Merawat Masalah Rambut? Saya Pilih HAIRDEPOT!
Berpeluang mempelajari dan mengenali produk-produk rambut dari jenama terkemuka di HAIRDEPOT tidak mungkin saya lepaskan. Untuk pengetahuan semua outlet HAIRDEPOT mula berada di pasaran pada tahun 2009. Di bawalah label HAIRDEPOT dan K CARE SHOP, sebanyak 29 outlet telah dibuka di Lembah Klang dan Johor Bahru.Terdapat 13 jenama di bawah HAIRDEPOT iaitu Midori, Hair Milk, Herbalogist, Hairdepot, Greenology, Ecru Little Green, Ecru NewYorkStreets, Cab’s, Aurane, Erayba,Phytorelax, Farcom Mea Natura, Farcom B-Style, Farcom Aler. Dan baru-baru ini saya berkesempatan untuk melihat produk penjagaan rambut di HAIRDEPOT One Utama yang baru sahaja dibuka operasinya disini.
Antara produk-produk lain yang dijual di HAIRDEPOT seperti :-
Jenama MIDORI antara yang 'hot selling'juga di sini. Produk dari Jepun ini mempunyai pelbagai varian memenuhi jensi dan permasalahan rambut.
Ke semua produk dari HAIRDEPOT menggunakan bahan-bahan semulajadi yang tidak akan memberi kesan sampingan kepada pengguna. Ada yang dihasilkan dari minyak zaitun hijau, susu, minyak biji anggur dan pelbagai lagi.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sensitif kulit kepala. Produk ini sangat disyorkan! Menurut konsultant di HAIRDEPOT, pengguna yang bermasalah kulit kepala seperti naik jerawat dan biji-biji di kepala, selepas menggunakan produk ini mereka tidak lagi berasa sakit ketika mencuci kepala bahkan terasa lebih lega dan selesa.
Produk untuk kegunaan rambut berwarna. Seperti yang kita maklum bagi rambut berwarna, hanya jenis-jenis produk penjagaan rambut tertentu sahaja boleh digunakan.
Alatan dandanan rambut seperti sikat pelbagai saiz dan jenis turut dijual di HAIRDEPOT. Sebenarnya selain daripada pemilihan shampoo dan perapi, pemilihan sikat dengan betul juga membantu dalam membentuk rambut seperti yang diidamkan. Ini bagi mengelakkan rambut bertambah kusut ataupun menyukarkan lagi pergerakan ketika menyikat rambut (rambut jenis beralun, tebal, pendek dan lain-lain sebenarnya berbeza jenis sikat yang perlu digunakan).
Produk yang dihasilkan dari minyak biji anggur.
Di bawah jenama Kids Little Green, terdapat pelbagai varian shampoo dan perapi. ada yang didatangkan sekali dengan sabun mandian. Dan ada juga penjagaan rambut khas buat kanak-kanak yang mengalami masalah kutu!
Selain itu terdapat juga losyen buat kanak-kanak. Dan saya memang teruja dengan bau losyen ni. Wangi sungguhhhhhhh.
Apa yang penting produk ini juga tidak memedihkan mata dan kita tidak perlu risau juika anak kita sendiri bereksplorasi di waktu mereka mandi. Seperti my Ameer yang begitu seronok di waktu mandiannya ini kerana beliau mempunyai kebebasan untuk bermain dan sentiasa mahu melakukan sendiri seperti menyapu sabun di badan dan sebagainya,
Rambutnya juga bertambah halus, lembut dan paling penting wangi. Rasa nak gomol-gomol kepala Ameer ni!
Produk Kids Little Green Shampoo and baby Wash ini juga tidak terlalu berbuih dan sangat lembut bila berada di tangan!
Dan"Kids Little Green Shampoo and baby Wash turut dikongsi bersama my Amani. Ternyata beliau turut sukakannya...."mummy...sha rasa rambut dan kulit sha lembut dan segar jer lepas guna...."
Saya juga telah menggunakan Kids Little Green Body Lotion di badan Ameer bagi membantu kulit badannya supaya bertambah lembut dan 'moisture'. Ini memandangkan kulit Ameer adalah jenis kulit kering jadi memang sangat memerlukan losyen setiap kali lepas mandi.
MIDORI Advance Moisture ini memberi banyak kebaikan antaranya menjadikan rambut kita lebih lebih ringgan dan lembut. Mampu mengimbangi keperluan zat rambut serta menjadi rambut lebih cantik dan menawan.
Masalah bercabang juga dapat diatasi selepas saya mencuba produk ini MIDORI Advance Repair. Dan saya juga dapat mengatasi masalah kelumumur (biarpun sedikit) di kepala saya selepas menggunakan produk ini.
Serum yang disyorkan buat rambut saya. Iaitu Argan Oil. hanya letakkan sedikit di hujung jari. Sapu dari atas hingga bawah dengan menggunakan hujung jari kita. serum ini ibarat vitamin buat rambut dan sekaligus menjadikan rambut kekal sihat dan cantik.
Penjagaan rambut tidak boleh dipandang mudah dan remeh uollls. Kita kena ada sikap bertanggungjawab dan sayang kepada aset kita ini. Pemilihan produk yang betul serta tahu menggunakannya mengikut langkah-langkah yang perlu dapat membantu menjadikan rambut kita kekal sihat, cantik dan menawan. Biarpun kita bertudung! Ini kerana rambut kita berhak dapat yang terbaik penjagaan dari tuannya :=)
So, saya sangat syorkan untuk dapatkan produk penjagaan rambut terbaik di rangkaian kedai HAIRDEPOT, HAIRDEPOT Loft dan K CARE SHOP ataupun pembelian secara talian di www.kcareshop.com. Terdapat banyak pilihan penjagaan rambut jenama terbaik di dunia, mengikut keperluan dan permasahan rambut yang kita alami. Tidak kira jantina mahupun usia, semua jenis produk yang bersesuaian ada ditawarkan.
#haircare #hair #hairtreatment #HairdepotMy #HairdepotLoft
Merawat Masalah Rambut? Saya Pilih HAIRDEPOT!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 18, 2016
Rating:
No comments:
Sharing is caring...