Ais Krim Potong King's Perisa Kelapa, rasanya Yang Luar Biasa :=)
Tiada
apa yang dapat menandingi kenikmatan dan rasa segar dari sebatang aiskrim
walaupun pada cuaca panas. Dengan menikmati Ais Krim King’s Potong, ianya dapat mengingati kembali saat kegembiraan di mana kita duduk dan berbual bersama
keluarga, gelak ketawa bersama mereka sambil menikmati aiskrim potong. Ianya sungguh istimewa.
Walaupun kini terdapat pelbagai pilihan ais krim, tetapi ada
kalanya kita juga teringin untuk menikmati semula sebatang aiskrim 'Potong' kerana
ianya mampu mengimbau kembali kenangan manis kepada kita.
Dalam usaha berterusan untuk memenuhi cita rasa masyarakat Asia, King’s Potong sentiasa mempergiatkan usahanya untuk mencari perisa-perisa kegemaran tempatan yang boleh membangkitkan selera rakyat Malaysia agar dapat menikmati perisa 'Potong' kegemaran mereka. Menerusi penyelidikan yang telah dilakukan oleh King’s, maka lahirlah aiskrim yang berperisa kelapa – iaitu daripada air kelapa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia!
So..nyumylicioussss!!!!
Pek pelbagai King's Potong (6x60ml) dijual pada harga RM 9.30 sekotak dan RM1.60 (60ml) sebatang (termasuk GST), dan ianya boleh didapati di semua pasaraya-pasaraya utama mulai 1 Mei 2016.
Ais Krim Potong King's Perisa Kelapa, rasanya Yang Luar Biasa :=)
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 29, 2016
Rating:
sedap :D
ReplyDeletesherry kann hehehe
ReplyDelete