Seronoknya Menikmati Hidangan Jepun di Restoran Yoshinoya Hanamaru
Ohayogozaimasu!!
Peminat makanan Jepun? Bolehlah datang dan cuba sendiri di Restoran Yoshinoya Hanamaru yang menawarkan pelbagai sajian Jepun yang menarik dan popular. Ianya diimasak menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti dan paling penting masih mengekalkan rahsia resepi tradisi. Yang menariknya di Yoshinoya Hanamaru terdapat juga hidangan yang diubahsuaikan agar sesuai dengan citarasa tekak masyarakat Malaysia.
Antara 'specialty' dari Yoshinoya Hanamaru adalah hidangan mee udon dengan pelbagai citarasa. Oh ya, di restorana Jepun ini turut menawarkan hidangan mee udon samada berkuah panas ataupun sejuk, dan juga pilihan samada daging ataupun ayam.
Curry Udon dengan citarasa tekak Malaysia :=)
Close up sikit--> mee udon bersama curry!!!!
Takdelah rasa pedas sangat, so sesuai juga untuk kanak-kanak ya :=)
Ontama Bukkake iaitu Mee udon bersama 'poached egg'. Yang menjadi kesedapan pada hidangan menu ini adalah kicap yang didatangkan bersamanya. Memang terbaik.
Tori Dasni Udon. Mee udon bersama hirisan ayam dan telur.
Tak makan pedas??
Bolehlah mencuba Ontama Beef Bukkake. Ada hirisan daging, poached egg, berkuah dan mee udon.
Bagi mereka yang sukakan nasi, bolehlah mencuba hidangan istimewa nasi di Restoran Yoshinoya Hanamaru. Masih mempertengahkan citasara resepi autentik dari matahari terbit ini, tetapi diberi juga suntikan citrasa kegemaran masyarakat Malaysia.
Antara yang menarik minat saya seperti:-
Ontama Spicy Chicken Katsu Set. Dengan harga RM18.80 kita akan dapat menikmati nasi jepun, berserta isi ayam digoreng krispi, berserta sos pedas dan poached egg dan juga sayur salad pelengkap hidangan. Diberikan juga sup miso dan green tea.Tak sukakan pedas? Bolehlah mencuba Ontama Taru Taru Chicken Katsu Set. harga RM18.80 yang didatangkan dengan nasi jepun, kepingan ayam krispy bersama poached egg, sup miso dan juga gteen tea.
Ini adalah hidangan kegemaran Nannie Isa. Ianya didatangkan dengan nasi jepun, poached egg dan juga ayam masak pedas-pedas manis. Sedap.
Seperti diatas, ada nasi jepun serta poached egg cuma untuk hidangan ini ayam dimasak dengan lada hitam (black pepper).
Selain ayam, kita juga boleh memilih hidangan nasi jepun ini bersama daging yang boleh dimasak pedas atau blackpepper atau masakan biasa.
Saya juga sangat sukakan Aburi Salmon Bowl iaitu hidangan nasi bersama ikan salmon (rare) yang dimakan bersama mayonis. Sedap giler!! (Gambar hidangan ditengah-tengah)
Keterangan lanjut tentang lokasi dan restoran boleh layari :-
Arigatou gozaimasu !
@myumobile
@ketchup_my
Seronoknya Menikmati Hidangan Jepun di Restoran Yoshinoya Hanamaru
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 19, 2016
Rating:
Makanan semua nampak sedap! Memang tergoda nak cuba..
ReplyDeletenadia- mmg semua sedap2 heheheh
ReplyDeleteHi, Im elaine from Liberty, i got email you, did you check?
ReplyDeleteakak adakah makanan yg akak makan tu halal???
ReplyDeletesaya perlukan jawapan yg tepat sebab saya rasa was2...
dekat tempat saya ada buka satu branch...di klang bukit tinggi aeon
bole balas balik jawapan di emel saya wanail1818@gmail.com
terima kasih