Munchy's Kini Berusia 25 Tahun!



 MUNCHY’S telah menyambut Ulang Tahun Ke-25nya dan pada masa yang sama telah memperkenalkan empat Funbot unik. Dan sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong MUNCHY’S sejak dulu lagi, lebih daripada 2.5 juta bungkusan Ulang Tahun Ke-25 MUNCHY’S telah disediakan untuk memulakan keseronokan ini. Yang pastinya peminat tentu teruja apabila mereka mendapati dua sachet tambahan di dalam setiap pek MUNCHY’S, LEXUS dan OAT KRUNCH. Manakala untuk setiap paket MUZIC, peminat Munchy's pasti puas hati apabila diberi kandungan tambahan sebanyak 25 peratus.

Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk menyambut ulangtahun yang penuh kegembiraan dan ‘yummylicious’ ini.  Dengan tema kempen - “Berkongsi Kegembiraan”, MUNCHY’S telah bersedia untuk berkongsi kegembiraan dengan rakyat Malaysia.

Empat Funbot unik ini adalah inspirasi dari empat proses penyiapan biskut daripada kilang MUNCHY’S. DJ Mixer sebagai 'mixer', pengadun ramuan ‘ajaib’ MUNCHY’S, dan seterusnya akan menghantar adunan yang berbau harum tersebut kepada funbot Chop Chop untuk diterap di dalam acuan yang berbentuk ceria.

Michael Oven kemudiannya mengambil alih untuk membakar adunan berbentuk ceria itu kepada biskut MUNCHY’S yang enak! Dan pastinya biskut-biskut itu tidak akan lengkap tanpa funbot Beat Box yang membungkus biskut-biskut tersebut ke dalam kotak demgan bungkusan yang berwarna-warni. Keempat-empat Funbots tersebut sememangnya telah mencipta pengalaman ajaib dengan semangat kegembiraan MUNCHY’S. Kesimpulannya inilah dikatakan Semangat Perpaduan MUNCHY’S. Dan Funbots hanya mempunyai satu misiberkongsi kegembiraan dan keceriaan bersama rakyat Malaysia di mana sahaja!


CK Tan, MUNCHY’S CEO di Ulangtahun  MUNCHY’S 25th  Tahun


“Adik-beradik MUNCHY’S memulakan syarikat ini sejak 25 tahun lalu. Perpaduan telah membawa kami ke saat ini. Kami memulakan pengusahaan ini hanya dengan sebuah mesin ‘wafer stick’ terpakai. Hari ini, kami mempunyai tiga kilang pemakanan di Batu Pahat, Malaysia, China dan Indonesia dengan eksport ke pasaran sedunia.


Di MUNCHY’S, setiap kakitangan bagaikan ahli keluarga kami. Bersama-sama kami mencipta biskut dan snek yang enak dan menyeronokkan. Kejayaan kami hari ini adalah milik keluarga besar dan gembira kami ini. Keseronokan merupakan unsur utama MUNCHY’S dapat kekal sehingga hari ini selama 25 tahun! MUNCHY’S mengambil inisiatif dan sentiasa mencari peluang untuk menukar inovasi kepada kejayaan. Kami telah mencipta keseronokan dan keceriaan, sudah tiba masanya untuk kami berkongsi keseronokan dan keceriaan tersebut dengan pelanggan-pelanggan setia kami.”

(Dari kiri ke kanan) Rodney Wong, MUNCHY’S Commercial Director; Tan brothers – CK Tan dan LK Tan, MUNCHY’S Founders; dan Rajan Pillai, MUNCHY’S Senior Operations Director.


(Dari kiri ke kanan) Rodney Wong, MUNCHY’S Commercial Director; Tan brothers – CK Tan dan LK Tan, MUNCHY’S Founders; serta Rajan Pillai, MUNCHY’S Senior Operations Director; dan Imun Lim, MUNCHY’S Marketing General Manager bergambar dengan produk bersama dengan MUNCHY’S Funbot, Michael Oven.


Kenalkan produk Munchy's yang kini telahpun berada di pasaran :=)


KRIM KRAKER


MUNCHY’S, LEXUS 


OAT KRUNCH


MUZIC



Yang menariknya tentang produk MUNCHY'S ini, selain dari rasa yang enak dan juga diperbuat dari bahan-bahan yang kaya dengan serat dan vitamin.


Produk MUNCHY'S juga sangat menjaga kualiti pembakaran dan pembungkusan. *Dibakar fresh2, memang bau biskut ini sangat wangi :p


Oh ya! Akan terdapat lebih daripada 200 kedai runcit akan menyertai sambutan bersempena dengan MUNCHY's 25 tahun dengan mengadakan aktiviti yang boleh disertai pelbagai peringkat umur peminat Munchy's. Yang mana peminat adalah dijemput untuk menyertai keseronokan yang dianjurkan oleh MUNCHY’S, ini termasuklah berpeluang untuk membakar biskut yang ceria, enak dan unik. Mereka juga berpeluang bertemu dengan Funbots!


Ucapan ulangtahun dari rakan media.

Selain daripada itu, para peminat setia MUnchy's juga boleh berkongsi keseronokkan dengan menyebarkan saat kegembiraan mereka kepada ahli keluarga dan kawan-kawan dengan memberitahu MUNCHY’S sebab dan dengan siapa mereka hendak berkongsi keseronnokkan tersebut. Sekiranya dipilih, MUNCHY’S akan menghantar Funbots hebat untuk bertemu pemenang serta menghadiahkannya cash RM500 dan bekalan biskut MUNCHY’S selama satu tahun. Untuk menyertai bolehlah layari laman web http://www.munchys.com/munchys25th untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai peraduan tersebut.

Kempen Ulang Tahun Ke-25 MUNCHY’S tidak berakhir begitu sahaja. Pada bulan Mei 2016, MUNCHY’S akan menyebarkan keceriaan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di rumah anak yatim. Dengan membawakan biskut dan Funbots untuk menghiburkanmereka, Melalui lawatan ini ianya bukan hanya dapat berkongsi kegembiraan tetapi pada masa sama turut berkongsi kasih sayang dengan kanak-kanak kurang bernasib baik ini.

MUNCHY’S bersedia untuk berkongsi keseronokan!

Munchy's Kini Berusia 25 Tahun! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 15, 2016 Rating: 5

2 comments:

  1. wah dah 25 tahun rupanya Munchy's! suka sangat biskut2 dia yang sedap 😋😋😋

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.