannya ketika keluar bersantai bersama teman mahupun keluarga.


Koleksi lain yang menjadi ''best selling" dari dulu sehingga kini.

Instant shawl yang digemari oleh mereka yang sibuk terutama wanita yang bergelar ibu. Instant shawl ini yang menariknya mempunyai awning yang lembut. Jadi apabila memakainya ianya akan terbentuk cantik di wajah, dan paling best ianya menutup dada (labuh).

Seperti Numi gayakan ini. Cantik bukan?


Antara lain cara koleksi dari Lady Arissa Couture seperti yang digayakan oleh model di bawah :)





Bukan sahaja cantek terletak, ianya juga sangat mudah mengayakannya. Memang sangat praktikal buat wanita yang suka bergaya kemas dan feminin. Yang lebih penting shawl yang dikeluarkan oleh Lady Arissa Couture ini labuh (menutup dada), sekaligus memenuhi syarat berpakaian seorang muslimin yang sebenar.

Jika kita membelinya, ianya juga didatangkan bersama kotak esklusif dan juga beg kertas istimewa. Jadi ianya juga sesuai dijadikan sebagai hadiah buat orang tersayang!


Boleh juga dibuat sebagai hadiah hantaran mahupun cenderahati (door gift) untuk majlis perkahwinan. Contohnya seperti cenderahati buat tetamu di majlis meraikan mempelai selebriti terkenal tanahair iaitu Shaheizy Sam dan pasangan Syatilla. Memang nampak ada kelas kan!!!

Koleksi Lady Arissa Couture juga pernahdigayakan oleh Syatilla dalam siri drama Sha dan Shah Raya yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Apa yang menariknya koleksi tudung ini bukan sahaja dijual di Malaysia bahkan ianya sudahpun menembusi pasaran di luar negara. Yang mana tudung koleksi Lady Arissa Couture ini ada dijual di Mubarak Ville New York dan bakal juga berada di pasaran Australia dan Dubai tidak lama lagi.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapat koleksi Lady Arissa ini bolehlah layari di laman web http://ladyarissacouture.com @ zalora @ Bahagian pakaian Aeon Mall Shah Alam @ Aeon Kota Bharu (akan datang pada 1 Mei 2016)  @insta - carian pada nama LadyArissaCouture

Pelbagai rekaan baru akan dikeluarkan bersempena dengan kehadiran aidilfitri tahun ini. dan Lady Arissa Couture juga bakal memperkenalkan beberapa koleksi pakaian menarik tidak lama lagi.

Jangan lupa uolls untuk cuci-cuci mata dengan pelbagai pilihan gaya shawl dari Lady Arissa Couture. Dan ada berita menarik untuk semua pembeli tudung Lady Arissa Couture (RM70 ke atas), uolls boleh menyertai peraduan selfie bersama tudung Lady Arissa Couture, dengan hanya muat naik gambar selfie  ke instagram (jangan lupa tag Lady Arissa Couture). Pada yang sama kena whatapps maklumat diri, resit anda berserta gambar. Keterangan lanjut mengenai peraduan boleh rujuk pada insta: @LadyArissaCouture ya!

Jom berhijab dengan Lady Arissa,
Penampilan hijabista penuh bergaya!
Keunggulan Lady Arissa, Pilihan Terbaik Hijabista Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 05, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.