Kemeriahan "Fashion Raya"di Setapak Central Mall
Untuk tahun ini Setapak Central Mall telah mengadakan kempen "Fashion Raya" dengan mempertengahkan fesyen yang lebih 'trendy' dengan menggabungkan keunikkan klasik dan moden. Bermula dari 16 Jun sehingga 16 Julai 2016, pelbagai aktiviti dengan tawaran harga menarik yang pastinya mampu menarik ramai pengunjung untuk mendapatkan keperluan raya mereka di Setapak Central Mall. Apatah lagi, sepanjang kempen ini turut berlangsung peraduan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik yang boleh dimenangi.
Pelancaran kempen ini telah diadakan pada 18 Jun 2016, yang mana telah dirasmikan oleh YB Dato. Dr, Tan Kee Kwong, Adun Wangsa Maju. Di majlis pelancaran itu juga Setapak Central Mall telah menjemput Akim Ahmad (penyanyi utama kumpulan Majistret) untuk menghiburkan pengunjung pada hari tersebut sekaligus mengadakan sesi bertemu bersama peminat.
Ucapan pembukaan dari Mr Andrew Neary, Pengarah Urusan Setapak Central Mall.
Ucapan perasmian kempan "Fashion Raya"oleh YB Dato. Dr, Tan Kee Kwong, Adun Wangsa Maju.
Turut diadakan pertunjukan fesyen raya dari lima jenama dari outlet yang terdapat Setapak Central Mall. Antara jenama-jenama yang terlibat adalah seperti Cotton On, Niichi, Breeze, POLO and SRB.
Kemunculan Akim Ahmad yang sangat dinantikan! Akim sempat menyampaikan 2 lagu popularnya dengan diiringi petikan gitar akustik dari salah seorang anggota kumpulan Majistret. Memang best betul dengar lontaran suara Akim ni secara live :=)
Persembahan tarian tradisional yang tidak lapuk dek panas, tidak lekang di hujan juga mewarnai sepanjang majlis pelancaran kempen 'Fashion Raya'.
Turut diadakan sepanjang ramadhan ini selain dari pertunjukan fesyen dan persembahan tarian, pengunjung juga boleh menyertai beberapa bengkel seperti 'tudung styling', tatarias muka (make up), 'samping tying'dan banyak lagi.
Ada berita baik buat semua pengunjung Setapak Central Mall ya :-)
Bagi mereka yang berbelanja RM100 ke atas (maximum 2 resit digabungkan untuk sama hari), boleh dapatkan sampul duit raya secara percuma. (selagi stok masih ada ya!)
Manakala mereka yang berbelanja RM300 ke atas (maximum 3 resit digabungkan untuk sama hari), boleh dapatkan mangkuk buah secara percuma. Ianya terhad 40 unit pada hari biasa dan 60 unit pada hujung minggu)
Manakala mereka yang berbelanja RM500 ke atas (maximum 5 resit digabungkan untuk sama hari), boleh dapatkan 'plate set exclusive' secara percuma. Terhad 40 unit pada hari biasa dan 60 unit pada hujung minggu)
Alang-alang dah berbelanja. Jangan lupa sertai sertai peraduan yang dijalankan ya. Mana tahu ada rzeki memang ke Dubai, memang untung sangat!!!! Keterangan mengenai peraduan, boleh rujuk pada poster diatas atau dapatkan info lebih jelas di kaunter pertanyaan di Setapak Central Mall.
Memang feeling abis, hikhikhik
Jom membeli belah dan berbuka puasa di Setapak Central Mall dan sertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan!!!
#setapakcentralmall
Kemeriahan "Fashion Raya"di Setapak Central Mall
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 19, 2016
Rating:
wah akim pun ada.
ReplyDeleteBestnyaa kalau dpt p g Dubai tu hihi :)
ReplyDeleteLayann juga tengok video akim ni smpai habis
penuh perasaan hee~