Mother 2.0 | Jom Sertai Peraduan!

Holla!!!

*Gambar selingan, saya yang beraktiviti membuat kraf dari sabun bersama anak-anak :)

Ibu-ibu zaman sekarang sememangnya LUAR BIASA ~Mereka dipenuhi sifat yang penyayang, penyabar dan sangat berdedikasi. Mereka juga sahabat baik, penasihat, teman membeli-belah dan bersenam, teman bercuti, dan mentor anak-anak mereka. Nah! Atas kehebatan peranan ibu-ibu pada hari ini Lifetime telah ‘menaikkan taraf’ ibu hari ini dengan menggelarkan “Mother 2.0”
“Mother 2.0”oleh Lifetime ini diberikan berdasarkan kepada perubahan mengikut peredaran zaman - yang mana ibu-ibu hari ini kebanyakan menguasai kemahiran-kemahiran mengagumkan seperti yoga, pengubahsuaian dalam 5 minit, menjalankan pelbagai tugas serentak dan banyak lagi.

Untuk menghargai ibu-ibu Mother 2.0 ini, Lifetime dengan bangganya mengadakan kempen Hari Ibu bagi meraikan wanita-wanita istimewa dengan prinsip tersendiri yang telah melawan tradisi dan mengubah stereotaip untuk menjadi ibu dengan cara yang mereka sendiri tentukan. Dan anda juga boleh menjadi sebahagian daripada revolusi Mother 2.0 Lifetime:


Kongsi kisah anda dengan Lifetime dan berikan inspirasi kepada yang lain menerusi pengalaman anda! Hanya poskan Kata-kata Hikmat Mother 2.0 (Mother 2.0 Wisdom) versi anda di https://www.facebook.com/LifetimeAsia/posts/351184638338965 dan lima kisah paling asli akan memenangi peluang untuk menghadiri sesi tayangan ekslusif ‘Mother’s Day’ (set empat tiket wayang) pada Ahad, 8 Mei di TGV Sunway Pyramid bersama personaliti-personaliti Mother 2.0! Peraduan ini akan berakhir pada 5 Mei.

Kisah Video Mother 2.0

Bagi menunjukkan yang seorang ibu juga boleh meneruskan minat mereka, empat personaliti Mother 2.0 akan berkongsi kisah dan pendirian mereka di laman Facebook dan laman web Lifetime Asia! Kenali ibu-ibu ini dan kongsi kisah mereka dengan ibu-ibu lain:

 Puteri Kirana, seorang pelagak ngeri motosikal yang sukakan adrenalin;

 Nisa Hadian, seorang jurutera pelantar minyak yang suka membuat kek;

 Ammetta Malhotra Bergin, seorang jurulatih peribadi dan pemilik Target Fitness Gym

 Jayvy Chin, seorang ibu bertatu yang meminati seni tatu.

Ibu-ibu ini dan ramai lagi ibu-ibu lain, membuktikan yang kehidupan seorang ibu bukanlah terhad seperti yang ditetapkan oleh tradisi lama; apa yang lebih penting, menjadi ibu tidak bermakna seorang wanita harus melupakan minatnya dan menghalangnya daripada menjadi individu dengan keunikan tersendiri.


Sepanjang kempen ini, Lifetime juga akan memaparkan rencana-rencana senarai ringkas di Facebook yang akan memaparkan aspek-aspek ibu-ibu Mother 2.0 daripada pelbagai sudut berbeza. Terdapat idea-idea pemberian hadiah Hari Ibu dan aktiviti-aktiviti menarik!

Sertai kempen ini sekarang - sebagai ibu Mother 2.0 ataupun memberikan ucapan penghargaan buat wanita bergelar IBU yang banyak memberi inspirasi dalam hidup anda  :)

Sila layari pautan ini untuk keterangan lanjut dan menyertai peraduan yang dianjurkan --> www.facebook.com/LifetimeAsia dan www.lifetimeasia.com!

Mother 2.0 | Jom Sertai Peraduan! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 04, 2016 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.