Kafe Hipster Yang Santai dan Selesa ~KulCat's Barrio

Menjejakkan kaki buat pertama kali di sini membuatkan hati saya begitu kagum dengan dekorasi di dalam ruang kafe ini yang begitu santai, kemas dan selesa, dan ini mencetus pertanyaan dalam diri saya apakah makna di sebalik nama KulCat's ini?

Kul membawa maksud Kuala Lumpur dan Cat's adalah himpunan kucing (yang comel pastinya hehe). Simboliknya, Kulcat's ini kedai pertamanya di Kuala Lumpur, sebagai tempat yang sangat sesuai untuk mereka yang suka melepak dan berkumpul sambil makan-makan bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

Dengan tagline yang cukup catchy 'Best Served Kul', tidak dinafikan kafe hipster KulCat's Barrio cukup terkenal dalam penyediaan variasi versatil hidangan barat. Antaranya seperti pizza, sandwich, burger, salad, snek dan banyak lagi dengan mempertengahkan citarasa hidangan Itali dan juga Mexico. Paling penting selain daripada penggunaan barangan segar dan berkualiti, semua hidangan yang disediakan di KulCat's Barrio adalah HALAL.

Harga yang ditawarkan dalam menu memang agakk berbaloi, untuk minuman harga bermula RM2 - RM10, manakala untuk hidangan makanan bermula RM5-RM42, dan tiada cukai GST dikenakan :=)

Saya berpeluang untuk merasai sendiri 2 hidangan terbaik dari KulCat's Barrio di Taman Tun Dr Ismail KL yang menggabungkan berger dan juga kentang goreng U.S (U.S fries potatoes). Iaitu hidangan Double Trouble dan juga Green Chilli Locos.

 1. Double Trouble

Double Trouble | RM32

Di perbuat dari patty daging segar resepi istimewa dapur Barrio, bersama 'turkey ham', 'beef bacon', keju cheddar, lettuce tomato, nachos dan juga sos keju dan dihidangkan bersama U.S Spice Fries yang enak.

Mungkin bagi sesetengah orang menganggap 'double is trouble' tapi untuk hidangan ini ''double is really marvelous!" Kemewahan rasa daging patty Barrio yang diperbuat khas dari dapur KulCat's benar-benar memikat selera saya, Apatah lagi didatangkan dengan kombinasi 2 patty bersama turkey ham dan macam-macam lagi menjadikan ini antara berger mewah yang pertama kali dalam sejarah hidup saya berpeluang menikmatinya. Menyempurnakan hidangan ini, keranggupan kentang goreng Ú.S Spice memberi rasa lebih 'kick' ketika saya menikmati berger 'double trouble'.



2. Green Chilli Locos

Green Chilli Locos | RM26

Kombinasi patty daging segar resepi istimewa dapur Barrio bersama sos cili hijau, 'fried onion marmalade', lettuce tomato, keju cheddar dan jua U.S Spice Fries.

Pencinta hidangan pedas, saya rekomen hidangan berger ini!

Keunikkannya selain daripada patty daging Barrio yang sedap. hidangan ini juga menggabungkan rasa sos cili hijau istimewa Barrio. Saya sangat sukakan juga rasa kemanisan dari 'fried onion marmalade' bersama sayuran dan juga keju cheddar di dalamnya. Hidangan ini memang lengkap dengan kehadiran U.S Spice Fries yang digoreng garing dengan rasa sedikit percikan pedas.

Antara hidangan lain yang saya berpeluang mencuba di KulCat's Barrio seperti:-

Kulkats bittersweet 
(lemongrass, sour plum dan lychee)

Virgin mojito 
(mint leaf, lime, brown sugar & soda water)

Dua minuman diatas antara yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan yang datang ke sini. Dan ianya benar-benar 'refreshing' nah tidak hairanlah minuman ini dapat mencuri hati saya biarpun pertama kali mencubanya. 


 Chocolate Pudding in da'house. Rasa panas kek coklat bersama ais krim, pencuci mulut terbaik dan enak dari KulCat's Barrio :=)

Terdapat pelbagai pilihan menarik seperti kek, muffin dan sebagainya semuanya dari Wake and Bake (salah satu rantaian kafe juga dimiliki dan dibawah KulCat's Barrio). Semua hidangan manisan di sini dihasilkan setiap hari bagi memastikan kualiti dan kesegarannya terjamin dan terbaik.

Susunatur dan dekorasi hiasan dalaman emmang sangat 'çool'  dan punyai kelas tersendiri. Bagi mereka yang meminati muzik seperti raggae, anda boleh bersantai di sini sambil menikmati alunan muzik dari Bob Marley.






Grafiti dan dekorasi diilhamkan sendiri oleh sahabat baik pemilik kafe Kulcat's Barrio ini benar-benar menyerikan suasana. Gabungan beberapa lukisan menarik dan juga pelbagai pilihan kerusi meja mengikut kesesuaian dan pilihan pengunjung kafe hipster ini.

So, uolls kalau berkesempatan bolehlah berkunjung :-
KulCat's Barrio & Pastel,
35 Lorong Rahim Kajai 9,
TTDI, Kuala Lumpur
03-77333420
www.facebook.com/kulcats
www.instagram.com/kulcats

Dibuka setiap hari kecuali Selasa (tutup). Bermula dari jam 12 tengahari sehingga 11 malam, kecuali pada hari Jumaat operasi kedai akan bermula pada pukul 3 petang sehingga 1 pagi.

Jom KulCats!!
Kafe Hipster Yang Santai dan Selesa ~KulCat's Barrio Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 20, 2016 Rating: 5

5 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.