BrooklynB Venture | Bagel Bakery & Cafe


Bertempat di No 4 Jalan SS15/8A Subang Jaya Selangor, kafe BrooklynB Venture cukup terkenal dengan hidangan bagel yang disediakan dengan pelbagai cara. Kedudukan kafe ini yang begitu berdekatan dengan universiti swasta tidak hairanlah ianya menjadi tumpuan untuk pelajar-pelajar berkumpul dan menikmati pelbagai hidangan istimewa di sini.

Antara yang mencuri pandangan saya ketika berada di sini. Hiasan mural di dinding seorang angkasawan yang memegang bagel di tangannya. Klasik dan unik :)

Simbolik hiasan di kaunter dengan memperkenalkan bagel sebagai hidangan utama di BrooklynB Venture!

Suasana harmoni dan santai. Dengan pengcahayaan lampu yang sederhana menjadikan gabungan dekorasi dalaman yang berwarna hitam dan coklat menyerlah menarik.


Oh ya! saya berada di sini adalah untuk mencuba sendiri 2 hidangan terbaru dan antara yang terbaik dari BrooklynB Venture. Kenapa saya katakan ianya menarik? Sebab ianya memperkenalkan set bagel istimewa bersama beberapa hidangan lain termasuklan kentang goreng US (US Fries).


1. Deli Chicken
Roti bagel dengan kepingan ayam bersama hirisan bawang segar, keju dan mayonis. Dilengkapkan dengan coleslaw dan juga hidangan kentang goreng US (US Fries)

Apa yang menarik set ini didatangkan kentang goreng US yang digoreng ranggup sekaligus mengimbangi rasa bagel yang enak. Menikmati hidangan Deli Chicken ini cukup mengenyangkan, sesuai dinikmati ketika waktu tengahari dan makan malam.

2. Philly Cheese Steak
Bagi yang meminati keju, adalah disyorkan untuk merasai sendiri hidangan Philly Cheese Steak. Gabungan mewah steak daging, bersamasayuran, bawang karamel dan keju di atas bagel menjadikan ianya cukup menyelerakan. Apatah lagi dinikmati bersama coleslaw dan juga kentang goreng US (US Fries), menjadikan hidangan Philly Cheese Steak ini cukup sempurna.

Close up rupa hidangan dari atas. Saya memang sangat sukakan hidangan ini kerana saya peminat keju nombor 1. Jadi, saya teragak-agak untuk menikmatinya kembali buat kali kedua dan seterusnya apabila berpeluang ke ini semula.

Nikmati bersama air milk shake dan ice blended yang menggiurkan. Dari kiri mango milk shake, chocolate ice blended dan banana milk shake.

TQ Sid for the pic!

Muka kesedapan menikmati hidangan di BrooklynB Venture :=)
Ahhahahaha.

Tapi seriously, untuk kelainan dan kepuasan menikmati kentang goreng US dengan cara berbeza, silalah ke BrooklynB Venture untuk mencuba sendiri Philly Cheese Steak dan Deli Chicken!

Sedap yang teramat!

*********
Oh ya uolll, ada berita baik ni...
Terdapat peraduan Instagram di mana 3 pemenang mingguan dengan gambar yang terbaik mereka menikmati promosi kentang US dan burger akan memenangi hadiah wang tunai RM150 setiap minggu. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan hanya memuat naik gambar anda bersama hashtag #USFries&BurgerFiesta  

BrooklynB Venture | Bagel Bakery & Cafe Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 17, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.