Ramadhan Tahun Ini, Waktu Berbuka Lebih Bersama Famili

Yeay!! Tinggal seminggu lebih jer nak raya. Excited giler rasa, hahahahaha

Alhamdulillah...
Setakat hari berbuka semalam, saya masih lagi dapat mengawal perasaan untuk membeli juadah berbuka dengan perasaan beria-ia, masih tak sempat lagi menjengah mana-mana pasar ramadhan. Setakat tengok gambar-gambar kengkawan FB update pasar ramadhan sana-sini itu jer.

Banyak jemputan berbuka saya terpaksa tolak tahun ni. Saya hanya pilih sekadar mana yang saya berminat untuk pergi sahaja. Selebihnya saya lebih rasa berkeinginan berbuka bersama famili. Sebabnya anak-anak saya semua excited untuk menolong saya memasak dapur, terutama si Afiq dan Amani.

Tahun ini saya masih tidak berpeluang membuka puasa di rumah anak yatim (seperti tahun lepas) sebab tak ada jemputan, kihkih dannnnnnnn tak berkesempatan lagi untuk berbuka di masjid. Sebenarnya Dedet dan Afiq pernah untuk berbuka di Masjid Shah Alam masa hari puasa kedua yang lepas. 10 minit sebelum azan maghrib mereka dah tiba balik di rumah. Pelik juga. Dedet kata ramai sangat orang nak berbuka kat situ. Nampak mualaf, warga asing asing , pelajar...dan makanan pula macam tak cukup. Dedet hanya dapat satu bekas telur asin dan nasi putih. So, dier terus ajak Afiq balik dan berbuka di rumah.

Beza mungkin suasana di tempat lain. Dulu-dulu saya dan famili suka berbuka di masjid. Kami selalu berbuka di masjid Taman Tun, Damansara Utama dan juga masjid bulat PJ. Seronok berbuka di masjid ni sebab makan seadanya lepast tu boleh sambung solat maghrib berjemaah terus. Dan biasanya kami akan terus buat terawih, moreh dan balik rumah.

Kenangan semuanya....

Tahun ni, setiap hari saya belum lagi ter'miss'sahur. Dan biasanya memang setiap pagi saya akan bersilat di dapur. Bayangkan seawal pagi, bukan main bisingnya bunyi periuk belanga. Dan biasanya jiran belakang umah saya pun bersama-sama masak sahur, sebab memang umah kami berdua jer kedengaran bising pada waktu pagi-pagi buta. Kehkeh

Menu bersahur biasanya roti telur, nasi goreng, mee goreng, mee dengan miso sup....Wajib ada air MILO panas. Ni bagi menambah tenaga anak-anak saya yang berpuasa :-)

 Tapi kelainan satu hari tu...Saya buat shepard pai. Lama dah teringin nak makan. Duk tangguh-tangguh sebab oven dah rosak. last-last buat juga tapi kali ni bakar guna air fryer. Alhamdulillah sedap. Puji masakan sendiri, hahahahha.

Entah kenapa tahun ni, saya suka masak hidangan orang kampung. Masakan bergulai terutamanya. Lepas tu rajin pula buat sambal-sambal belacan. Gegeh menumbuk ketika kelaparan. Yang mana kebiasannya, saya suka menyediakan budu dan ulam sebab ringkas dan senang. See! sebab rasa nak nak makan dengan penuh selera beria sediakan semua.

Antara lauk kegemaran anak saya ketika berbuka...
 Ayam masak cili api bersama belimbing buluh.

Gulai kurma ayam bersama kentang dan terung bulat.

Ehh ada lagi...Diaorang suka juga...
Ayam perap..
Daging goreng...
Sayur masak lemak...

Biasanya saya masak tak rancang pun....
Cuma terfikir bila tengok lauk apa ada dalam peti ais. Saya cukup beruntung kerana Dedet cukup gemar beli barang basah dan dapur. Seminggu 2-3 kali otw balik kerja beliau akan singgah Giant atau Tesco mencari bekalan bahan mentah. So, memang tidak ada alasan lah untuk saya tidak memasak sedangkan bahan nak memasak tu ada :p

Rasanya bulan ramadhan kali ini, sudah 7 kali saya berbuka di luar..
1. Berbuka puasa seisi keluarga dekat Casa Ombak (jemputan kak Akma Omar)
2. Berbuka puasa di Kedodong9 bersama Dedet dan Shahmi (Anak yang lain berbuka dengan adik dan mak bersempena nak sambut besday Aliya)

3. Berbuka bersama 4 anak di Setapak Central Mall (atas jemputan media), Dedet, Anaqi dan Amani berbuka di Serai Sime Darby Convention Centre (Perabih voucher, ekeke)
4. Berbuka puasa seisi keluaga dengan geng-geng blogger dan keluarga mereka di Grand BlueWave. Makan Dim Sum tahap melampau, hahaha (Perabih voucher secara usaha sama, hiiks)
5. Teringin nak makan nasi beriani sedap dengan lauk kandar. Ajak makan kat Restoran Hakim seksyen 7. Memang terbaik dan puas hati.
6. Lepas tu try berbuka kat kedai mamak gak di seksyen 16. Teringin lauk kandar. Yang ni memang failed. Takleh lawan Restoran Hakim seksyen 7, huhuhu.
7. Berbuka seisi keluarga di D'Kayangan Steamboat (perabihkan voucher).

Berbuka kat manapun...Yang penting lebih seronok dan bermakna bila dapat menikmatinya bersama keluarga :-0  Ramadhan tahun ni, hanya si ketot Ameer yang tak berpuasa. Yang lain, insyaAllah berpuasa penuh dengan izinNya.
Ramadhan Tahun Ini, Waktu Berbuka Lebih Bersama Famili Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 25, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.