Kisah Awal Ramadhan

Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke-8 kita berpuasa. So, sepanjang minggu lepas berpuasa masih lagi beristiqamah masak sendiri dan tak sempat lagi jejak kaki ke bazaar ramadhan. Kebetulan dekat kawasan rumah memang tak ada bazaar, kalau nak ke bazaar ke pergi dengan kereta dan agak jauh sedikit.

So,memang bila dah sampai umah takde maknanya nak keluar balik dah pergi soping kat bazaar. Memang takde maknanya. So, akan masak dan makan apa sahaja menikut bahan mentah yang memang dah disiapkan awal2 oleh cik somi.

Cuma pada hari Khamis dan Sabtu, saya dan anak-anak berbuka di luar. Itu pun atas jemputan keluarga dan kengkawan untuk berbuka sama. Memang seronok, bila dapat berbuka ramai-ramai. Dan kemewahan menikmati hidangan berbuka memang terasa. Sekali-sekala kan, takpelah jugak kot. Kalau hari-hari memang berkilo-kilolah berat naik dengan jayanya.

Yang tak berapa best, start awal ramadhan saya dah tak berapa sihat. Mula-mula tekak bengkak, lepas selsema, batuk teruk dan finally demam on off. Memang tak larat tapi selalu acah2 sihat depan anak-anak. Yolahhh...kalau memang ikut perasaan memang nak baring sepanjang masa. Tapi memikirkan komitmen kena masak untuk berbuka then sahur. So, gagahkan jugaklah diri tu...

Apapun, moga sepanjang berpuasa di bulan ramadhan ni dipermudahkan...

Amin.............
Kisah Awal Ramadhan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 13, 2016 Rating: 5

5 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.