Setouchi Japan Fair di AEON!


AEON CO. (M) BHD. telah menjadi tuan rumah buat sekian kalinya bersempena dengan Setouchi Fair. Karnival ini akan diadakan di AEON Bandar Utama, AEON Tebrau City dan AEON Queensbay. Untuk pengetahuan semua antara daerah Jepun yang bersama-sama menyokong dengan menyertai dengan menawarkan pelbagai produk terbaik mereka termasuklah Okayama, Hiroshima, Matsuyama dan Takamatsu,

Pada majlis pelancaran Setouchi Fair di AEON One Utama baru-baru ini, antara tetamu kehormat yang hadir adalah seperti Encik Masao Omori, Datuk Bandar Okayama, Encik Kazumi Matsui Datuk Bandar Hiroshima, Encik Akio Nishiizumi Timbalan Datuk Bandar Matsuyama, Encik Yusuke Matsushita Timbalan Datuk Bandar Takamatsu, Encik Masaaki Okazawa Pengurus AEON RETAIL Sdn Bhd dan Encik Hiroyuki Kotera  Pengurus Besar KAnan Perniagaan Runcit AEON CO. (M) BHD.

"Permintaan terhadap makanan Jepun di Malaysia telah meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Dan antara banyak-banyak produk, buah-buahan Jepun antara yang terbaik dari segi kemanisan dan kualiti. Untuk lebih adil terdapat lebih 120 produk dari kawasan Setouchi, termasuk buah pic dari Okayama, tiram beku dari Hiroshima, mi Sanuki-udon dari Takamatsu dan jeli yang mengandungi buah-buahan dari Matsuyama. Kami berbesar hati untuk menjadi tuan rumah sepanjang pameran ini  dan AEON berbesar hati untuk terus mempromosikan produk dari Jepun "
 Encik Hiroyuki Kotera

Selain itu terdapat juga booth yang akan memberi informasi tentang pelancongan di Jepun, terutamanya melalui laman web yang menarik yang menggambarkan daerah Setouchi. Tarikan utama di Setouchi, termasuk kawasan-kawasan yang dirizabkan sebagai taman negara, laut pedalaman yang tenang dan pulau-pulau yang indah dan terkenal seperti a- yang bom kubah di Hiroshima (Warisan Dunia) dan Taman Okayama Korakuen. Setouchi juga  terkenal dengan bangunan bersejarah dan sebagai pusat seni.

Untuk setiap pembelian minimum RM10, pelanggan akan mendapat peluang secara percuma untuk mencuba "Superball Sukui "permainan tradisional yang digemari oleh kanak-kanak Jepun terutama semasa perayaan. 
Beberapa resipi hidangan Jepun turut dierkenalkan, antaranya seperti:-

Antara empat daerah Jepun yang akan menampilkan hidangan mereka di pameran seperti;

 Okayama - Hakuto (pic) dan Kibidango (ladu)

 Hiroshima - demonstrasi memasak Okonomiyaki dan Tiram (Sejuk Beku)

 Matsuyama - demonstrasi memasak jelly Crushed dengan oren Beni-madonna 

 Takamatsu - demonstrasi memasak  mi udon dan Inaka miso

Antara produk Jepun yang ada sepanjang Setouchi Fair seperti:-

Jom ke AEON terpilih untuk melihat sendiri Setouchi Japan Fair!
Setouchi Japan Fair di AEON! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 24, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.