Munchy's Kini Berusia 25 Tahun!
MUNCHY’S telah menyambut Ulang Tahun Ke-25nya dan pada masa yang sama telah memperkenalkan empat Funbot unik. Dan sebagai
tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong MUNCHY’S sejak dulu lagi,
lebih daripada 2.5 juta bungkusan Ulang Tahun Ke-25 MUNCHY’S telah disediakan untuk
memulakan keseronokan ini. Yang pastinya peminat tentu teruja apabila mereka mendapati
dua sachet tambahan di dalam setiap pek MUNCHY’S, LEXUS dan OAT KRUNCH. Manakala untuk setiap
paket MUZIC, peminat Munchy's pasti puas hati apabila diberi kandungan tambahan sebanyak
25 peratus.
Pelbagai
aktiviti telah disediakan untuk menyambut ulangtahun yang penuh kegembiraan dan
‘yummylicious’ ini. Dengan tema kempen - “Berkongsi Kegembiraan”,
MUNCHY’S telah bersedia untuk berkongsi kegembiraan dengan rakyat
Malaysia.
Empat
Funbot unik ini adalah inspirasi dari empat proses penyiapan biskut daripada kilang MUNCHY’S. DJ Mixer sebagai 'mixer', pengadun ramuan ‘ajaib’ MUNCHY’S, dan seterusnya akan menghantar adunan
yang berbau harum tersebut kepada funbot Chop
Chop untuk diterap di dalam acuan yang berbentuk ceria.
Michael Oven kemudiannya mengambil alih untuk membakar adunan berbentuk
ceria itu kepada biskut MUNCHY’S yang enak! Dan pastinya biskut-biskut itu
tidak akan lengkap tanpa funbot Beat Box
yang membungkus biskut-biskut tersebut ke dalam kotak demgan bungkusan yang berwarna-warni. Keempat-empat Funbots tersebut sememangnya telah mencipta pengalaman ajaib dengan semangat kegembiraan MUNCHY’S. Kesimpulannya inilah dikatakan Semangat
Perpaduan MUNCHY’S. Dan Funbots hanya mempunyai satu misi – berkongsi kegembiraan
dan keceriaan bersama rakyat Malaysia di mana sahaja!
CK Tan, MUNCHY’S CEO di Ulangtahun MUNCHY’S 25th Tahun
“Adik-beradik MUNCHY’S
memulakan syarikat ini sejak 25 tahun lalu. Perpaduan telah membawa kami ke
saat ini. Kami memulakan pengusahaan ini hanya dengan sebuah mesin ‘wafer
stick’ terpakai. Hari ini, kami mempunyai tiga kilang pemakanan di Batu Pahat,
Malaysia, China dan Indonesia dengan eksport ke pasaran sedunia.
Di MUNCHY’S, setiap
kakitangan bagaikan ahli keluarga kami. Bersama-sama kami mencipta biskut dan snek
yang enak dan menyeronokkan. Kejayaan kami hari ini adalah milik keluarga besar
dan gembira kami ini. Keseronokan merupakan unsur utama MUNCHY’S dapat kekal sehingga hari ini selama 25 tahun! MUNCHY’S mengambil inisiatif dan sentiasa mencari peluang
untuk menukar inovasi kepada kejayaan. Kami telah mencipta keseronokan dan
keceriaan, sudah tiba masanya untuk kami berkongsi keseronokan dan keceriaan tersebut
dengan pelanggan-pelanggan setia kami.”
(Dari kiri ke kanan) Rodney Wong, MUNCHY’S Commercial Director; Tan brothers – CK Tan dan LK Tan, MUNCHY’S Founders; dan Rajan Pillai, MUNCHY’S Senior Operations Director.
(Dari kiri ke kanan) Rodney Wong, MUNCHY’S Commercial Director; Tan brothers – CK Tan dan LK Tan, MUNCHY’S Founders; serta Rajan Pillai, MUNCHY’S Senior Operations Director; dan Imun Lim, MUNCHY’S Marketing General Manager bergambar dengan produk bersama dengan MUNCHY’S Funbot, Michael Oven.
KRIM KRAKER
MUNCHY’S, LEXUS
OAT KRUNCH
MUZIC
Yang menariknya tentang produk MUNCHY'S ini, selain dari rasa yang enak dan juga diperbuat dari bahan-bahan yang kaya dengan serat dan vitamin.
Produk MUNCHY'S juga sangat menjaga kualiti pembakaran dan pembungkusan. *Dibakar fresh2, memang bau biskut ini sangat wangi :p
Oh ya! Akan terdapat lebih daripada 200 kedai runcit akan menyertai sambutan bersempena dengan MUNCHY's 25 tahun dengan mengadakan
aktiviti yang boleh disertai pelbagai peringkat umur peminat Munchy's. Yang mana peminat adalah dijemput untuk menyertai keseronokan yang dianjurkan oleh MUNCHY’S, ini termasuklah berpeluang untuk membakar biskut yang ceria, enak dan unik. Mereka juga berpeluang
bertemu dengan Funbots!
Ucapan ulangtahun dari rakan media.
Selain daripada itu, para peminat setia MUnchy's juga boleh berkongsi keseronokkan
dengan menyebarkan saat kegembiraan mereka kepada ahli keluarga dan kawan-kawan
dengan memberitahu MUNCHY’S sebab dan dengan siapa mereka hendak berkongsi
keseronnokkan tersebut. Sekiranya dipilih, MUNCHY’S akan menghantar Funbots
hebat untuk bertemu pemenang serta menghadiahkannya cash RM500 dan bekalan biskut MUNCHY’S
selama satu tahun. Untuk menyertai bolehlah layari laman web http://www.munchys.com/munchys25th untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai peraduan tersebut.
Kempen
Ulang Tahun Ke-25 MUNCHY’S tidak berakhir begitu sahaja. Pada bulan Mei 2016, MUNCHY’S
akan menyebarkan keceriaan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di rumah anak
yatim. Dengan membawakan biskut
dan Funbots untuk menghiburkanmereka, Melalui lawatan ini ianya bukan hanya dapat berkongsi kegembiraan tetapi
pada masa sama turut berkongsi kasih sayang dengan kanak-kanak kurang bernasib baik
ini.
MUNCHY’S bersedia untuk
berkongsi keseronokan!
Munchy's Kini Berusia 25 Tahun!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 15, 2016
Rating:
wah dah 25 tahun rupanya Munchy's! suka sangat biskut2 dia yang sedap 😋😋😋
ReplyDeletelia---kan dah remaja dah hihi
ReplyDelete