Transbella dan Transgluta | Suplemen Mencerahkan Kulit Buat Lelaki Mahupun Wanita


Semua orang inginkan kulit yang cantik, mulus, putih berseri-seri. Dan saya juga percaya, selain daripada penjagaan luaran muka seperti ~membersih, melembut menggunakan toner, melembap menggunakan pelembap. Kita juga perlu mengambil suplemen bagi memastikan kulit wajah kita benar-benar cerah dengan tona sekata, semakin mulus dan paling penting ianya menyerlahkan aura seri dari dalam

Dan baru-baru ini saya telah diperkenalkan dengan satu produk keluaran Zenia Niaga iaitu Transbella dan Transgluta. Yang mana kedua-dua produk ini mengandungi 1001 kebaikan tanpa sebarang kesan yang memudaratkan.
Kehadiran Atita Haris selaku duta untuk produk Transbella bersama keluarganya memang mencuri perhatian tetamu. Atita yang juga pengguna produk Transbella membuktikan bahawa kulit kita boleh jadi cantik dan mulus melalui pengambilan suplemen  Transbella secara konsisten.

Testimoni dari Atita turut disokong oleh Intan Dayana ini yang juga merasai perubahan terhadap dirinya setelah mengambil suplemen Transbella.

Lihat perbezaannya, memang ketara bukan? Sebelum menjadi pengguna dan setelah menjadi pengguna Transgluta :=) Lebih putih berseri, lebih berkeyakinan dan berpersonaliti!

Kenalkan antara orang kuat Transbella dan Transgluta dalam memperkenalkan suplemen kecantikan ini kepada semua penduduk di Malaysia, founder Anny Ariffin dan partner Suraya Sulatin.

Majlis bertambah gamat dengan celoteh-celoteh dari Diva AA selaku pengacara majlis pada hari kejadian. Pertama kali saya melihat secara 'live'diva AA dan ternyata personaliti AA yang peramah ini begitu mudah didekati.

Antara aktiviti yang mencuit hati, apabila bloggers terpilih harus menari gaya Azwan Ali, hihihi.

Kami juga para bloggers telah diberikan produk ini secara percuma untuk dicuba..
Haruslah ada rasa excited sebab nak melihat sendiri perubahan pada diri setelah mengambil suplemen Transbella dan Transgluta.

Kedua-dua produk ini biarpun cara penggunannya dan kebaikannya lebih kurang sama namun sebenarnya kandungan bahannya adalah berbeza. Yang mana Transbella telah dihasilkan daripada kalogen manakala Transgluta tidak mempunyai kalogen tetapi terdapat glutathione yang terkenal sebagai double whitening agent . Jadi pada mereka yang ada alahan kalogen bolehlah menggunakan produk Transgluta sahaja.

Saya cukup suka dengan pembungkusan Transbella ini. Dengan pemilihan warna ungu dan bercorak bunga menambahkan lagi seri dan tampil lebih feminin di mata saya. 

Yang menariknya produk ini boleh diambil samada lelaki mahupun perempuan, bermula seawal 16 tahun sehinggalah 60 tahun. Ini termasuklah wanita mengandung (6-7 bulan ke atas), wanita menyusukan anak (bayi perlu sudah masuk usia 6 bulan ke atas), perokok dan sebagainya. Dan bagi wanita yang sedang datang bulan (period) mereka juga boleh mengambil suplemen ini tanpa halangan.

Boleh baca dengan jelas kelebihan Transbella di sini ya :=)

Transbella adalah dalam bentuk tablet. Jadi ianya boleh dimakan begitu sahaja, kunyah-kunyah, hisap dan telan. Kandungan utama adalah dari ekstrak sakura dan yis sebagai pengganti gluta. Cara pengambilan adalah makan 1-2 biji setiap hari, iaitu sebiji di waktu pagi sebelum makan dan sebiji sebelum masuk tidur. Harga promosi sebotol yang ditawarkan adalah RM80 (termasuk pos).

Manakala Transgluta adalah terdiri daripada kapsul yang mengandungi bahan utama iaitu Pure Gluthathione yang mampu memberi pencerahan kulit badan dan muka. Bagi mereka yang mempunyai wajah yang agak gelap ketara disyorkan mengambil produk Transgluta untuk kesan yang lebih hebat.

Cara pengambilan untuk 7 hari pertama, perlu mengambilan 1 biji setiap pagi sebelum makan, dan 1 biji sebelah malam sebelum tidur. Dan untuk hari ke-8 dan seterunya hanya mengambil sebiji sebelum sarapan.

Pencerahan tentang kandungan Transgluta dan kebaikannya.

Harga promosi yang ditawarkan adalah RM69.90 termasuk pos.

Sekiranya pengguna turut mengambil produk kesihatan yang lain, ianya tidak menjadi masalah jika pengguna masih mahu mengambil suplemen tambahan Transbella dan Transgluta. Tetapi dengan syarat pengambilan antara satu produk dengan produk yang lain perlulah adalah kekangan masa 2-4 jam. Contohnya, saya sudah makan Transbella pada pukul 8.oo pagi, dan untuk suplemen yang lain saya perlu ambil lebih kurang jam 11 pagi ke atas (setelah ada jarak masa pengambilan 2 hingga 4 jam)

Dengan pengambilan suplemen ini secara konsisten saya percaya, wajah saya boleh menjadi berseri-seri seperti Atita Haris yang sentiasa kelihatan muda, 'fresh'dan 'glowing'.

Amboi diva AA pun semakin hari semakin flawless wajahnya...
Rahsianya tentulah dek kerana pengambilan Transbella dan Transgluta!

Email : zenia.sales@gmail.com
Hotline : 013-6915915 / 019-3173715


Jom glowingkan diri agar lebih berseri-seri!
Transbella dan Transgluta | Suplemen Mencerahkan Kulit Buat Lelaki Mahupun Wanita Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 29, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.