Resepi Kek Milo Menggunakan Steamer Pensonic
Senonim dengan slogan "Memberi Inspirasi Dalam Dunia Kreativiti Kulinari", tidak dinafikan Pensonic dari siri Chef's Like telah menawarkan pelbagai produk yang sememangnya menjadi keperluan untuk setiap dapur rumah. Produk yang begitu praktikal ini sangat membantu kita terutama dalam menyediakan hidangan buat keluarga. Dan paling penting harga yang ditawarkan di pasaran jauh lebih berbaloi berbanding produk lain yang sedia ada:=)
Dan ini adalah antara produk dibawah label jenama Chef's Like Pensonic.
Peralatan gaya hidup dapur Pensonic Chef's Like dengan rekabentuk ringkas dan menarik telah dicipta untuk memberi inspirasi menghasilkan kreativiti dalam memasak, Sekaligus menjadikan aktiviti memasak sesuatu yang mengembirakan dan paling penting hasil masakan yang boleh dinikmati seisi keluarga.
Periuk Serbaguna (PMC-150G) adalah rakan dapur yang menakjubkan kerana ia merebus, menumis, menggoreng, 'steamboat' dan memanggang, memberikananda beratus-ratus kemungkinan masakan. Jika anda mencari peralatan yang bijak tenaga, serta selamat dan berkesan, maka PIC-2000 'Induction Cooker' harus menjadi pilihan anda.
Nikmati nasi yang sempurna, dimasak lembut dan gebu, dengan Periuk Nasi Pensonic Chef's Like (PSR-17N) 1.8 liter yang boleh memasak nasi untuk 8 orang. Pengukus (PSM-1603) membantu anda untuk menikmati makanan yang segar, masakan yang kaya dengan rasa dan nutrien.
Pencampur (PM-214) Chef's Like, Ketuhar Elektik (AE-19N) dan Ketuhar Olakan (PRO-910) menjadikan membuat kek, biskut, pai, puding dan pastri satu pengalaman yang menarik. Jika anda ingin mengurangkan makanan berminyak,
Saya ingin kongsikan resepi Kek Milo Kukus yang telah saya cuba menggunakan steamer Pensonic :=)
*Inspirasi dari resepi Kak Sheila Rusly
Bahan-Bahan :
Bahan A
- 1 cwn milo
- 1 cwn gula
- 1 cwn susu pekat manis
- 1 cwn minyak masak
- 1 cwn air Panas
- semua di masak hingga larut
Bahan B
- 2 cwn tpg gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bkarbonat
- Di ayak bersama
- 3 bj telur di pukul kembang
CARA-CARA :
Masukkan telur dalam campuran milo dan kacau rata
Masukkan tepung.
Gaul sebati
Kukus selama 1 jam.
Campurkan Bahan A
Masakkan kejap.
Pukul telur sehingga kembang :)
Taburkan coklat cip...
Masukkan dalam Stemer Pensonic, kukus selama 1 jam...
Apa yang suka tentang steamer ni...
Kita boleh steam banyak jensi hidangan dalam satu masak...
Contoh kukus ikan dan sayur...
Sebab, steamer pensonic adalah setinggi 3 tingkat!
Kita boleh kukus mengikut masa yang telah disetkan..Mudah giler, tak perlu pening kepala nak belajar cara funtion yang complicated!!
So, kita hanya biarkan ianya mengukus mengikut mas ayang telah kita set kan :)
Tadaaaaaaaaaaaa...
makan panas2 sedap uollls....
Sememangnya ,emasak dan makan di rumah bukan sahaja memupuk keakraban keluarga, tetapi juga ianya lebih bersih dan sihat kerana kita mempunyai lebih kawalan bahan apa yang digunakan untuk menyediakan hidangan. Dengan peralatan dapur Pensonic Chef's Like di dapur anda,sesiapa sahaja boleh menjadi seorang chef yang cekap di rumah :)
******************************************************************
Setiap pemenang akan menerima dua tiket untuk melihat Chef Selebriti DCH Ismail menyediakan masakan tradisional dan juga masakan moden dalam kelas memasak ini ya!. Selepas kelas memasak, pemenang juga berpeluang merasa masakan beliau yang amat menyelerakan dan lazat. DCH Ismail, yang telah menjadi Rakan Pensonic sejak tahun 2005 ialah Chef terkenal yang mewakili Malaysia dalam acara-acara pelancongan.
Kempen Musim ke-3 Kelas Memasak 2016 Pensonic Chef's Like ialah seperti berikut:
• Kuala Lumpur pada 31 Julai 2016 (Ahad)
• Pulau Pinang pada 07 Ogos 2016 (Ahad)
• Kuching pada 14 Ogos 2016 (Ahad)
• Johor Bahru pada 20 Ogos 2016 (Sabtu)
Dan jangan lupa join peraduan instagram tau bagi mereka yang hadir ke kelas masakan, ahem boleh menang pelbagai hadiah dari Pensonic.
Program masakan 2016 Pensonic Raya-Merdeka Cook With Chef Season 3
Antara barisan selebriti yang turut menyerikan program masakan 2016 Pensonic Raya-Merdeka Cook With Chef Season 3 ini adalah Zara Zya, Nadiya Nisaa, Faizal Hussein, Sherry Ibrahim, Marsha Milan Londoh, Ungku Ismail, Abam Bocey, Amber Chia, Alan Yun, Sari Yanti, Fendi Balas, Elfira Loy, Chef Florence Tan dan bintang-bintang OLA-BOLA, oleh itu setiap episod harus ditontoni!.
Nak habaq mai...
Jangan lupa episod 1, minggu depan pada 16 Mei 2016....
Pukul 6 petang di TV3!!!
Jawab soalan dan boleh menangi hadiah :=)
Resepi Kek Milo Menggunakan Steamer Pensonic
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 14, 2016
Rating:
nyum nyum sedapnya
ReplyDeleteRasa dulu... Baru nyammmmmmmmnn
ReplyDeleteTak sbr tgk bulu mata akak yg paling vouge tu hehehe...
ReplyDeletewowwww..sedappp..
ReplyDeletemaha-haippp hahahhahaha
ReplyDeletefarahain- heheheh meh test
I respect this article for the all around scrutinized content and superb wording. I got so included in this material that I couldn't quit perusing. I am inspired with your work and expertise. Much thanks to you to such an extent. Choosing Weber vs Broil King
ReplyDeleteWe love our steamer and use it most days, I love steamed veggies they have so much more flavour than boiled. this looks fab! fast cookers
ReplyDelete