Keseronokan Percutian 3H2M di Pullman Putrajaya Lakeside
Berpeluang bercuti sambil merehatkan fikiran di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside bersama keluarga memang sudah lama menjadi impian. Hotel Pullman Putrajaya Lakeside yang bertaraf 5 bintang ini antara hotel yang tersohor di Malaysia, ini sememangnya bukan hanya hebat dari segi rekabentuk bangunan dan landskap. Bahkan fasiliti serta kemudahan yang ada ditawarkan di sini juga antara faktor mengapa hotel Pullman Putrajaya Lakeside menjadi pilihan terutama pelancong dari luar negara.
*Laluan masuk ke parking dan lobby
Selain dari kedudukan hotel ini bersebelahan dengan tasik Putrajaya. Hotel ini juga mempertengahkan keunikan seni dan suasana persekitaran mengikut 3 budaya utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India didalam setiap rekaan bangunan dan hiasan dalaman.
Menarik bukan?
Dengan tawaran sebanyak 281 bilik, suite mahupun apartment, tetamu hotel bolehlah memilih mengikut kesesuaian dan kehendak masing-masing. Antara jenis bilik yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
- Superior Room
- Deluxe Room
- Deluxe Balcony Room
- Spa Concept Room
- Executive Room (ada akses ke Executive Lounge)
- Suite (Executive & Pullman)
- Service Apartment (1 & 2 bilik) dan Studio Room (ada akses ke Executive Lounge)
Masuk sahaja bilik, terus hati berbunga-bunga bila baca kad comel dari pihak pengurusan hotel :)
Dapat juga 'welcoming gift' dan coklat dari pihak hotel :=)
Terharu giler....heheheheh
Figurin ala-ala Award Oscar :p
Bilik hotel yang saya menginap di sini merupakan bilik yang berkonsepkan 'spa'.
Agak luas dan besar, dengan satu katil saiz King.
Empuk, selesa boleh bertenang-tenang dengan hati senang.
Cuba bayangkan kita berjakuzi sambil mendengar muzik yang begitu asyik dan perlahan. Bahkan kita juga boleh menonton TV ketika berendam dalam jakuzi..Memang benar-benar boleh menenagnkan fikiran.
My Ameer yang sedang sakan berendam sambil main buih dalam jakuzi :)
Saya sangat sukakan rekaan dalaman bilik ini yang memang mempertengahkan konsep elegan dan moden. Apatah lagi warna coklat tanah di batu pada dinding, menampakkan ianya begitu esklusif. Gambar di atas merupakan bilik mandi (ada pancuran air).
Tandas :)
Saya antara tipikal orang Malaysia yang memang sukakan tandas yang mempunyai hos (paip). So, memang puas hati.
Fasiliti yang disediakan dalam bilik air. Lengkap!
Setiap bilik selain ada peti simpanan khas, terdapat juga sterika dan lain-lain bagi kemudahan tetamu hotel di sini.
Dan bilik saya mempunyai balkoni. So dapatlah kami melihat kecantikan hotel dari bilik terutama dari segi rekaan luaran bangunan di blok-blok yang lain.
Terdapat banyak fasiliti dan servis yang ada ditawarkan di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside. Antaranya seperti:-
- Baby sitting service
- shuttle service & city centre drop off
- parking boleh memuatkan sehingga 400 buah kereta
- limousine service
- conceirge service & valet parking
- swimming pool and kid's pool with sundeck
- state-of-the-art-fitness centre
- Fit & Spa (10 jenis bilik rawatan dan 9 jenis spa concept room)
- karaoke lounge dan wedding studio
- Airline crew lounge
kredit pic: Pullman website
- Kid's Club and games room - penggunaan adalah percuma. Kecuali jika anda henda menyewa basikal (ada caj yang dikenakan)
Dan jika anda berminat dengan, "water sport activites", anda boleh menyertainya dan ianya adalah dibawah seliaan Maritim Centre Putrajaya (terletak bersebelahan dengan hotel)
- Terdapat juga pantai (buatan) di tepi hotel yang boleh kita jalan dan bersiar-siar di sini.
- Jika di waktu malam, kita boleh berjalan-jalan di 'Village' melihat kecantikan tasik ataupun di waktu petang kita dapat lihat terbenamnya matahari dari sini. The Village ini terletak berhadapan tasik dan juga jambatan Wawasan Putrajaya.
Kolam Mandi
Terletak di tingkat 2 hotel. Mempunyai 2 jenis kolam mandi mengikut kesesuaian umur dan ketinggian.
Ianya dibuka dari 9 pagi hingga 7 malam.
Gimnasium
Gimnasium terletak bersebelahan dengan kolam mandi. agak menarik juga kerana terdapat banyak alatan senaman yang disediakan di dalam gimnasium ini. Antaranya :-
Ada panduan cara penggunaan alatan turut disediakan.
*Gagah sangat lettew dedet, kihkih
Turut disediakan ruang untuk merehatkan diri setelah bersenam di sini.
Aktiviti kegemaran anak lelaki saya ketika berada di sini adalah bersauna. Sauna ini terletak berdekatan dengan Gimnasium. Jom lihat betapa seronoknya anak-anak lelaki saya bersauna, hihihi.
Ini merupakan pengalaman pertama mereka merasai gaya orang bersauna. Aktiviti sauna ini bagus untuk memberikan kita rasa relaks dan juga boleh membantu menguruskan badan :p
Perlu diingatkan setiap aktiviti bersama kanak-kanak adalah perlu dibawah pengawasan ibubapa atau penjaga ya!
Spa
Memandangkan anak-anak lelaki saya sakan berakiviti dengan ayah mereka. Dan saya juga berpeluang memanjakan diri di spa yang ada di hotel ini.
Kebetulan untuk semua tetamu yang menginap di hotel telah diberikan complimentary voucher dari Fit & Spa untuk merasai sendiri servis 'jet-lag De Stressor Massage' selama 20 minit. Urutan ini bagus terutama buat pelancong dari negara luar yang datang ke Malaysia (pastinya akan merasai kesan dari Jet-lag akibat penerbangan yang terlalu lama mengikut zon masa yang berbeza).
Spa ini terletak di tingkat 2, Lotus Wing.
Ruang masa dalam spa yang sangat ohsem!!!
Laluan ke bilik-bilik urutan di SPA ini. Cantikkan! Gaya moden dan esklusif.
Untuk urutan kaki sahaja..
Muka happy berseri-seri selepas memanjakan diri di sini.
*Berkesempatan bersarapan 2 kali di Restoran B's All Dining di sini. Memang terbaik pilihan hidangan memenuhi citarasa seisi keluarga :=)
**Kami juga sempat berlibur melihat persembahan di The Deli @ Pullman. Memang persembahan menarik, lagu-lagu yang dibawakan oleh penyanyi semuanya best-best dan bertenaga.
3 hari 2 malam percutian tidak dirancang,
di Pullman Putrajaya Lakeside penuh keseronokan!
Keterangan lanjut boleh layari:
Pullman Putrajaya Lakeside
No.2, Jalan P5/5, Presint 5
62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Tel. +60 (3) 8890 0000
Email : info@pullmanputrajaya.com
Keseronokan Percutian 3H2M di Pullman Putrajaya Lakeside
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 06, 2016
Rating:
wow best
ReplyDeleteshet ling- mmg best :)
ReplyDeletekalau ada jakuzi dalam bilik, rasa tak nak balik rumah jer .. hahahaaa.. pernah dinner kat pulman, best jugak menu kat sana.
ReplyDeleteDkna - duk kat bilik pun rs syok, mls nak bergerak dah hehehe
ReplyDeleteni antara tempat aida nak gi.
ReplyDeletebelum gi gi lagi :)
ada member da stay and dia pun kata sgt best.
in shaa Allah..
Bestnya.. Amboi siap bersauna anak2 ayu..syokkk
ReplyDeleteBestnya.. Amboi siap bersauna anak2 ayu..syokkk
ReplyDeleteAida - mmg pilihan yg terbaik untuk relaks dan merehatkan diri.
ReplyDeleteMT- tu lah kan...heheheheh seronok betul depa bersauna