RANIAKU: KISAH DUGAAN DAN CINTA ABADI
Sebuah
Pelancaran Muzik Video SAFI
& Aizat Amdan
Bersama Kelahiran Baharu
Teknologi DUO EMAS 24K
Bahagia itu satu rasa penuh
makna yang hadir dalam jiwa manusia. Bahagia itu tersemat di dalam kasih,
terselit di dalam rindu, tersimpan di dalam hati. Sungguhpun tidak terlihat pada zahirnya,
bahagia itu mampu membuat yang berduka mula tertawa, yang suram mula tersenyum,
yang bercinta semakin bertambah cintanya.
Berkongsi perasaan indah antara dua jiwa,
SAFI jenama Halal no.1 Malaysia
berbangga untuk melancarkan Muzik Video Raniaku,
dengan kerjasama penyanyi terkenal Aizat Amdan dan pengarah muzik video En Nan
Salleh. Menurut Ketua Eksekutif WIPRO UNZA, En. Sriram Krishnamurthy, “Penghasilan Muzik Video Raniaku merupakan salah satu projek terbesar SAFI sepanjang produk penjagaan wajah itu
diperkenalkan. Kami ingin meyebarkan mesej tentang kekuatan wanita yang
diserlahkan melalui kecantikan diri serta bagaimana kasih sayang yang
berterusan memberikan keberanian yang hebat untuk menempuh cabaran hidup.”
Menjadikan Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish sebagai watak utama di dalam muzik
video ini, beliau membawa watak sebagai Rania, seorang isteri yang mengalami penyakit
FUCH, sebuah masalah penglihatan yang serius sehingga mengganggu kehidupannya
serta tugas sebagai seorang isteri. Bimbang ditinggalkan insan tersayang, Rania
nekad menyembunyikan perkara ini daripada sesiapa. Perubahan emosi dan perilaku
Rania yang semakin ganjil mula dihidu suaminya, Azman- lakonan Remy Ishak. Setelah
didesak untuk berterus terang, Rania menceritakan masalah yang dihadapi
walaupun perkara ini pahit di telan Azman. Dengan usaha untuk mengembalikan
isterinya, Azman cuba meyakinkan bahawa perasan cinta itu tidakkan pernah
pudar, malah beliau mula membantu Rania dalam urusan kerja-kerja rumah, serta
menenangkan emosi Rania bagi membuktikan komitmen beliau terhadap perhubungan
ini. Usaha Azman mula menyentuh perasaan Rania. Dengan perlahan beliau
mengumpul segala kudrat untuk kembali bangkit dan menjalani pembedahan mata.
Ceritera romantis yang menyayat hati ini membuktikan bahawa setiap cabaran akan
mampu ditempuhi jika kekal bersama. Dengan mencintai seseorang akan memberikan
kekuatan, dan dicintai seseorang pula akan memberi satu kekuatan yang hebat.
Penggambaran muzik video yang berlaku di
Bali, Indonesia ini dijayakan dibawah arahan Direktor, En Nan
Salleh, diiringi oleh lagu Raniaku nyanyian Aizat Amdan bersama produser muzik, En
Anas Amdan. Setiap bait-bait lirik yang dijalin bersama menceritakan
tentang perjalanan pasangan dalam menempuh dugaan kehidupan. Penyanyi juga
penulis lirik Raniaku, Aizat Amdan turut menyelitkan tentang jerih perih yang
dihadapi akan mampu diatasi dengan adanya kekuatan cinta dan perasaan sayang
yang mendalam.
Menurut Konsultan SAFI Pn Mahsuri Sulaiman, “Aizat Amdan merupakan pilihan SAFI yang tepat untuk berkolaborasi
dalam projek Muzik Video Raniaku. Garapan lirik yang baik serta kreativiti
Aizat menzahirkan mesej SAFI dalam
bentuk gubahan lagu ini menjadikan ia sesuatu yang unik. Setiap baris yang
terungkap penuh dengan makna yang tersirat.”
Bersempena pelancaran Muzik Video Raniaku,
SAFI turut memperkenalkan produk
baharu SAFI Rania Gold diperkaya
dengan formulasi DUO EMAS 24K. “Kali ini, SAFI
turut melancarkan 3 produk baru dengan formulasi DUO EMAS 24K iaitu:-
Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold, 100ml
Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold, 20ml
Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Gold, 75ml
Formulasi DUO EMAS 24K ini
merupakan gabungan BIO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA.
Formulasi ini bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur
dalaman kulit wajah ajar keremajaan dapat dipelihara dengan lebih efektif.”
Jelas Pn Mahsuri.
Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish turut berkongsi pengalaman beliau
menggunakan produk terbaru dari SAFI.
“Apabila usia meningkat, daya tahan kulit untuk mengunci lembapan akan
berkurangan menjadikan kulit kering, kasar, dan hilang keanjalan.
Alhamdulillah, Esen Emas Keremajaan SAFI
Rania Gold dengan formulasi DUO EMAS 24K menjadikan kulit wajah lembut dan
menyediakan kulit Nora untuk menyerap produk seterusnya. Serum Konsentrasi Plus
SAFI Rania Gold pula Nora gunakan
untuk meningkatkan keanjalan serta memperlahankan kemunculan garis- garis
halus. FLAKE EMAS 24K di dalam rangkaian terbaru ini bertindak sebagai
antioksidan untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit. Dengan
formulasi DUO EMAS 24K Nora tidak lagi risau dengan ancaman kulit rosak. Ketika
cuaca panas di set penggambaran atau berjalan-jalan di luar, Semburan Booster
& Penyegar SAFI Rania Gold
sentiasa Nora bawa bersama. Semburan yang menyegarkan ini memberikan lembapan
berganda pada kulit agar wajah segar bermaya sepanjang masa. Malah, ia juga
bertindak untuk mengekalkan solekan Nora!”
Produk SAFI Rania Gold ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman instagram SAFI@safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia
RANIAKU: KISAH DUGAAN DAN CINTA ABADI
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 27, 2016
Rating:
jalan cerita menarik sangat. rasa teruja nak tengok.. mesti hebat lakonan Nora Danish dan Remy Ishak ☺️
ReplyDelete