Magical Ramadhan Nights | Buffet Ramadhan Pullman Putrajaya Lakeside


'Magical Ramadhan Nights' menjadi tema,
Variasi juadah pilihan berbuka,
Dari manisan, buahan dan pelbagai masakan boleh dicuba,
Hanya yang terbaik di Pullman Putrajaya!

Berkesempatan menghadiri ke preview ramadhan d Pullman Ptrajaya Lakeside tidak saya tidak lepaskan. Apatah lagi hotel bertaraf 5 bintang ini sememangnya sudah gah namanya antara hotel berkelas dunia yang terbaik serba serbi dari fasiliti, perkhidmatan servis dan juga versatil dalam persembahan menu pada setiap kali ramadhan menjelma.

Untuk tahun ini Pullman Putrajaya Lakeside mempertengahkan tema 'Magical Ramadhan Nights', secara simboliknya untuk memberi peluang kepada para pengunjung untuk merasai kemeriahan penuh magis di malam bulan ramadhan sewaktu berbuka puasa. 

Magisnya?

Terletak pada lokasi berbuka puasa yang cantik, bersebelahan tasik. Dan juga pelbagai pilihan menu berbuka puasa yang sememangnya menarik :=)

Oh ya, yang paling saya teruja apabila tiba waktunya berbuka azan akan berkumandang secara LIVE dari menara yang terletak tengah-tengah kawasan buffet berbukan puasa.

Seriously melihat pada pilihan hidangan buffet ramadhan di Pullman Putrajaya Lakeside, memang mengujakan saya. Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang berbeza sewaktu berbuka seperti pilihan masakan melayu, cina, india dan sebagainya. Sememangnya di buffet Pullman Putrajaya Lakeside ada segala-galanya. Bahkan saya begitu teruja melihat pilihan manisan/pencuci mulut yang begitu bervariasi. dari kuih moden dan juga tradisional, serta manisan arab juga ada ditawarkan kepada pengunjung.

Ikan bakar yang segar!

Sotong bakar yang saiznya agak besar juga!

Hidupan laut yang sentias amenjadi pujaan :p
Sotong dan udang ada juga yang dibakar..

Sate ayam dan daging..
Pilih-pilih semuanya 'tempting'!

jangan lupa 'side'sampingan..
Ada ketupat, timun dan bawang...

Kemewahan daging kebab memang kelihatan,
Masakan Asia Barat yang menjadi tumpuan..


Untuk sesuatu yang praktikal dan mengenyangkan,
Pelbagai pilihan pizza ada ditawarkan...

Kegemaran saya dulu, kini dan selamanya...
Yeszaaa kerabu pelbagai citarasa...

Masak berkawah dalam kuali,
Udang masak pedas yang sedap sekali...

Ikan keli manis isinya...
Digoreng ringkas makan begitu sahaja..sedap juga :p


Salad, laksa dan mee berkuah pun ada ditawarkan...
Dari spagehtti, sehingga yang bersup atau berkari, dengan pilihan pelbagai jenis mee, memang bervariasi!

*gambar selingan
See Cik Lily begitu teruja melihat hidangan yang ditawarkan di sini.

Segala beraneka rojak ada di sini.
Pilih dan makanlah sesuka hati, hihihi

Sambal dan ulam-ulaman masakan melayu...

Variasi jenis kerang mencuri perhatian...

Masakan ikan yang paling besar yang pernah saya tengok dalam sejarah hidup saya. 
Sedap betul isi ikan ini, manis dan terasa kesegarannya. Apatah lagi dimakan bersama sos yang disediakan khas untuk dinikmati bersama ikan bakar ini.

Daging lembu bakar..

Daging kambing bakar....

Ikan stim...

Murtabak pun ada ya!

Dim Sum bagi mereka yang sukakan masakan cina...

Milkshake pelbagai perisa....

Pilihan air minuman seperti mocktail..

Dan juga air tin...


Di satu sudut, terbentangnya pelbagai pilihan manisan dan pencuci mulut buat pengunjung Magical Ramadhan Nights.
Antara yang harus ada, tentulah buah kurma.

Pop-corn buat kanak-kanak yang menyertai berbuka di sini..

ABC, lai chi kang dan macam-macam lagi...

Dan pelbagai juadah kuih serta kek moden dan tradisional yang memikat hati...

*kegemaran saya, woot woot!!


Semuanya nampak enak dan memikat selera bukan? :) :)

Buah-buahan yang siap dipotong ada juga...

TAPI....

Jika anda ingin menikmati buah-buahan tempatan seperti raja buah durian ataupun manggis, pisang, duku dan rambai, cempedak, nangka dan banyak lagi. Jangan lupa untuk merasai keenakkan buahan tempatan yang turut ditawarkan sepanjang malam Magical Ramadhan Nights di Pullman Putrajaya Lakeside. Ini antara yang menjadi tarikan buat mereka yang datang berbuka di sini.

Selain itu, pastinya malam magis berbuka di sini pasti meninggalkan memori yang manis buat kita..
Apabila kemunculan pelbagai cosplay yang unik, dan cantik juga dibuat props bergambar, heheh..

Pertunjukkan bunga api yang luar biasa hebatnya...

Kecantikan menara terletak di ruang tengah di kawasan buffet ramadhan...

Hiburan nyanyian lagu-lagu evergereen dan moden, serta lontanan lagu klasik yang tidak mengecewakan. Dan pastinya dengan adanya pertunjukkan tarian lama seperi zapin dan sebagainya. benar-benar menghiburkan sekaligus menggandakan lagi keseronokan

Ruang makan yang luas dan besar. Membolehkan kita datang samada sendiri mahupun beramai-ramai bersama rakan kerja dan keluarga. Pasti meriah!

Gambaran dari atas keluasan buffet ramadhan di Pullman Putrajaya Lakeside :=)

Buffer ramadhan Magical Ramadhan Nights akan bermula 7 Jun sehingga 3 Julai 2016, dari jam 7.00 malam sehingga 10.30 malam. Bagi anda yang membuat tempahan sebelum 15 Mei 2016, akan diberikan diskaun sebanyak 25%. Dan bagi mereka yang membuat tempahan lebih daripada 10 pax untuk satu-satu masa, berpeluang menerima penginapan semalam di bilik DELUXE di Pullman Putrajaya Lakeside. Best giler,,,,,

Untuk harga dewasa : RM169 (nett)
Utuk harga kanak-kanak : RM130 (nett) * 4 - 10 tahaun

Tempahan untuk berbuka boleh hubungi talian :
03-8890 0000

Atau email :
magicalramadhan@pullmanputrajaya.com


Untuk keterangan lanjut boleh layari : 


Dan boleh juga walk in...
Pullman Putrajaya Lakeside
No.2, Jalan P5/5, Presint 5
62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia

TQ Pullman Putrajaya  Lakeside for inviting us!!!!

Magical Ramadhan Nights | Buffet Ramadhan Pullman Putrajaya Lakeside Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 03, 2016 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.