Masker dari Safi Menjadikan Kulit Cerah dan Muda Remaja

Masa umpama emas. Menjadi lumrah dalam setiap individu untuk menghargai sesuatu yang amat tidak ternilai harganya. Bagi wanita pula, anugerah teramat indah sepanjang kehidupan semestinya memperolehi raut wajah cerah sempurna dan muda remaja. Sesibuk mana sekalipun seorang wanita menguruskan kerjaya dan keluarga, masa yang ada tidak pernah dipersia dan pastinya digunakan untuk memberikan yang terbaik agar tampil mempersona.

Memahami keperluan wanita moden kini, SAFI jenama halal no 1 tempatan melengkapkan rejimen penjagaan wajah anda dengan memperkenalkan masker penjagaan wajah terulung buat semua wanita. Kelahiran 2 variasi masker ini mampu memberikan penyelesaian khusus buat mereka yang ingin tampil cerah sempurna atau mengembalikan keremajaan raut wajah sebelum usia.

Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA GOLD


Diperkaya dengan Bio Nano Emas 24K & Bio Hialunorik dengan Vitamin B3, masker unik 3D ini memberikan kesan efektif dan menyeluruh dengan menambahkan keanjalan kulit muka agar tidak lesu & kusam, serta sentiasa  segar bermaya bermula dari dahi hinggalah ke bahagian leher. Masker ini juga bertindak mengunci lembapan pada kulit wajah sehingga 24 jam. Kehebatan Nano Gold Technology pula menghasilkan kolagen bagi mengurangkan garis halus agar kulit tampil muda remaja sebelum usia. Hasilnya wajah lebih segar, anjal dan cerah.


Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy

Manjakan kulit wajah  dan rasai kombinasi Nano Biowhite, Arbutin dan Kiwi yang kaya dengan vitamin C bertindak menyerap masuk ke dalam 3 lapisan kulit bagi menghasilkan kulit wajah yang halus mulus dan cerah dengan efektif. Hialuronik Asid pula membekalkan lembapan berpanjangan agar kulit wajah anda terasa lembab dan lembut. Gunakan masker ini selama 20 minit sebelum anda tidur dan nikmati kesegaran kulit wajah yang halus, mulus & cerah sempurna keesokan harinya!


Adakah anda bersedia untuk menikmati kulit cerah dan muda remaja dalam langkah mudah? 

Jom dapatkan Masker Keremajaan SAFI RANIA Gold 22ml pada harga RM 6.90 dan Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy 17ml pada harga RM 5.90.

Produk SAFI ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya besar utama. Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman sesawang SAFI, safi.com.my


Masker dari Safi Menjadikan Kulit Cerah dan Muda Remaja Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 27, 2016 Rating: 5

2 comments:

  1. Timeline Photos
    https://m.facebook.com/SaSaMalaysia/photos/a.173529476032239.48732.108430435875477/1168669503184893/?type=3
    #begkasih di #giantmalaysia rm50 jugak tapi:

    1. All outlet vs just mid

    2. 180 sec vs 30

    3. Buy bag after qualified not b4

    4. 25 people / session VS 2

    Lawan #boxBenci kat #sasaMalaysia :P

    Darling, u nak join this tak? Beli box nya today... semoga berjaya, sayangku!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.