Saat Untuk Tenang dan Relaks-kan Diri di HerbaLine Facial Spa
Berinspirasikan "รat Well; Look Well; Live Well", HerbaLine menawarkan 3 produk utama iaitu:-
1. Facial Spa and Therapeutic Massage by HerbaLine Facial Spa.
2. Mama Kim (makanan dan berkhasiat yang ditawarkan)
3. Sojourn Guests House (rumah rehat terbaik dilengkapi pelbagai pakej perkhidmatan yang sangat membantu untuk merehatkan diri dan badan)
Dan baru-baru ini saya berpeluang melihat dan merasai sendiri beberapa servis di Herbaline Facial Spa dan juga dapat menikmati sajian enak di Mama Kim di Puchong bersama beberapa rakan bloggers yang turut serta.
Antara yang menarik di Facial Spa and Therapeutic Massage by HerbaLine Facial Spa :=)
Urutan bahu yang begitu melegakan. Seriusly, kebetulan minggu ini merupakan antara minggu yang havoc dalam hidup saya. Terkejar dengan kerja-kerja pejabat dan juga perkara yang berkaitan anak. Jadi, apabila berpeluang dapat diurut sebegini. Nikmatnya memang tidak terkata. Terasa sendi-sendi yang sakit hilang kesakitannya.
Rendaman kaki di air garam selama 5 minit! Untuk memberi rasa lebih relaks terutama pada bahagian tumit kaki yang berkerja keras menampung berat badan, ekekek. Dengan campuran garam bukit dan juga air suam, ianya juga membantu membersihkan kulit kaki dan membantu perjalanan darah.
Kita akan sejuk dan tenang. Yang penting sea salt ini mampu banyak memberi kebaikan pada badan, dan ianya juga sangat membantu perjalanan darah dalam badan.
Selesai berendam di dalam sea salt. Bolehlah kita bersihkan diri di sini :=)
Saya juga sangat sukakan dekorasi yang ditonjolkan pada setiap ceruk di Herbaline. Dengan berinspirasikan elemen 'tradisional Jepun', tidak hairanlah kebanyakan perkakasan dan susunatur barangan di sini seolah menjadikan kita berada di perkampungan lama di Jepun.
Lihat sahaja pada ruang bilik air ini. Cukup selesa dengan peralatan seperti baldi dan gayung kayu. Dan ada bangku kecil untuk duduk. Menurut therapist Herbaline, adalah menjadi budaya gadis-gadis Jepun (tradisional), mereka akan duduk di bangku ketika mandi.
Produk yang boleh digunapakai ketika mandi di sini.
Tempat persalinan baju :=)
Bilik untuk bertata-rias.
Almari untuk menyimpan barang buat pengunjung Herbaline turut disediakan.
Sepanjang berada di sini, kita akan berasa tenang dengan bauan segar dari lemongrass dan juga lavender yang direbus khas sepanjang masa Herbaline dibuka kepada pengunjung.
Di bawah adalah antara bilik urutan yang disediakan di Herbaline. Penggunaan bilik buat pelanggan sebenarnya bergantung kepada jenis perkhidmatan yang diambil dan juga status รกvailability' bilik yang ada pada waktu itu.
Dan mencuba sendiri di bilik yang disediakan khas di Herbaline.
Bersebelahan dengan Herbaline Facial Spa ini, turut ditawarkan adalah restoran di bbawah pengurusan HerbaLine Global Wellness Group, iaitu Mama Kim. Pelbagai sajian sihat yang enak ditawarkan disini.
Kita boleh memilih untuk menikmati hidangan di sini samada di luar ataupun didalam premis bangunan.
Antara yang hidangan popular di sini ialah mee sauna. Seriusly sedap! Saya dah mencubanya dan akan kembali ke sini untuk menikmatinya kembali.
Air buah markisar ~fresh!!!
Salad yang enak!
Joms....
Untuk keterangan lanjut mengenai Herbaline, boleh layari :-
Website: www.herbaline.com.my
Facebook: fb.com/herbaline.my
Saat Untuk Tenang dan Relaks-kan Diri di HerbaLine Facial Spa
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 27, 2016
Rating:
bestnya g spa..:)
ReplyDeletenormi- mmg best :)
ReplyDeleteI exploit solely premium quality products -- you will observe these individuals on: facial extraction equipment
ReplyDeleteI would recommend my profile is important to me, I invite you to discuss this topic. Zemits device
ReplyDelete