Dream Big Princess Amani!
Amani Shadrina adalah seorang kanak-kanak yang sangat ceria dan manja. Punyai cita-cita mahu menjadi seorang doktor dan pada masa yang sama sangat suka dengan dunia masakan. Biarpun baru berusia 6 tahun, Amani sudah mula minat dan bakatnya terutama dalam aktiviti yang melibatkan seni.
Apa sahaja aktiviti yang melibatkan seni, beliau sangat bersungguh untuk mencuba. Dari aktiviti melukis, mewarna dan membuat kraft dengan senang hati beliau akan melakukan sehingga berjaya.
Jiwanya yang penyayang, suka membahagiakan orang bukan sahaja ditunjukkan dengan kasih-sayang sahaja. Baginya menyediakan sesuatu yang istimewa seperti hidangan enak-enak juga boleh membahagiakan orang. Tidak hairanlah kenapa Amani sentiasa bersungguh-sungguh apabila membantu saya di dapur :)
Gadis kecil periang ini suka sangat didandan rambutnya. Adakalanya suka berimaginasi dirinya sebagai tuan puteri yang memiliki rambut yang panjang dan disukai ramai orang. Hahahahahha
Melihat karektor Amani saya dapat lihat, ciri-ciri Princess Rapunzel ada dalam dirinya :p
RAPUNZEL
Personality:
Rapunzel
is the definition of the modern girl. Artistic and passionate, Rapunzel makes
do with her sheltered, tower life by constantly keeping herself wrapped up in
all kinds of crafts and activities, creating beautiful paintings and more.
However, her highly curious and adventurous nature makes her yearn to discover
what life is like outside of the tower. In order to do so, she turns a bad
situation to an advantageous one and learns how to assert her dominance to
achieve her dreams. By following her heart, she even manages to inspire the
customers of the Snuggly Duckling pub to chase their own dreams!
Moga apa yang diimpikan oleh Amani untuk menjadi seorang doktor agar dapat membantu ramai orang luar disana tercapai. Impiannya tulus anak kecil ini untuk membahagiakan semua orang dan memberi nilai yang baik kepada masyarakat. Yang penting kena berani dan bersungguh dalam setiap apa yang diusahakan dan diinginkan.
Ok, ekceli posting saya kali ini adalah bersempena dengan peraduang yang dianjurkan oelh pihak Disney Channel iaitu....
Disney telah melancarkan “Dream Big,
Princess”, satu gerakan antarabangsa yang mendorong gadis-gadis di mana jua
untuk yakin pada diri sendiri dan mengejar impian mereka dengan keberanian,
keazaman dan penuh kasih sayang. Kempen 3 tahun ini menonjolkan ciri-ciri murni
setiap Disney Princess yang ingin diterapkan dalam gadis-gadis masakini.
Disney Channel telah memilih empat
gadis berbakat di Asia Tenggara yang menonjolkan kualiti unik ini. Dari
Malaysia, Aaliyah Hanifah, juara luncur air berusia 13 tahun akan berkongsi
kisah semangat dan kesungguhannya dan bagaimana Disney Princess kegemarannya
Ariel (dari filem “The Little Mermaid”)
telah memberi inspirasi kepada beliau untuk mencapai impian besarnya. Video ini
akan disiarkan di Disney Channel bermula 8 Jun.
“Disney Channel adalah tempat
kelahiran filem dan siri televisyen Disney Princess kegemaran ramai dan
cerita-cerita yang tak lapuk dek zaman tentang pengembaraan, keberanian dan
kebaikan untuk mengajar gadis-gadis erti kecantikan sejati. Kami harap Aaliyah
Hanifah, seperti juga Disney Princess kesayangannya Ariel, akan memberi
inspirasi dan memperkasakan gadis generasi baru untuk mencapai apa yang mereka
impikan,” kata Natasha Malhotra, Pengurus Besar, Media dan Kandungan Berjenama,
The Walt Disney Company Asia Tenggara.
Selain itu siri video yang ada disiarkan di
Disney Channel ada juga menampilkan kisah penyanyi/artis YouTube Jannine
Weigel (Ploychompoo) berusia 16 tahun dari Thailand, peluncur ais bersemangat
Sofia Guidote berusia 14 tahun dari Filipina, dan pemenang berbakat Junior
MasterChef Indonesia berusia 14 tahun Syifa Hasan (Afaf) dari Indonesia. Mereka
berkongi kisah dan puteri yang telah memberi inspirasi kepada mereka untuk
berjaya mencapai impian mereka.
Kanak-kanak di Asia Tenggara juga
boleh mendapat inspirasi daripada Disney Princess kegemaran mereka melalui
pertandingan Disney Channel “Create a Dream”. Dari 1 hingga 30 Jun, mereka
boleh melayari www.dreambigprincess.asia untuk mencipta ‘Dream Meme’, cara kreatif
untuk mereka meluahkan inspirasi besar mereka menggunakan imej, ikon dan font
Disney Princess. Semua ‘Dream Meme’ kemudiannya akan diabadikan ke ‘Dream Wall’
di laman web tersebut.
Meme paling kreatif dan penuh inspirasi bakal memenangi koleksi lengkap patung Disney Princess oleh Hasbro setiap minggu dan juga ...
Hadiah Utama – percutian sekeluarga yang menyeronokkan ke negara Jerman untuk 4 orang termasuk lawatan dan penginapan di istana.
Meme paling kreatif dan penuh inspirasi bakal memenangi koleksi lengkap patung Disney Princess oleh Hasbro setiap minggu dan juga ...
Hadiah Utama – percutian sekeluarga yang menyeronokkan ke negara Jerman untuk 4 orang termasuk lawatan dan penginapan di istana.
An Adventures by Disney 9 days/8 nights package tour for a family of four (4) to Germany which includes:
- Return flights to and from the winner's home country.
- Accommodations for the entire duration, including an overnight stay at a fairytale castle.
- Guided tours and transfers within Germany, including a visit to the famed Neuschwanstein Castle, which served as inspiration to the iconic Disney castle from Sleeping Beauty.
Peminat juga boleh mendapat rangkaian
lengkap produk patung Disney Princess oleh Hasbro di semua pusat membeli-belah
di Malaysia. Pada 25 Jun, penonton Malaysia boleh menonton filem Tangled
untuk melihat impian Rapunzel menjadi kenyataan di Disney Channel
(Astro Ch 615).
#DreamBigPrincessAsia
#DreamBigPrincessAsia
Dream Big Princess Amani!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 11, 2016
Rating:
No comments:
Sharing is caring...