Seronoknya Memanjakan Diri di Raisya Tradi Spa

Seharian bekerja memang memenatkan. Apatah lagi ianya tidak akan berkesudahan biarpun sudah pulang ke rumah ~kena uruskan anak-anak, memasak, membasuh, mengemas dan macam-macam lagi. Sebagai wanita kita perlu ada ~"me time"~ Untuk merehatkan diri, memanjakan badan yang sememangnya perlu dibelai dan diberi kelegaan.

Memang saya teruja apabila telah dipelawa untuk menyertai Pretty Bloggers Spa Day di Raisya Tradi Spa. Apatah lagi, spa milik bumiputera ini diuruskan oleh Kak Noor a.k.a Puan Ashyikin yang sememangnya sudah terkenal didalam bisnes Malika Confinement (servis urutan buat ibu-ibu yang sedang berpantang selepas melahirkan anak).

Dalam sesi memanjakan diri bersama blogger kali ini, selain saya turut sertai bersama ialah Ayue Idris dan juga Wendy. Kami telah diberikan sedikit penerangan ringkas tentang servis yang ditawarkan di Raisya Tradi Spa. Untuk pengetahuan semua, di Raisya Tradi Spa menyediakan perkhidmatan urutan secara tradisional dan moden.

Apa yang menarik tentang Raisya Tradi Spa, ianya bukan sahaja menawarkan pelbagai perkhidmatan spa yang sememangnya digemari kebanyakan wanita seperti urutan badan, mandi lulur, facial, urutan kaki dan pelbagai lagi. Terdapat juga aktiviti Zumba pada waktu malam yang mana yuran kemasukan untuk sejam adalah RM12.

Spa ini juga menyediakan tempat rehat untuk mereka yang datang menemani teman yang menjalani rawatan spa. Tenang dan selesa :=)

Terdapat barangan seperti produk kecantikan, barangan perhiasan, beg tangan boleh dibeli di sini.

Alatan senaman pun ada uollls...

Jika kita membawa anak, buaian ini pasti menjadi tempat kegemaran untuk mereka bermain sambil menunggu kita yang menerima rawatan di spa.

Mandian bunga yang menyegarkan antara salah satu perkhimatan yang disediakan di sini.

Bersempena dengan Pretty Bloggers Spa Day di Raisya Tradi Spa, saya telah merasai sendiri servis spa seperti facial, urutan kaki (foot spa) dan rawatan minicure serta pedicure.
Kelengkapan untuk urutan kaki. Puan Noor menggunakan kelopak bunga mawar asli sebagai bahan asas, selain dari scrub dan pelbagai bahan yang lain.

Memang memberi kelegaan. Terutama bagi saya yang banyak berjalan setiap hari dan menekan pedal minyak kereta untuk perjalanan yang jauh. Selain itu, saya paling suka dengan bau-bauan bunga yang digunakan, begitu menenangkan.


Urutan kaki....
Perghhhhhhhhhhhhhhhhhh...memang terbaik!!

Selepas urutan kaki, kami semua diberikan rawatan facial pula. Yang menariknya biarpun di Raisya Tradi Spa menyediakan pelbagai alatan moden namun dari segi urutan wajah, therapist Raisya tetap menggunakan 10 jarinya untuk mengurut. Ini bagi memastikan keberkesanan yang semaksima boleh dirasai oleh pelanggan Raisya!

Model di gambar adalah Wendy, hihihi. Ok saya paling suka part ni. Urutan ni memang membantu untuk mengurangkan sakit kepala (memperbaiki perjalanan darah di bahagian dahi).

Terutama bila therapist menekan sehingga ke hujung, kita akan lega sangat kepala kita setelah diurut.

Untuk pembentukan V-shape katanya. Oiii nak dagu runcing, urutan ini sangat memainkan peranan, hihihi.

Waktu bertenang-tenang ini, muka akan diberikan sedikit cahaya (tak sure apa nama proses ini), yang dikatakan mampu membuka liang-liang roma yang halus sebelum muka dipakai dengan pupur (mask).

Muka akan dipupur selama beberapa minit.

Bagi saya aktiviti facial paling win! Selain dapat membersihkan wajah scara mendalam, kita juga boleh merawat sambil merasai kenikmatan erti relaks sebenar-benar bila wajah dibelai-belai.

Rawatan ''manicure dan pedicure", tangan kita dibersihkan dan dikilatkan. Dan setengah wanita mereka juga meminta untuk diwarnakan kuku mereka.


Dan ini adalah harga promosi yang ditawarkan sepanjang bulan April dan juga Mei 2016. Yang mana harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Selain itu, Raisya Tradi Spa juga menawarkan perkhidmatan sewa ruang spa untuk sebarang acara majlis. Contoh nak buat majlis 'Bridal shower"yang ada aktiviti memanjakan diri seperti rawatan spa pada rakan-rakan yang hadir dan sebagainya. Uolls boleh juga menyewa dan mendapatkan perkhidmatan dari Raisya Tradi Spa ya!

So, apa lagi jom kita memanjakan diri di Raisya Tradi Spa yang terletak di D-9-1 Alam Venue 1 , Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam. Waktu operasi adalah bermula dari jam 11 pagi - 5 petang. Untuk rawatan malam, temujanji haruslah dibuat terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan mengenai rawatan di Raisya Tradi Spa ataupun Malika Confinement, boleh hubungi Kak Noor 016-2078091 ya!

Atau layari .raisyatradispa.com

Jom BerSpa!!!
Seronoknya Memanjakan Diri di Raisya Tradi Spa Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 06, 2016 Rating: 5

5 comments:

  1. Saya pun kadang curik masa utk manjakan diri. I ols surirumah je. Tapi me time tu sgt penting kan utk kaum wanita. 😍

    ReplyDelete
  2. kak nieyl- tq :)

    cik lily- cer tgk kulit tubuhku hahahahahah..gebu hokeh hahaha

    ummi- mmg me time penting! tak kira saper pun :)

    ReplyDelete
  3. Would you like to learn more about the different benefits of massage therapy along with the different techniques that one can use? If you do then visit Learning Massage Therapy 성남출장안마

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.