VERMILLION Essense Mist By Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos

 Perkembangan dan permintaan masyarakat terhadap produk kecantikan dalaman dan luaran kini seolah-olah menjadi satu fenomena baru di negara kita. Melihat kepada permintaan yang menggalakkan tersebut, pelakon, Ezzaty Abdullah bersama tunangannya aktor Azwan Kombos telah memperkenalkan produk kosmetik baharu yang istimewa  yang dikenali sebagai Vermillion Essense Mist.

Vermillion Essense Mist merupakan sejenis produk anti penuaan yang mampu menghilangkan kedutan di wajah sekaligus menegang dan menganjalkan kulit. Selain itu,produk istimewa ini dapat memberi kesan pantas seawal semburan pertama. Menarik bukan?

Buah Kigelia African

Untuk pengetahuan semua kandungan utama Vermillion Essence Mist ini adalah daripada buah Kigelia African Extract. Sejenis buahan unik yang hanya terdapat di Afrika dan ianya berbentuk seperti sosej. Buah ini sangat membantu sebagai agen penyembuh terutama kesan luka akibat terbakar.
Ezzaty Abdullah, adalah antara pelakon yang biasa saya lihat kemunculan beliau di drama-drama tempatan. Antara drama lakonan Ezzaty yang pernah saya tonton seperti Hello Mr Perfect, Delina, travelling beruang dan banyak lagi. Dan untuk filem terbaru lakonan beliau yang bakal ditayangkan di pawagam ialah "Ának Mami Nasi Kandar".

Menurut Ezzaty, inisiatif untuk mengeluarkan produk kecantikan ini kerana merupakan satu impiannya serius berada dalam bidang perniagaan kosmetik. Katanya, dia secara tidak langsung mahu membantu para wanita dan lelaki untuk menjadi lebih cantik dan kacak tanpa perlu menggunakan kosmetik yang belum pasti tahap keselamatannya.


"Saya teruja menceburkan diri dalam bisnes ini lebih-lebih lagi ia merupakan produk pertama di Malaysia. Daripada kecil memang cita-cita saya ingin mempunyai perniagaan sendiri. Saya pernah mempunyai beberapa bisnes sebelum ini tetapi gagal kerana kurang fokus, kali ini betul-betul serius"

Tambah Ezzaty, ramai yang tidak ambil peduli tentang penjagaan kulit terutamanya yang bebas daripada kesan jangka panjang. Vermillion merupakan produk terbaik yang membantu kulit lebih muda dan tegang dengan pantas serta tiada kesan sampingan.

Sementara itu, Azwan Kombos berkata, impian untuk melancarkan produk ini diibaratkan seperti angan-angan menjadi nyata.

“Sejak menceburkan diri dalam perniagaan, banyak peluang dan ruang yang saya nampak di depan mata saya. Malah, idea untuk menubuhkan syarikat bersama Ezzaty Abdullah merupakan salah satu punca pendapatan kami. Produk ini bukan sekadar trend semata-mata, ia adalah satu bentuk inisiatif yang perlu dilakukan ketika masih muda. Yang penting, saya pasti Vermillion dapat membantu ramai masyarakat khususnya wanita di luar sana menjaga kesihatan kulit dan wajah.”

Vermillion Mist didatangkan dengan dua saiz iaitu 30ml (RM98) dan juga 10ml (RM50 RM40-harga tawaran untuk pek percubaan).

Ibu bapa Ezzaty Abdullah yang turut hadir ke majlis pelancaran produk VERMILLION Essense Mist 

Di majlis pelancaran produk VERMILLION, tetamu yang hadiri turut dihiburkan oleh Wani Kayrie yang top dengan lagu "Jangan Jangan" ~ memang power betul suara ada Wani ni :=)


Untuk wajah lebih anjal, mulus dan awet muda,
Sembur sahaja VERMILLION setiap hari di mana jua anda berada!


Jemput FOLLOW, untuk info produk lebih lanjut :-)


dan boleh hubungi talian ini untuk pertanyaan dan pembelian :- +6011 2887 0867 
VERMILLION Essense Mist By Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 02, 2016 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.