The Lion Guard, Siri Animasi Yang Menghiburkan!
Hakuna Matata! What a wonderful phrase Hakuna Matata! Ain't no passing craze It means no worries for the rest of your days It's our problem-free philosophy Hakuna Matata! Hakuna Matata?
Mesti uolls pernah lagu ini yang pernah viral satu masa dulu..
Ianya dari filem animasi The Lion King :)
Berlatar belakangkan lanskap Savana Afrika, “The Lion Guard” mengisahkan pengembaraan Kion dan pasukan “The Lion Guard”. Mengikut tradisi asal, “The Lion Guard” dianggotai oleh singa-singa paling berani dan gagah di “Pride Lands”. Namun begitu, Kion menongkah arus dengan melantik rakan-rakannya yang secara amnya dianggap tidak layak menganggotai pasukan tersebut. Mereka terdiri daripada sahabat baik Kion, Bunga, seekor “honey badger” yang berani, Ono, bangau yang bijak, Fuli, harimau bintang yang berkeyakinan tinggi, dan Beshte, seekor badak yang peramah dan sentiasa bersikap positif.
Kumpulan “Lion Guard” yang baharu ini bersatu untuk melindungi “Pride Lands”. Menerusi rancangan bersiri, kumpulan ini akan menggunakan keunikan masing-masing untuk menghadapi cabaran bagi mengekalkan keamanan di “Circle of Life”
Group hug!!!!
“The Lion Guard” menampilkan pelakon alih suara terkemuka seperti James Earl Jones dan Ernie Sabella yang masing-masing kembali memegang watak mereka dalam “The Lion King” iaitu Mufasa dan Pumbaa, sementara Rob Lowe memegang watak sebagai Simba dan Gabrielle Union sebagai Nala. Watak Kion pula dipegang oleh Max Charles. Pelakon alih suara lain terdiri daripada Joshua Rush sebagai Bunga; Atticus Shaffer sebagai Ono; Diamond White sebagai Fuli; dan Dusan Brown sebagai Beshte.
Sempena pelancaran
siri ini, kanak-kanak di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara dijemput untuk
mengambil bahagian dalam kempen "Show Us Your Roar" di halaman Disney
Channel Asia Facebook (https://www.facebook.com/DisneyChannelAsia). Video mengaum
yang paling kuat dan kreatif akan disiarkan di Saluran Disney Channel semasa
tayangan perdana ini!
*****************
Saya dan keluarga telah dijemput ke satu sidang pra-tayangan The Lion Guard di Marmalade Cafe pada hari Sabtu yang lepas. Di majlis santai ini, kami berpeluang menonton sendiri 2 episod The Lion Guard bersama ahli keluarga parenting bloggers' yang lain.
Pelbagai aktiviti disediakan untuk anak-anak beraktiviti. Ini termasuklah aktiviti membuat kraf..
Dan juga aktiviti mewarna :=)
Acara kemuncak adalah menonton 2 siri 'The Lion Guard".
Sebagai ibu saya dapat lihat garapan kisah animasi ini sarat dengan perkara-perkara yang positif yang mampu diterapkan dalam kehidupan seharian anak-anak. Antaranya seperti sikap tanggungjawab, setiakawan, tidak putus asa, sentiasa gembira (riang), positif, optimis dan saling hormat menghormati.
Saya juga lihat menonton siri ini dapat memperkasakan tatabahasa anak saya dalam bahasa Inggeris, kerana penggunaan bahasa Inggeris agak mudah dan sebutan juga memang jelas (biarpun ianya adalah suara latar, dengan pelbagai gaya lenggok lontaran suara).
Animasi yang cantik penuh warna-warni, sesuai untuk semua peringkat usia kanak-kanak dari umur 1 tahun ke atas. Dan saya sendiri sebagai ibu turut teruja menonton siri ini! Dan percayalah siri animasi ini menghiburkan dan kita boleh menikmati saat-saat kemanisan menontonnya bersama seisi keluarga.
Sebaik habis menonton,. kami sekeluarga menikmati hidangan juadah makan tengahari yang berkhasiat dan enak-enak. TQSM!!!
Jangan lupa ya, 'The Lion Guard' akan mula bersiaran pada 17 April 2016, pukul 8.30 pagi di saluran Astro 615 :=) (“The Lion Guard” akan turut disiarkan di saluran Disney Junior pada masa akan datang tahun ini)
Rawwwwwwwwwwwwwww!!
The Lion Guard, Siri Animasi Yang Menghiburkan!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 04, 2016
Rating:
memang best katun ne..Ian & Iris pun suka..
ReplyDeletemummy ayu- kann...ayu pun terlayan sama....lagu2 dier pun best jugak :)..tahniah iris dan ian...berani jawab soalan dan main games :)
ReplyDelete