Gayakan Bokitta Hijab Syawal Ini
Salam berhunjung minggu :)
Bokitta Hijab bukanlah sebuah jenama
yang baru bertapak di Malaysia, malah jenama popular ini merupakan pelopor
koleksi instant shawl atau pin-less shawl sejak beberapa tahun yang lalu.
Ketika semua hijabista masih sibuk bereksperimen dengan gaya lilitan hijab
kontemporari yang modern, Bokitta Hijab memasuki pasaran dengan membawakan
koleksi pin-less hijab yang cukup inovatif dan praktikal. Koleksi pin-less
hijab keluaran Bokitta ini membolehkan para wanita memakai tudung dengan amat
mudah tanpa menggunakan sebarang brooch atau pin tudung. Setiap koleksi shawl
hadir dalam dua bahagian iaitu bahagian inner dan bahagian luar tudung. Si
pemakai hanya perlu memakai inner terlebih dahulu dan kemudian menyarungkan
bahagian luar tudung dengan begitu sahaja.
Mudah bukan?
Mudah bukan?
Sempena Hari Raya yang bakal
menjelang tidak lama lagi, apa kata anda melayari laman web ZALORA Malaysia dan
lihat koleksi shawl Bokitta Hijab yang cukup menawan ini. Temui aneka pilihan
warna menarik dan corak-corak yang terkini untuk anda gayakan bersama
persalinan baju raya anda.
Kekal selesa sepanjang Syawal dengan
mengenakan koleksi instant shawl Bokitta Hijab yang diperbuat dengan
menggunakan fabrik-fabrik terpilih yang tidak panas dipakai. Bukan itu sahaja,
fabrik-fabrik ini juga mudah dibentuk pada muka dan percayalah, koleksi Bokitta
Hijab ini memudahkan pemakaian hijab
anda. Selamat menyambut Hari Raya bersama Bokitta Hijab!
Gayakan Bokitta Hijab Syawal Ini
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 07, 2016
Rating:
No comments:
Sharing is caring...