Dua Resepi Istimewa | Ikan Perap Lada Hitam Bersama Salad Pic's dan Spagheeti Mussel Berkeju Susu
Untuk cabaran New Zealand Food Connection Blogger Food Bag Challenge!, saya telah mencuba 2 resepi yang amat mudah, praktikal dan sedap. Paling penting selain daripada penggunaan bahan-bahan yang berkhasiat dari New Zealand, saya juga perlu memastikan ada keseimbangan diet dalam setiap hidangan yang dihasilkan. Tempoh penyediaan setiap hidangan tidak lebih 20 minit
Ikan Perap Lada Hitam Bersama Salad Pic's
1. Isi Ikan (Hake)- Talley's
2. Lada hitam (sedikit tumbuk halus)
3. Sedikit garam
4. Sedikit Olive Oil
Bahan-bahan Untuk Salad
1. Pic's Peanut Butter
2. Buah kiwi (1 biji, potong memanjang)
3. Lobak merah (sedikit, potong halus)
4. Salad (sedikit)
5. Tomoto ceri (sedikit, potong kecil)
6. Sedikit perahan lemon
Kentang + susu + lada hitam + garam + daun bawang + telut ( rebus kentang, campur semua bahan dan bulatkan jadi doh)
Mayo cheese sebagai penambah perisa :=)
Bahan utama isi ikan (Hake) keluaran Talley's.
Isi ikan Hake yang kelihatan begitu segar!
Gaul semua bahan perapan pada ikan, biarkan sekejap.
Bakar pada api sederhana. Sekejap dan cepat :)
Buah kiwi antara bahan menjadi pengimbang kepada campuran salad!!
Sayuran untuk campuran salad..Gaul sebati dengan Pic's dressing yang telah disiapkan sebentar tadi.
Tadaaaaaaaaaaaaaaa!! Inilah Ikan Perap Lada Hitam Bersama Salad Pic's
Spagheeti Mussel Berkeju Susu
Bahan-bahan untuk sos:
1. Greenshell Mussels - Talley's
2. Susu ( 1 liter), boleh gunakan dari jenama Spring Sheep Milk Co (tapi saya menggunakan produk tenusu tempatan)
3. Keju parut Fonterra
4. Keju Parmesan (sedikit)
5. Chili Flakes (sedikit)
6. 1 labu Bawang putih (didadu)
7. Cendawan Shitake
8. Sedikit lada hitam
9. Garam penambah rasa
10. Sedikit air
Spaghetti jenis Angel Hair (rebus sampai empuk)
See betapa segarnya Greenshell Mussels keluaran Talley's ini..
Masukkan susu, keju dan air.
Tabur sedikit lada hitam
Masukkan mussels dan garam secukup rasa
Masukkan spagetthi yang siap direbus. Taburkan keju parmesan dan chili flakes. Makan panas-panas :=)
Dua Resepi Istimewa | Ikan Perap Lada Hitam Bersama Salad Pic's dan Spagheeti Mussel Berkeju Susu
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 01, 2016
Rating:
sedapnya ayu...yummm
ReplyDeletemt - :)
ReplyDeleteYum yum!
ReplyDeleteAYUNI- :)
ReplyDelete